18 June 2009 - Pagi semalam, ketika aku sedang sibuk mengemas rumah, hatiku tercuit untuk ke arah almari kayu antik di sudut menghala ke bilikku. Aku menarik laci almari yang paling atas. Dan, mataku terpaku pada sebuah album kenangan di mana di dalamnya terselit gambar2 semasa ayah & ibu menunaikan haji. Aku menyelak lembaran demi lembaran dan mataku terhenti di satu gambar.. Gambar ayahku bersama rakannya. Dan beberapa saat kemudian, telefon ibu berbunyi. Pemanggilnya adalah ayah dan memberitahu kisah yang terjadi. Mendengarkan sahaja dari mulut ibu itu, aku hampir tidak percaya yang rakan ayah ku itu telah kembali ke rahmatullah. Baru sebentar aku melihat gambar beliau. Dan kini, beliau telah tiada lagi. Innalillah dan al-fatihah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri di kalangan para salihin serta ditempatkan bersama para syuhada.
*******************************
Kemudian, satu lagi kejutan yang telah berlaku dalam kehidupanku hari ini. Namun, kali ini bukanlah satu kisah sedih. Pulang saja ibu dari rumah arwahyarham, ibu memanggilku dan menghulurkan surat tawaran temuduga dari SPA. Aku terkejut seketika. Tidak disangka masih ada peluang lagi untukku setelah temuduga yang pertama aku gagal mendapatkannya. Aku mencarik tepi helaian surat perlahan2 dan membukanya. Alangkah terkejutnya aku jawatan yang aku dapat kali ini adalah sangat bersesuaian dengan tahap pendidikanku. Padahal sebelum ini, aku hanya dapat jawatan yang biasa sahaja. Tapi aku tak menolaknya malah aku turut pergi menjalani sesi temuduga tersebut. Nasib tak menyebelahi aku. Aku gagal dalam jawatan itu.
Namun, takdir penentu segalanya. Berkat kesungguhan dan ketabahan aku dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba ini, aku dapat apa yang kuhajati selama ini. Tapi bukanlah bermakna untuk kusenanginya kerna ia hanyalah satu permulaan. Itu baru diterima untuk di temuduga. Belum lagi tahu jawatan itu milik aku atau tidak. Aku hanya berserah pada Ilahi agar penantian aku selama ini berakhir. Biarlah kali ini aku memperoleh kejayaan dan menggembirakan ibu dan ayah aku yang telah banyak berkorban selama ini. Jasa mereka tidak terbalas olehku.
*******************************
Kisah ketiga yang terjadi dalam hidupku semalam adalah 'saat rindu di hati menanti, dikau muncul kembali'. Mungkin aku tidak ingin memperkatannya di sini. Aku hanya bersyukur pada Ilahi. Aku pohon seribu kemaafan andai kalian semua terguris dengan kisah ketiga ini. Bukan niat untuk mengguris hati, namun ianya sukar untuk ditafsirkan di halaman blog ini.
Tiga kisah dalam satu masa yang berlaku dalam kehidupanku semalam. Berita sedih dan gembira bercampur baur bersilih ganti. Mungkin sukar menerima berita sedih itu tapi tidak sukar mana pun jika kita masih tabah meneruskan kehidupan harian kita. Kegembiraan yg terkandung dlm kisah dua dan tiga itu telah menutup original sedihku yg sebenar.
Sekian sahaja catatan harian yang kutulis ini. Pohon maaf jika ada kesilapan ejaan dan terguris perasaan.