Khamis, 10 Oktober 2013

Ruang Kamarku berkonsep Moden Minimalis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi LeYa menonton rancangan 'Intai-Intai Deko'. Best jer tengok rumah2 mereka yang cantik, elegan dan kemas. LeYa memang meminati seni menghias rumah ni... Kalau dulu, masa bilik tidur LeYa katil bujang, setiap bulan pasti ada perubahan. Hehehehe....

Dalam pada itu, terlintas di ruang fikiran LeYa untuk mengilhamkan deko hiasan bilik LeYa dari yang dulu sehingga lah yang sekarang... Setiap sudut LeYa ambil gambar untuk dimuatkan di dalam memori album "RumahKu SyurgaKu". 

Bilik LeYa semasa katil bujang....
Ruang bilik yang tidaklah begitu besar namun memberi cetusan inspirasi untuk LeYa berkarya dan menghias setiap sudut ruang kamar ini. LeYa menata hias bilik ini dengan susunan rak2 buku rapi beserta set kamera lama yang masih disimpan sehingga hari ini. Sedikit hamparan permaidani di ruang antara katil dan meja komputer untuk memberi LeYa beristirehat di bawah secara santai.

Ni bilik sekarang LeYa...

Ini pula kisah apabila ruang kamar ditukar dengan set bilik tidur yang baru. Masih dengan konsep yang sama. Walau mempunyai ruang kamar yang kecil, LeYa masih menata hias bilik tidur ini agar kelihatan kemas dan bersih. Susunan rak buku juga ditukar kepada rak yang tinggi dan dimuatkan segala buku2 di situ. Meja komputer yang menempatkan Desktop PC dan juga Laptop LeYa dihiaskan di situ agar tidak mengganggu ruang lain. Serba sedikit peralatan peribadi milik LeYa berwarna ungu diambil gambarnya hanya sekadar mengisi ruang kosong gambar...

LeYa menerapkan konsep moden dan minimalis ke dalam bilik tidur LeYa. LeYa sentiasa akan memastikan setiap inci ruang kamar LeYa bersih dan kemas. 

10 ulasan:

  1. wah.. rajin nye.. aefa prefer almari buku xletak dlm bilik.. sbb nnti xkuar bilik lah alamatnya.. :D

    BalasPadam
  2. memang penuh dengan ruang utk focus mencari insprasi. ada buku, pc, dan kamar yang tenang :)

    BalasPadam
  3. Hehehehe...sering mencari ilham pabila disuruh membina sistem/website..

    actually, tuh pic lame gak..mlas nak tgkap yg lain..haha..

    BalasPadam
  4. Saya suka bilik akak semasa katil bujang. Rajin ye akak kemas.

    BalasPadam
  5. kemas bilik awak...kalau bilik saya kejap je dah brsepah... ;(

    jom tgk blog saya...:)

    http://thestoryofayna.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Kemas bilik Leya... Bestkan bila bilik bersih & kemas...

    bilik akak kalau camni, bestnya... tapi apa yg berlaku, bila baru kemas, kejap je laptop tu berpindah tempat dr atas meja ke katil... huhu...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com