Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera…
Huuuuaaarrgggghhhhh…. Salam
Jumaat semua… Apa yang korang lakukan pagi2 Jumaat ni. Apa kata sebelum
memulakan hari indah ini, kita membaca surah al-Kahfi dahulu. Banyak kebaikan
untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pad hari Jumaat. Banyak hadis yang
sahih daripada Rasulullah S.A.W. yang menyebut tentang kelebihan membaca surah
ini. Antaranya boleh dirujuk dalam kitab Muntakhab
Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff al-Kandahlawi:
Daripada Ali R.A. berkata: “Sesiapa
membaca surah al-Kahfi pada ari Jumaat, maka dia akan terhindar daripada segala
fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun Dajjal keluar, dia akan
terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibn Khatir)
Daripada Abu Darda R.A.
meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa membaca tiga ayat daripada surah
al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Tirmizi)
Daripada Sauban R.A. meriwayatkan
bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir
daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya
daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Nasa’i)
Ok…Alhamdulillah semuanya. LeYa
pagi ni nak bercakap tentang kecantikan rakan2 blog purple LeYa. Mereka2 ini
semuanya hebat dalam berblogging. Untuk ketahui lebih lanjut bolehlah kita sama2 blogwalking ke blog mereka ini. LeYa amat kagum dengan bakat yang ada pada mereka.
Cik Akak ni mula berblogging pada 21 November 2012. Baru sahaja lagi berblog tapi dah pun famous amos. Hehe.. Seorang Sarawakian Blogger. Sentiasa ceria dan sangat terkenal dalam Google+ kerana hampir setiap jam ada sahaja post darinya.
Siapa pula tidak kenal dengan gadis cilik ini. Fatin Liyana yang sudah pun popular di sana sini. Mula berblogging ketika umur 19 tahun. Kisah di blognya banyak berkisar kehidupan seharian.
Seorang blogger yang comel menurut LeYa. Juga baru setahun dalam blogging. Namun sudah pun mempunyai follower yang ramai mengalahkan follower LeYa yang dah bertahun2 berblog... Ahaks.. Mungkin ketidakadaan rezeki LeYa di situ..
Wah! Ini satu2nya blogger lelaki dari rakan LeYa yang tersenarai dalam blog purple ni. Dah la tunggal lelaki di sini dan beliau juga blogger termuda di sini. baru berusia 17tahun. Berasal dari Kuantan, Pahang.kecil2 cili padi...Follower beliau dah pun mencecah 1000++ kau... Arrgghhh...LeYa tewas di sini lagi...Hee...
Sha Purple?? Apa pula ada dengan blogger ini... Sha ni sudah pun berumah tangga ketika beliau berusia 24 tahun dan sekarang sudah pun berumur 25 tahun. Cantik?? Memang cantik pun. Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke Laman Blog beliau.
Ha!....cukup lah "5 blog purple" dari rakan2 LeYa ni. Kang banyak2 sangat kang bosan pulak kan..Hehe... And banyak2 pun nanti jadi loading page blog LeYa ni... So, pada rakan2 blog purple LeYa yang lain diharapkan bersabar k. Mungkin suatu hari nanti anda pula yang akan tersenarai seperti mereka ini...
wahhh..blog pink xnak ke ~~hehe
BalasPadamInsyaAllah..nanti ade kesempatan LeYa laksanakan ye Cik Mun.
Padamsalam , owh ramai nya rakan2 yang blog purple .. he3 .. done klik :)
BalasPadamwahhhh, belog saya ada? haha, thanks :*
BalasPadamgeng blog purple jer ni.. warna lain tak boleh join hahahaa..
BalasPadamSalam Kenal :D
wah ramai jugak geng purple. thank you dear =)
BalasPadam