Isnin, 23 September 2013

Tegar - Justin Bieber Indonesia



tegar septian

“Aku yang dulu bukan yang sekarang,dulu ditendang sekarang di sayang…” lagu kanak-kanak ini kini selalu dimainkan di corong radio Malaysia dan diminati kerana lirik dan melodinya yang simple dan senang di ikut. Lagu ini dicipta sendiri oleh Tegar Septian berdasarkan pengalaman hidupnya.

Beliau asalnya seorang pengamen kanak-kanak atau bahasa kita pengemis jalanan dengan menyanyi untuk mencari makan. Di Indonesia pengamen-pengamen ini adalah pemandangan biasa. Mereka berkeliaran di mana-mana termasuk di tengah jalan yang sibuk. Dari sekecil-kecil berusia 4-5 tahun hingga ke orang tua kerana di sana susah untuk mendapat kerja. Sebab itu tidak dinafikan rakyat Indonesia ini kreatif kerana terpaksa untuk mencari makan. Kanak-kanak kita pula dah terlalu kenyang sampai nak keluar bermain di padang pun malas. Sedap bermalas-malasan di depan laptop bermain game.

Tegar Septian, mula dikenali apabila video nyanyiannya diupload ke youtube oleh seorang mahasiswa yang mendapat hit sehingga 6 juta. Kemudian dia memasuki pertandingan nyanyian di radio dan menjadi juara dan akhirnya masuk ke studio rakaman yang mengubah hidup kanak-kanak berumur 11 tahun ini dari orang miskin menjadi kanak-kanak yang kaya raya.

Kisah hidup beliau lebih kurang sama dengan Justin Bieber. Walaupun kanak-kanak ini tidak sepatutnya menjadi idola kepada anak-anak kita (menjurus nak jadi artis) namun semangat kuat kanak-kanak ini untuk survive menjadi berjaya boleh dijadikan motivasi.

Biodata Diri Tegar:

Nama: Tegar Septian
Kota Kelahiran: Pemalang
Tarikh Lahir: 19 September 2001
Anak Ke?: Sulong dari 4 adik-beradik
Sekolah: Yayasan As-Salafi


3 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com