Sabtu, 14 November 2026

SR! Saya nak TNG eWallet!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sabtu pagi yang tenang dan santai untuk LeYa menulis dan blogwalking pagi sebelum meneruskan kerja sebentar lagi. Jadi, LeYa tertarik untuk turut serta satu GiveAway dari rakan blogger. Lama juga LeYa tak join aktiviti blogging ni. So... dah mula kembali menulis ni, LeYa pun nak kembali bersama dengan komuniti blogger yang positif dan sentiasa rajin menulis ni walaupun dah banyak platform video hari ini. 

Okay jom siapa nak join SR! Saya Nak TNG eWallet! ni boleh klik di pautan dan banner di bawah.


Harapan LeYa semoga kita terus kekal menulis memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana dan meningkatkan minat anak-anak muda dengan membaca. Membaca kan jambatan ilmu.

Semoga ada rezeki buat LeYa di akhir November 2026 nanti. InsyaAllah. Kepada yang nak join boleh terus klik pautan di atas. Jom sama-sama kita meriahkan dunia blogging dengan lebih meriah lagi. 

Jumaat, 13 November 2026

Misi Bebas OBES – Panduan Turunkan Berat Badan Dengan Cara Sihat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Dah Bosan Dengan Badan Gemuk? Jom Mulakan Misi Bebas Obes Dengan Cara Yang Betul!

Pernah tak rasa susah sangat nak turunkan berat badan? Dah cuba macam-macam jenis diet, kurangkan makan, tahan lapar, malah ada yang sanggup mencuba pelbagai produk kurus. Tetapi hasilnya masih belum seperti yang diharapkan.

Lebih mencabar apabila berat badan turun sekejap, kemudian naik semula. Memang boleh buat kita rasa kecewa, kan?

Sebenarnya, menurunkan berat badan bukan sekadar tentang makan sedikit atau bersenam setiap hari. Kita juga perlu faham bagaimana tubuh badan berfungsi, pemilihan makanan yang sesuai dan cara membina rutin hidup yang lebih sihat.

Sebab itulah LeYa nak kongsikan satu panduan yang menarik untuk mereka yang sedang berusaha mendapatkan berat badan lebih ideal, iaitu eBook Misi Bebas OBES!

 

Apa Itu eBook Misi Bebas OBES?

eBook Misi Bebas OBES merupakan panduan untuk membantu kita memahami asas penurunan berat badan dengan lebih mudah dan praktikal.

Bukan sekadar bercakap tentang diet, tetapi turut menyentuh beberapa perkara penting yang boleh membantu kita mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Antara topik menarik yang boleh dipelajari ialah:

✅ Memahami punca sebenar berat badan sukar turun.

✅ Cara mengurangkan berat badan tanpa bergantung kepada produk kurus yang pelik-pelik.

✅ Tips menurunkan berat badan secara konsisten dan berkekalan.

✅ Memahami hubungan pengambilan gula dan karbohidrat dengan pemakanan harian.

✅ Mengenali peranan hormon dalam badan yang berkaitan dengan pengurusan berat badan.

✅ Senaman ringkas tetapi praktikal untuk dimasukkan dalam rutin harian.


Apa Yang Menarik Dalam eBook Ini?

Apa yang menarik, eBook Misi Bebas OBES bukan hanya memberikan panduan pemakanan. Ia turut dilengkapi dengan beberapa bahan tambahan yang boleh dijadikan rujukan sepanjang perjalanan menurunkan berat badan.

Antara yang disediakan:

📕 eBook PDF – Boleh dibaca melalui telefon pintar, tablet atau komputer.

🥗 Menu Sihat Harian – Idea menu untuk membantu merancang pemakanan.

🏋️ Senaman Mudah – Cadangan aktiviti fizikal yang boleh dilakukan mengikut kemampuan.

📋 Pelan 30 Hari – Panduan untuk membina rutin lebih teratur.

🎁 Bonus Eksklusif – Bahan tambahan untuk membantu perjalanan ke arah gaya hidup lebih sihat.

Tak Perlu Terburu-buru, Yang Penting Konsisten!

Bagi LeYa, perkara paling penting dalam usaha menurunkan berat badan ialah konsisten dan tidak terlalu memaksa diri.

Tak perlu terus berhenti makan nasi, tak perlu berlapar sepanjang hari dan tak semestinya perlu melakukan senaman yang terlalu berat.

Mulakan dengan perubahan kecil seperti mengawal saiz hidangan, memilih makanan yang lebih berkhasiat, minum air kosong secukupnya dan bergerak lebih aktif setiap hari.

Paling penting, jangan terlalu membandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Setiap individu mempunyai keadaan tubuh dan kadar penurunan berat badan yang berbeza.

Ingat, matlamat kita bukan sekadar nak kurus, tetapi nak menjadi lebih sihat dan selesa dengan diri sendiri.


