Khamis, 29 Ogos 2013

Bila keluarga cik LeYa juga berblogging



Hari ni LeYa nak ceritakan serba sedikit ahli keluarga LeYa yang telah ramai juga mempunyai blog mereka tersendiri. Baik yang muda hinggalah yang sudah berkahwin. Hehe... Mereka ini semua berblogging hanya satu perkara sahaja iaitu untuk menulis cerita kehidupan mereka sama seperti LeYa. Namun, kini LeYa menulis entri kehidupan LeYa sambil menjana pendapatan dengan berbekalkan semangat & dorongan ahli keluarga setelah kerjaya yang diimpikan di dunia realiti masih tidak kesampaian. 

Alhamdulillah kini BE LeYa di Nuffnang meningkat dari sehari ke sehari. Pada mulanya LeYa hairan juga pada waktu ketika dahulu LeYa berblogging tetapi tidak mendapat apa-apa BE. Kini, LeYa sedar akan cara dan perubahan untuk LeYa memperolehi BE dari Nuffnang. 

Ooopppsss...LeYa dah melepasi tajuk. Belum masanya LeYa nak ceritakan BE LeYa di sini lagi. Hari ni kan LeYa nak beritahu beberapa jenis blog milik ahli keluarga LeYa yang giat aktif menulis kisah-kisah kehidupannya. Mari kita terjah satu persatu blog milik mereka itu.

Beliau dikenali sebagai Sarah. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan memberi beberapa tips kesihatan untuk para pembaca blognya. Seorang yang baik, sopan-santun, berdedikasi dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Ain Shams, Mesir. Baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada 17 Ogos yang lepas bersama pasangannya. Gambar perkahwinan beliau di SINI.
You'll Never walk Alone

Dikenali dengan nama Aiman Vege sebab merupakan seorang vegetarian yang dahulunya obses diet untuk menguruskan badannya. Kini, beliau terselah dengan kekurusan dan kekacakannya yang membuat ramai wanita di luar tertawan dengannya dan beliau juga sedang belajar kembali untuk makan-makanan seperti nasi dan daging. Hehe... Merupakan adik kepada Sarah dan sedang menuntut di UiTM Bandaraya Melaka. Giat aktif dalam sukan golf dan mempunyai perniagaan kecil-kecilan menjual "Ice Blended". Anda minat untuk minum??  Carilah Aiman Vege untuk mendapatkan ice-blended tersedap di abad ini.
Me Love Cats and Cows

Ini pula blog Eisya. Baru meningkat usia remaja. Beliau meminati blog kerana ingin terkenal dan fofular sama seperti LeYa (kononnye la kan). Anak sulung dari 3orang. Merupakan seorang yang baik & mendengar arahan ibubapa.  Sangat teruja kepada KPop yang kini sedang fofular(kata kau). Berumur 14tahun dan giat berblog untuk mengisi masa lapang. 
Oppa Gangnam Style... Haha..

Ini pula kisah Adik Wafa. Masih muda dan kecil. Baru berumur 12tahun. Adik kepada Eisya Azman. Minat berblog kerana suka menulis cerita-cerita di kertas dan impiannya tercapai dengan bantuan LeYa sendiri. Daripada menulis di kertas yang mungkin koyak / hilang, LeYa menyarankan untuk menulis di blog. Beliau menurut sahaja. Berpewatakan menarik, baik hati dan kadang-kadang kelam-kabut melaksanakan sesuatu perkara.. Hahaha... Sedang obses belajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi.
Conteng-conteng kehidupanku
5) Fatin (Hlovate79)
Ini kisah seorang lagi sepupuku. Nama beliau Fatin Nabilla. Merupakan anak sulung kepada Mak Teh ku. Bekerja membantu ibunya di kantin sekolah milik mereka. Seorang yang open-minded dalam perniagaan dan sering menjalankan aktiviti perniagaan secara realiti dan online. 
Business is Business. Who want to be a rich? You must business

Laiii3x.. Ini pula Laman Keluarga kami. siapa yang tubuhkan? Kalau bukan cik LeYa siapa lagi kan.. Hehe.. Blog ni LeYa tubuhkan sendiri untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara keluarga agar mereka lebih memahami antara satu sama lain tidak kira yang berdekatan atau pun berjauhan di perantauan sana. Jadi, LeYa selaku admin blog ini banyak menulis entri2 berkisar kekeluargaan dan aktiviti keluarga.
Ha! Jeng3x... Ini pula blog Mr. F LeYa. Ape??? Encik Tunang LeYa juga ade blog. Nak wat macam mane kan.. Dah berkawan dengan budak IT. Kene la upgrade kan diri.. Hehehe... Encik Tunang ni pulak style blog die sempoi. Beliau lebih meminati gaya bebas dalam menulis entri di blognya. Ke'merepek'an
 yang ditonjolkan dalam setiap kandungan blognya mendapat perhatian dari para pembaca blognya. (Haha...cari ehsan la tuuuu...
Ini Blog Aku Punye... Ade Aku Kesah...

Ini kisah kakak ipar LeYa (dah tentu lah isteri abgku). Beliau seorang guru sekolah menengah di Seremban. Ingin memiliki blog hanya untuk memuat turun nota-nota kepada pelajarnya. Sekadar mengisi ruang untuk para pelajarnya lebih belajar secara online. Beliau sangat berdedikasi, bertanggungjawab, tegas dan baik hati juga. Sering belanja LeYa jika dapat spend-time bersama. Blog ini ditubuhkan sendiri oleh LeYa dan Mrs. Nur Wanda hanya menulis entrinya sahaja. 
Berketrampilan, Bersemangat Jati Diri, Berdisiplin, Sihat dan Cergas

Sekian sahaja kisah blog LeYa untuk hari ini. Marilah sama-sama kita majukan blog untuk negara... Hehehe...




10 ulasan:

  1. Wah.. wahhh satu family berblogging ek hihi.. meriah gitu semua layan blog

    BalasPadam
  2. wowwwwwwwwwwwww abis 1 famili berblogging, good luck

    BalasPadam
  3. Hehehe... masing2 ingin kan blog mereka sendiri.. LeYa hanya merealisasikan impian mereka sahaja dgn cara membuat trafik percuma ke blog-blog mereka.

    BalasPadam
  4. wahh syoknye satu family berblogging..

    BalasPadam
  5. wah semua berblogging. nampak seronok. tp saya malu kalau keluarga baca blog sy. sy tak bagi family tngok blog. malu gila. klu orang lain tak apa sbb tak kenal sy. hehe. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..mulenye dulu sy malu juga. Tp wat biase2 je sbb kat luar tu ramai lg bace blog kite..ntah2 memg dr kalangan keluarga kite. Tnpa kite sedar

      Padam
    2. Hehehe..mulenye dulu sy malu juga. Tp wat biase2 je sbb kat luar tu ramai lg bace blog kite..ntah2 memg dr kalangan keluarga kite. Tnpa kite sedar

      Padam
  6. family blogger...hakhakhak...best tuh!!!

    BalasPadam
  7. ramainye family die berblogging ye..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com