Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Persahabatan??? Sungguh luas makna dan erti P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N. ini. Kenapa LeYa mempersoalkan erti persahabatan ini?
Kawan tu bukan macam main FUTSAL... Dah dapat SEPAK.
Kawan tu bukan macam main SKATE... Mula-mula GOSOK... Lepas tu PIJAK.
Kawan tu bukan macam main RAGBI... Mula-mula TANGKAP... Dah dapat TENDANG..
Kawan tu bukan macam PAMPERS... Dah pakai BUANG.
Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS... Waktu baru beli pakai.. Dah sengkek GADAI.
Kawan tu bukan macam PELANGI... Hari cerah HILANG. Hujan gerimis baru MUNCUL.
Kawan tu bukan macam KERETA... Rosak sikit jual. BELI baru.
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE... Kejap Ade Kejap Takde.
Kawan tu bukan macam BANK... Bila dah takde duit baru nak CARI.
Persahabatan...
Pujangga pernah berkata persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun untuk melewatinya seperti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... ramai yang sanggup bersama berkongsi suka... namun kurang dan kadang-kadang tidak ada yang menemani kita meniti waktu duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia diibarat seperti berlian yang terbenam di dasar lumpur. Walaupun ia berbalut kekotoran, namun sentiasa terselah gemerlap sinarnya. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggungjawab terhadap sahabatnya. Sentiasa bersama di waktu kegembiraan dan keseronokan serta membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
sahabat sejati tidak perlu sentiasa berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin masih utuh di dalam jiwa. Biarpun jauh, ia tetap kukuh dan nilai sebuah persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua orang yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya.
"H.R Hakim"
"H.R Hakim"
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda: "Mohonlah perlindungan Allah daripada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan orang lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya" "H.R Bukhari"
Dengan berkata-kata pula, ialah saling nasihat menasihati, mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya, hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya agar selepas itu sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
betol. sahabat sejati adalah sahabat yg sentiasa ada dgn kita di setiap susah dan sng kita ^_6
BalasPadamhargailah persahabatan yang terjalin..
BalasPadammmg sng nak cari kawan. tapi ssh nak cari sahabat yang ada dgn kita masa susah sng, tutup aib kita. bila da jumpa nnt hargailah mereka. (^_^)V
BalasPadamsahabat sejati umpama mencari permata di butiran pasir. sukar untuk kita jumpa. :')
BalasPadamsetuju sgt .. :)
BalasPadamkawan macam chipsmore tu tak boleh pakai sangat. time senang je cari.. so, cari la kawan yang betul2 ikhlas kawan ngan kita :)
BalasPadampilih sahabat yang mengingatkan akhirat..insya allah selamat dunia akhirat.
BalasPadamsetuju
BalasPadamkawan hingga syurga
Dalam ramai-ramai yang ika kenal, ramai-ramai yang ika berkawan, hanya beberapa orang sahaja yang ika boleh anggap sahabat.
BalasPadamSusah kita nak cari sahabat susah senang, suka duka, yang ada ramai tu kawan ; masa senang saja, bila kita susah bayang dorang pun tak nampak.
Assalammualaikum...leya,
BalasPadamsahabat sejati memang payah nak dapat... sahabat yang menangis dan ketawa bersama..1 dalam seribu,,,
Sahabat ketawa ramai.. itulah kenyataannya yg harus kita telan..
mselim3
done follow awk, jom follow sy blk http://deeq0n9fashion.blogspot.com/
BalasPadamLama tak singgah sini. tiba2 terasa plak berair kelopak mata nie. fewh! :'D
BalasPadamkawan ramai tp sahabat payah nak dpt.salam kenal dr akak n hepi wkend.done follow 508
BalasPadambertuah lah sesiapa yg mendapat kawan dalam ertikata yg sebenar2nya...sanggup susah bersama..
BalasPadamsalam kenal & follow sini