Jumaat, 27 September 2013

Rezeki yang Allah Beri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ketika kaki melangkah di hadapan laptop kesayangan dan perlahan-lahan duduk di kerusi empuk, otak mula ligat memikirkan apa yang ingin ditulis ke dalam blog ini. Ketika itu juga, LeYa mendapat panggilan dari abang ngah kepada Incik Tunang untuk melakukan satu tugasan. 

Apa tugasan itu???

LeYa mendapat satu lagi peluang mencari duit darinya. Beliau yang akan berkahwin pada awal November ini menyuruhku menyiapkan Kad Undangan Perkahwinan untuknya serahkan kepada rakan-rakan terdekat. Tidak banyak yang perlu dicetak. Hanya 100 keping... Bagiku syukur alhamdulillah kerana mendapat rezeki yang diberiNya. Kalau pada permulaan 100 keping, siapa sangka akan datang menjadi berlipat kali ganda. Itu semua rezeki yang datang dari-Nya. Kita insan yang kerdil di muka bumi ini hanya berusaha, berdoa dan bertawakal dengan kemahiran yang diberi-Nya ini.
Kad Kahwin Moden
Antaramuka Depan
Kad Kahwin Moden
Antaramuka Belakang
Kad Kahwin ini tidaklah secantik yang dibuat oleh pakar namun bagi LeYa ia memberi seribu makna kerana kad ini adalah hasil yang pertama direka dan akan dicetak oleh LeYa sendiri. Moga dengan cetakan pertama ini, LeYa akan memperolehi lagi pendapatan melaluinya.. hehehe.... Syukur ke hadrat Ilahi dengan pemberianMu aku mampu meneruskan liku-liku hidup di bumiMu ini.


8 ulasan:

  1. Alhamdulillah...semoga murah rezeki leya...^_^

    BalasPadam
  2. cantik la leya..kreatif
    teruskan usaha sapa taw rezeki kan ;)

    BalasPadam
  3. kak leya wat sendiri???
    creatif gilewww... :D

    BalasPadam
  4. cantik :) teruskan usaha ye..rezeki tu..

    BalasPadam
  5. Terima kasih kawan-kawan...
    InsyaAllah jika rezeki sy ada lagi sy bersyukur

    BalasPadam
  6. Kalau SM nak kahwin ti, nak mintak sponser boleh? kehkehkeh. Btw Melawat sahabt di sini. ;) . Gurau2 mintak penyapu lidi je td :D

    BalasPadam
  7. wah.. kretip .. keep it up!! nnt kawin ajak kak L yerkk/ :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com