Rabu, 4 September 2013

Penipuan Internet semakin berleluasa



Anda mungkin pernah menerima pelbagai jenis e-mel yang menawarkan ganjaran. Bunyinya memang sangat menarik kan.

Namun, secara logiknya adakah anda boleh mempercayai seseorang yang tidak dikenali menawarkan ganjaran dalam bentuk wang atau hadiah?

Ya! Sangat aneh kan. Tetapi ramai yang mempercayainya dan akhirnya mereka menjadi mangsa penipuan.

Ledakan teknologi maklumat dimanipulasi mereka yang berniat jahat adalah untuk meraih keuntungan  menerusi Internet dengan cara menipu.

Satu daripadanya ialah e-mel scam yang kini mencari mangsa tidak kira peringkat umur, latar belakang pendidikan dan status sosial.


Apakah sebenarnya scam dam siapa yang membuatnya?

Di Malaysia, CyberSecurity merupakan agensi yang terlibat dalam pemantauan scam.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, mereka yang terbabit dalam penipuan Internet atau scam mengeksploitasi mangsa dengan menipu dan mengambil wang mereka melalui pelbagai kaedah. Katanya, scam berlaku apabila mangsa memberi maklum balas dan mempercayai apa yang mereka peroleh melalui Internet itu.

''Scammer adalah orang yang melakukan scam dengan mengeksploitasi mangsa dengan menipu dan mengambil wang mangsa melalui pelbagai kaedah, seperti phishingnigerian scam, tawaran kerja dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, scam merupakan satu jenayah siber kerana membabitkan penipuan hingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian. Selalunya, penipuan berlaku apabila mangsa diminta membuat pembayaran berdasarkan kepercayaan mereka terhadap sesuatu maklumat yang dihantar ke e-mel seperti tawaran membeli barangan. Apabila bayaran di buat, mangsa tidak menerima atau mendapat barangan tersebut.
Berdasarkan insiden-insiden keselamatan siber yang dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999, tujuan scam adalah semata untuk mendapatkan wang melalui penipuan ke atas orang ramai.

Wang adalah motivasi utama para scammer.

Menurut Dr. Amirudin, mereka yang terlibat dengan jenayah scam boleh dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan juga akta-akta berkaitan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Bagi membendung masalah tersebut pihaknya menjalankan pelbagai program termasuk membentuk masyarakat yang menggunakan e-mel secara beretika.

Apakah yang dimaksudkan dengan SCAM?

  • Scam adalah satu bentuk penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat tidak baik terhadap mangsa dengan menggunakan pelbagai medium dan modus operandi.

  • Aktiviti yang menggunakan aplikasi Internet seperti e-mel, Skype, media sosial sebagai perantara atau platform.
  • Disasarkan kepada mangsa yang terdiri dari pengguna-pengguna Internet, e-mel, Skype, media sosial.
  • Internet scam menggunakan pelbagai modus operandi seperti iklan jawatan kosong, penghantaran bungkusan, penjualan/pembelian barang di Internet.

Sumber: Utusan Malaysia
Diolah sedikit untuk para pembaca blog kesayangan LeYa.

5 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com