Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Terdetik di hati untuk menulis satu kisah di mana LeYa diberi pengalaman baru dalam satu kerjaya yang LeYa baru sahaja ceburi. Kerjaya tersebut adalah sebagai "Telemarketing" di mana setiap staff perlu membuat panggilan telefon untuk mencari pelajar supaya dimasukkan ke kolej untuk menyambung pelajaran.
Setelah kerja-kerja panggilan telefon dan confirmation bersama pelajar / ibubapa mereka selesai, kami akan mengadakan satu sesi taklimat buat mereka untuk lebih memahami tentang bidang yang akan mereka ceburi. Pada 22 June 2013 yang lalu, LeYa berkesempatan menghadiri sesi "Taklimat dan Temuduga Terbuka untuk program Diploma" di Timotel Hotel, Mersing.
Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4jam lebih. LeYa pergi bersama rakan-rakan yang lain yang turut serta menjayakan sesi taklimat itu.
Selesai sesi taklimat dan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dengan bidang yang diceburi perlu hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. LeYa sekali pergi untuk sama-sama membantu pelajar LeYa dalam menguruskan pendaftarannya. Emmmm....tercuit rasa hati bila melihat gelagat pelajar-pelajar kampus. Sebelum ini LeYa juga pernah mengalami situasi yang sama di mana LeYa menjadi mahasiswi di sebuah Institusi Pengajian di negara ini.
Usai dari Majlis Taklimat itu, kami pergi berjalan di pantai berdekatan dan pergi ke Taman Negeri Endau Rompin menikmati cuti rehat kami yang baru sahaja penat bekerja.
Timotel Hotel, Mersing
Susunan meja sebelum majlis dimulakan
Rakan-rakan yang sama berjuang
Taman Negeri Endau Rompin
Suasana di hutan
Melihat keindahan pantai
Barbecue...yummy3x..
lapar pulak tgk bbq tu. huhu
BalasPadam