Selasa, 17 September 2013

Melihat keindahan di Singapura



Dua minggu yang lalu, LeYa telah berkunjung ke negara jiran iaitu Singapura bersama ahli keluarga Mr. F. Perasaan pertama ke sana pada mulanya teruja ingin melihat keindahan di negara orang. LeYa ke Singapura kerana menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu Mr. F iaitu Khairullah dan pasangannya, Mardhiah. Bagai pinang dibelah dua. Pengantin serasi dipadankan di atas pelamin nan indah. Majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di sana sama juga seperti di Malaysia. Yang memberi kelainan di sana adalah segala kelengkapan seperti pasukan kompang, bunga manggar disediakan oleh pihak lelaki sahaja dan dibawa berarak bersama menaiki bas ke rumah pengantin perempuan. Majlis jamuan mereka tidaklah begitu ramai seperti di sini. Tetamu mereka hanyalah di kalangan yang terdekat dan rapat sahaja. Mungkin hanya dalam lingkungan 500-1000 orang sahaja. 

Tips Pengantin
Pasangan bahagia dari Singapura. -KHAIRULLAH + MARDHIAH-


Usai majlis perkahwinan, semua kelihatan penat dan berehat awal. Pada keesokannya, Mr. F membawa aku menaiki MRT (Mass Rapid Transit, Singapore) berjalan ke sekitar bandar Singapore. Kami ke Orchard iaitu bandar utama di sana. Bangunan tinggi2 hingga ke puncak dan keadaan persekitaran yang bersih memberi persepsi di mana masyarakatnya sangat berdisiplin dan menjaga kebersihan. 

Di Orchard Town berjalan melihat kawasan bandar Singapore



Bila perut lapar, makanan dihidang habis dimakan.
Harbour Front
Melihat keindahan di Harbour Front

Mr. F yang membawa saya ke sini.

Okeylah cukup lah ini yang LeYa upload di blog nie.. Untuk paparan gambar selanjutnya, anda semua boleh melawati di Laman Facebook LeYa... dan pergi ke page LeYa Production.

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com