Jom Mulakan Misi Bebas OBES!

Kalau anda sedang mencari panduan untuk memahami cara menguruskan berat badan dengan lebih teratur, mungkin eBook Misi Bebas OBES ini boleh dijadikan salah satu bahan rujukan.

Jangan tunggu sehingga masalah berat badan semakin mengganggu kesihatan dan aktiviti harian. Mulakan langkah kecil hari ini.

Badan lebih sihat, hidup lebih ceria! ❤️

🛒 Nak dapatkan eBook Misi Bebas OBES?

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan eBook PDF berserta menu sihat harian, senaman mudah, pelan 30 hari dan bonus eksklusif.

👉 KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN eBook MISI BEBAS OBES!

Penafian: eBook ini merupakan bahan panduan pendidikan berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat. Hasil pengurusan berat badan berbeza mengikut individu. Ia bukan pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan.

Ahad, 8 November 2026

Makan-Makan di MOWLA Cendol @ Gombak – Port Menarik Untuk Peminat Cendol!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sebelum tu LeYa nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada yang meraikannya. Ok... Hujung minggu ni LeYa nak kongsikan satu lagi tempat makan menarik yang korang boleh masukkan dalam senarai port makan-makan korang, iaitu MOWLA Cendol yang terletak di Gombak.



Sesekali keluar dan cuba tempat makan baharu memang seronok. Bukan sekadar nak mengisi perut, tetapi inilah masanya untuk menikmati suasana santai sambil meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Ok korang... LeYa pasti kalau sebut sahaja cendol, mesti ramai yang terus terbayangkan semangkuk cendol yang sejuk, ais yang dikisar halus, santan yang lemak berkrim serta gula Melaka yang manis harum. Memang cukup menyelerakan lebih-lebih lagi kalau cuaca panas!

Singgah MOWLA Cendol @ Gombak

Kadang-kadang kita tak perlukan hidangan yang terlalu mewah untuk menikmati waktu makan bersama keluarga atau kawan-kawan. Cukup sekadar dapat duduk santai, menikmati makanan kegemaran dan bersembang sambil mengisi masa lapang. 

Bagi LeYa, aktiviti makan-makan macam inilah antara perkara kecil yang mampu mencipta kenangan manis. Tak perlu tempat yang terlalu mewah, asalkan makanan sedap dan dapat menikmati masa bersama-sama, itu pun sudah cukup menggembirakan. Itulah antara sebab seronoknya aktiviti makan-makan begini.

Cendol - Pencuci Mulut Kegemaran Ramai

Bagi peminat cendol, hidangan ini memang antara pencuci mulut yang sukar ditolak. Gabungan rasa manis, lemak dan tekstur cendol yang kenyal menjadikan setiap suapan terasa cukup menyegarkan. Hari tu, LeYa memilih untuk menikmati Cendol Jagung. Manakala Encik Suami, Mr. H memilih Cendol Special dan anak dara pula dengan Cendol Pulut.

Cendol Jagung untuk LeYa

Selain itu, kami juga ada memesan makanan lain seperti Mi Kari dan Tauhu Bakar.

Mi Kari buat Encik Suami

Cendol yang dipesan tadi memang sangat sesuai dijadikan pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama ataupun sekadar singgah untuk menikmati sesuatu yang sejuk pada waktu petang.


Tauhu Bakar kongsi makan LeYa dan anak dara

Laksa Telur Sarang

Oh ye! Kalau tak salah LeYa Laksa Telur Sarang ni antara makanan hot mereka. Kalau berkesempatan singgah lagi nanti boleh lah try. Perut LeYa dah kekenyangan sangat. Jadi tak mampu nak masuk menu lain lagi.

Kalau korang berada di Gombak dan sekitarnya, bolehlah cuba singgah ke MOWLA Cendol ni. Mana tahu, mungkin korang juga akan jumpa menu kegemaran sendiri di sini!

Secara keseluruhannya, singgah makan-makan di MOWLA Cendol @ Gombak menjadi salah satu aktiviti santai yang menyeronokkan. Sesekali bolehlah masukkan tempat ini dalam senarai destinasi makan-makan korang apabila berada di sekitar Gombak.

Apa yang penting, nikmati setiap momen dan jangan lupa luangkan masa bersama keluarga serta insan tersayang.

Jumpa lagi dalam perkongsian makan-makan LeYa yang seterusnya.

Jumaat, 6 November 2026

Visit Selangor Year 2026: Tourism Selangor Perluas Promosi Hingga ke Tokyo

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tourism Selangor terus memperluaskan promosi pelancongan negeri Selangor ke pasaran antarabangsa menerusi program Surprising Selangor: Asia 2026 Sales & Networking Programme Series 3 - Japan, bersempena Malaysia Fair 2026 di Tokyo.

