Selasa, 8 Mac 2011

Erti Sebuah Persahabatan

Salam semua...

Aku teruja benar bila melihat laman blog aku yang dah bersawang dengan tidak menulis entry2 terkini... Aku rasa kasihan melihatnya... lantas, tangan aku pun cuba menari-nari di keyboard laptop kesayanganku untuk menulis sesuatu yang bernilai dalam LeYa's Blog ni... Fikir punya fikir.... Setelah hampir setengah jam memerah otak.... Idea pun muncul.... Seketika aku terdiam... Aku termenung sepi di tepi jendela bilik ku... Menanti seseorang yang amat dirindui muncul di hadapan... Tapi, sukar bagiku untuk lakukannya... Ternyata aku tiada kuasa untuk melakukannya... Hanya mampu berdoa agar si dia selamat dan bahagia... 

Arrggghhhh.... sebenarnya aku masih lagi dalam mood peperiksaan... Masih lagi dengan kesibukan yg teramat sangat di universiti ni... Semakin hari semakin tiada masa untuk aku cuba merehatkan diri... Setiap hari ada sahaja kerja yg perlu dilaksanakan.... Aku mengeluh seketika... Tapi itulah lumrah hidup sebagai seorang yg bergelar pelajar... 

Berbalik semula kepada entry yg akan aku post kan kali ini... Aku rasa ingin menulis tentang "Erti Sebuah Persahabatan"... kenapa aku berfikir begitu?? kenapa tajuk tuh?? Ape maksud di sebalik nye??
UUuhhhhh......terlalu byk persoalan yg bersarang di dlm benak fikiran tatkala ini... Aku dengan pantas cuba memberi yang terbaik buat para pembaca di sana...

********************

Kali ini aku nak berbicara tentang erti dan nilai persahabatan. Setiap orang ada maksud tersendiri dan semuanya adalah betul dan boleh diterima pakai sebagai erti persahabatan. Aku selalu juga mengalami banyak peristiwa di mana sahabat adalah tempat aku mengadu dan juga meminta tolong. memang bagus kan kalau sahabat kita mcm tuh.

Namun dalam kita meneruskan kehidupan ini, tidak mustahil kita susah nak cari sahabat yang benar-benar sahabat. Kalau ada pun mungkin hanya menumpang kesenangan dan juga keseronokan. Namun untuk kesusahan dan kesedihan memang susah nak jumpa. Pendek kata kalo ada sikit je. hihihi
Dalam kamus aku, persahabatan aku takrifkan sebagai:

persahabatan = kepercayaan


Maka, secara peribadi aku melihat tanpa kepercayaan nilai persahabatan tak kan dirasai dan juga aku yakin banyak masalah yang akan berlaku.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu jugalah dia. Tetapi kadang2 kita terlupa mengambil kira tentang hal itu. Kita hanya cuma mengambil kira harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janji. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Bagi kita, itu hanyalah alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kadang2 kita juga membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan untuk dia terima alasan kita. Adakah kita pernah fikir tentang perasaannya? Adakah kita tak mengambil peduli tentangnya? Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
RENUNGILAH…
“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com