Rabu, 1 Disember 2010

Suka dan Duka dilalui bersama...

Assalamualaikum semua pada para readers yg kusayangi...

Setelah penat mengemas rumah...aku ke arah laptop Acer Aspire 3620 milikku dan terus membukanya.. Aku berfikir sejenak. Apakah entry terbaik yg ingin ku post kan hari ni? Aku termenung seketika.. Kuperhatikan ringkasan mesej di "chat area" dan follower ku juga bertambah dari sehari ke sehari... Aku bersyukur kini.. Blog ku telah kembali seperti dahulu... Dan..kini, aku pun mula aktif menulis apa sahaja cerita menarik di sebalik kehidupanku di blog kesayanganku yg telah mula beroperasi pada May 2008... WoW! dAh 3 tahun rupenyer usia blog aku nih... hehe... diam tak diam...sekejap jer kan... Tapi, sometimes..adakalanyer blog aku ni sepi dengan tiada kisah2 menarik di dalamnyer... Kenapa?? sometimes aku terlalu sibuk hingga aku takde mase nak tengoknyer... Erm...kalau die ley ckp dan ade perasaan mesti dy sedih kan...huhu... Tak patut betul la aku nih... Dont worry sayang... Sekarang kau hari2 kubuka dan kuperhatikan.. Sekali sekala layan cerita2 blog nih memang leka aku...

Huh! Panjang btul aku cerita tentang LeYa's Blog yang aku sayang tuh.. Seterusnya, aku nak ceritakan pada sumer yang aku bahagia dan terlalu gembira kali ni.. Kenapa?? Mana tak nyer... tadi kan mase start entry aku cakap yg aku penat berkemas rumah kan... Nak tau kenapa? Sebabnyer Sabtu ni 04/12 rumahku (means rumah milik ayah & ibuku...hehe...) akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran sempena abangku akan bertunang pada keesokkan harinya.. Hah! dAh nak bErtunang ker aBangku tuh... Yup..esoknyer 05/12, kami sekeluarga serta kaum keluarga belah ibu akan ke Pahang untuk majlis pertunangan dan seterusnya ke Tasik Kenyir untuk Program Hari Keluarga 2010... Wah! 2 dalam 1...  Hebat! memang dahsyat kan...

*****************************
Aku merenung kosong gambar-gambar kenangan bersama keluarga waktu ketika duLu... Masih jelas kelihatan aku serta abang dan adikku kecil lagi... Kini...sumer nyer dah besar.. dah matang... dah boleh fikir yang mana baik dan buruk.... Abangku dah nak bertunang... Nanti berkahwin pula... Ahh...kejap jer mase berlalu... Tanpa dipaksa..tanpa dipinta...masa berlalu terlalu pantas meninggalkan zaman silam kita.. Terasa memberi kesan yang mendalam buat diriku pabila aku juga telah meningkat dewasa.. Ya! aku juga sudah 23... Sudah menjangkau 20-an.... Sudah mengenal erti kehidupan yang selama ini hanya mengharap pada ayah & ibu yang tercinta...

Walau semuanya telah berubah... tetapi ia tidak mematahkan semangatku mencoret kisah2 suka duka ku di LeYa's Blog yg telah bersemadi / bertakhta selama tiga tahun di persada Internet... Aku kini yang masih belum tamat pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) di UTeM  sedaya upaya berusaha mengejar cita2 yang diimpikan selama ini... Cita-cita??? Apa cita2ku selama ni??  Owh..yes..impian ku ingin menjadi seorang pereka web yg terkemuka (Webmaster / Webdesigner) atau pereka perisian (Software Developer) yg mana selari dengan bidang yg kuambil... Juga, secara sampingannya pula, aku ingin jadikan minatku terhadap fotografi dan penulisan sebagai satu lagi bidang yg mengisi masa lapangku... Yeah! deNgan LeYa's Blog dan Sony Handycam serta Camera DSLR Nikon D90 (coming), aku telah pun menjadikan minatku itu sebagai satu impian yang pasti aku sendiri tidak dapat membayangkannya... 

Abang (Mohd Ikhwan) dan Adikku (Ahmad Akmal)

 
Nur Farisya, Wafa Adhlina & Amrina Rosyada 

 
Siti Aisyah, Siti Hajar dan Kautsar 

Siti Sarah dan Aiman Naiem

Muhd Thoriq dan Dhiya Tasneem

 
Fatin Nabilla dan Husnal Taufiq

Nadia Aqilah

Okey..picture atas tuh sumer sepupuku sebelah ibuku... kami memang sangat rapat dan ade ramai lagi yang tidak ku masukkan... Sebab nnti panjang pula entry aku yg satu nih...hehe... Okey2..dah cukup panjang cerita aku hari nih... Aku pun nak stop and nak jalan2 tengok blogger2 yang len... Mesti korang pun ade kisah baru nak dikongsi bersama kan... Jom3x... Wassalam semua...

2 ulasan:

  1. Saya biasanya tidak posting dalam Blog tapi blog Anda memaksa saya untuk, bekerja luar biasa .. indah ...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com