Isnin, 7 Oktober 2013

Ketika itu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga hari LeYa tidak mengemaskini blog ni.. Dah bersawang sikit dah blog ni... Belum sebulan kan.... Kalau sebulan, confirm LeYa diserang asthma semula... Hehehe... LeYa sebenarnya pagi tadi ke Cyberjaya menghadiri satu temuduga jawatan Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 31 di LHDNM. Jadi, untuk memfokus kan diri supaya mendapat kerjaya yang sudah lama LeYa menggangur, LeYa off semua komputer dan laptop... LeYa study betul2 untuk preparation interview hari ni. Alhamdulillah, selesai juga sesi temuduga jam 11.00pagi tadi. 

Pengalaman LeYa kali ni tak lah banyak beza pun dengan menghadiri temuduga pada yang lepas2 tuh... Cuma kali ni LeYa memang betul2 struggle sebab masa LeYa datang tadi, semua calon adalah staff LHDN itu sendiri... Ada yang dah tetap untuk meng'upgrade' kan diri dengan menghadiri temuduga ini, ada yang sambilan dan kontrak pun ade. Jawatan ni LeYa mohon semasa LeYa bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) Sambilan BR1M 2.0 dahulu. Kemudian, kerana ketiadaan rezeki untuk meneruskan kerjaya di situ, LeYa pun jadilah penganggur terhormat... Hahahaha... Dan sekarang, selepas 5 bulan la jugak, baru diri ini dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut. 

Harapan LeYa dari kawan-kawan sekalian, doakan LeYa semoga dapat kerja ni ye. Sudah lama LeYa menunggu dan menginginkan kerjaya seperti abang LeYa yang kini sudah senang bersama isteri sayang. LeYa juga ingin merasai membalas segala budi ibu dan ayah LeYa yang sehingga kini masih menjaga LeYa. LeYa juga ingin buktikan pada semua masyarakat yang selama ini mengeji LeYa dengan tidak punya kerjaya, sudahpun memilikinya. Emm...banyak kan hati LeYa pendam selama ini. Kesepian hati ini LeYa isikan dengan membaca ayat suci Al-Quran dan menulis kisah2 di blog kesayangan ini.. 

Akhir kata dari LeYa, mohon maaf sekiranya anda tertunggu-tunggu entri dari blog buruk ini..

9 ulasan:

  1. Mudahan Leya ada rezeki keja nie kan..sabar ya Leya.pasti da juga :) insyallah

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, ramai yang mendoakan :)
    Semoga berjaya ya leya :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih semua... love you all..

    BalasPadam
  4. mudah-mudahan ada rezeki buat Leya :)

    BalasPadam
  5. akak doakan semoga leya berjaya.mmemang stress bila jadi penganggur.akak pernah rasa dulu

    BalasPadam
  6. mesti macam2 ragam noo jumpa masa orang dapat BRIm ;-)

    BalasPadam
  7. bole share soalan2 masa kena iv dgn.lhdn?

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com