Selasa, 13 Ogos 2013

Hari Raya Ke-6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sudah 6 hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semestinya kanak-kanak riang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah. Tidak lupa juga pada yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. Semuanya sibuk untuk persiapan terakhir sebelum menjelang hari yang bersejarah itu. Aku??? Bila aku nak langsungkan majlis kahwin aku?? Keluarga Mr. F dan keluarga aku dah pun memberi kata putus di mana kami akan dilangsungkan pada bulan Jun 2014. Pada tahun depan, tidak terlalu ramai kenalan dan sanak-saudara yang melaksanakan majlis perkahwinan. Jadi, kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut pada tahun hadapan. Dan ia memberi peluang kepada Mr. F untuk lebih menyimpan wang demi majlis perkahwinan kami nanti... Hehe..

Ok lah cukup lah aku bercerita tentang majlis perkahwinan kan... Sekarang ni mood Raya masih ade lagi.. Emmm...masih banyak lagi rumah kawan2 yang belum dilawati. Nanti akan ku buat perancangan bersama rakan2 yang lain untuk beraya rumah mereka.

Hari ini, 13 Ogos 2013 bersamaan 06 Syawal 1434H, aku dan keluargaku telah pergi menziarahi keluarga tunangku iaitu Mr. F di Merlimau, Melaka. Perjalanan kami dari Port Dickson mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aku?? Semestinya aku lah prang pertama gembira kerana sudah lama tidak bertemu dengan si dia. Tapi sebelum tuh, Mr. F dah pun raya di rumahku pada raya ketiga lepas bersama sepupunya yang pulang berhari raya dari Singapura. Emm....terubat lagi rindu ku pada si dia. Hati ini happy je..Hanya Allah yang tahu bile kite dapat bertemu dengan kekasih kati.

Pulang berhari raya dari rumah Mr. F, aku dan ibuku menyiapkan juadah makanan untuk para tetamu yang akan datang pada malamnya... Kami sekeluarga hanya menunggu kedatangan para tetamu tersebut. Dalam penantian itu, sempat aku mengemaskini blog kesayangan milikku ini. 

Gambar semasa Raya Pertama & Raya Kedua ku...
Bila budak2 kampus beraya di kampung...
Mr. F sedang merenung masa depan..Hehe...
Kenangan Bersamamu tidak dapat kulupakan...






2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com