Program ini bertujuan memperkenalkan Selangor kepada lebih ramai pelancong Jepun, selain mengukuhkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan antarabangsa bagi menyokong kempen Visit Selangor Year 2026.

Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling, pelbagai pertemuan dan sesi jaringan perniagaan diadakan bersama agensi pelancongan serta syarikat Jepun, termasuk Mitsui Fudosan dan Mitsui Shopping Park Lalaport. Kerjasama ini membuka peluang untuk pelaksanaan kempen promosi dan pakej pelancongan yang lebih menarik.

Menariknya, pengunjung Malaysia Fair 2026 Tokyo turut berpeluang mengenali keunikan Selangor melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti:

  • Tourism Passport & Stamp Collection – Mengumpul cop kenangan daripada reruai pelancongan.

  • Pengalaman Pelancongan VR – Meneroka tarikan menarik Selangor secara maya.

  • Pakaian Tradisional Malaysia – Mengenali kepelbagaian budaya melalui pengalaman memakai pakaian tradisional.

  • Pameran Gastronomi Malaysia – Menikmati dan mengenali pelbagai hidangan serta makanan tradisional Malaysia.

 

Sebagai negeri yang menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor mempunyai budaya tarikan pelancongan yang boleh diterokai termasuk keindahan alam semula jadi, warisan budaya, makanan tempatan, pusat beli belah, aktiviti keluarga dan pelancongan kesihatan.

Menurut Chua Yee Ling, penyertaan dalam program ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong Jepun untuk mengenali dan merasai sendiri keunikan Selangor.

Usaha ini membuktikan komitmen Tourism Selangor dalam memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan di Malaysia, khususnya menjelang Visit Selangor Year 2026.

Khamis, 30 Julai 2026

Cerita Hari Ini... Resipi Telur Masak Lemak Cili Api Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Awal pagi LeYa terjaga untuk ke tandas sebab sakit perut. Alih-alih tengok LeYa dah datang bulan. Pakej senggugut yang memang tahap guling macam tenggiling atas katil. Maka, jam 7.00 pagi LeYa pun memberitahu boss dan team untuk ketidakhadiran LeYa ke pejabat hari itu.

Jam 8.45 pagi, En. Suami bawa LeYa ke klinik berdekatan untuk check-up, ambil ubat dan sijil cuti sakit (MC). Selesai klinik, LeYa dibawa pulang ke rumah untuk berehat dan En. Suami terus keluar mencari rezeki buat kami sekeluarga.

LeYa makan roti Gardenia 2 keping untuk alas perut sebelum makan ubat.

Selesai sarapan pagi dan makan ubat yang disyorkan doktor, LeYa berehatlah di atas sofa depan TV. Tahu-tahu dah hanyut sampai ke bumi Norway... Hehehe.... Tengok jam dah pun pukul 2.00 petang. Terfikir lah untuk masak buat En Suami pulang dari kerja. Minta anak dara untuk masak nasi sementara LeYa mencari tenaga untuk masak lauk makan malam.

TELUR MASAK LEMAK CILI API. Menu simple dari LeYa untuk petang ini. Itupun sebab tengok telur ayam sahaja yang ada dalam peti ais. Kami belum shopping barang dapur lagi. Tapi it's okay . Janji ada lauk untuk dimasak dan perut kami sekeluarga pun kenyang. 

Kebetulan ada pula ulam timun dan tomato. Jadi LeYa tambahkan sekali sebagai menu tambahan untuk dinikmati bersama dinner ini.

RESIPI TELUR MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan:-

  • 4 biji telur ayam
  • 10-15 biji cili api (blender)
  • 1 inci kunyit hidup (blender)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa 

  • Cara Memasak:-

  • Satukan bahan yang diblender tadi (cili api dan kunyit), santan, dan air di dalam periuk.
  • Masak atas api sederhana sambil kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak berketul.
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
  • Apabila kuah mula mendidih, pecahkan telur satu persatu perlahan-lahan ke dalam kuah.
  • Biar telur masak dan jangan dikacau terlalu kerap supaya kuning telur tidak hancur.
  • Setelah telur keras dan kuah mendidih, tutup api dan sedia dihidang.


  • Siap masak rasa rajin sikit petang ni, LeYa share kan lah juga resipi. Alhamdulillah... sakit bukan penghalang untuk menyediakan hidangan buat keluarga. Nak pedas lagi, boleh tambah cili api. Ikutlah gaya dan citarasa korang nak masak macam mana. Ni cara LeYa masak. 

    Moga Allah berikan kesembuhan buat LeYa hari ini. Terima kasih juga buat En. Suami yang sentiasa ada dan memahami diri ini. Moga Allah pelihara hubungan kami dari segala hasutan dan bisikan syaitan. Aaminnn...

    Selasa, 28 Julai 2026

    Citrawarna 2026 Kembali Menyemarakkan Warna-Warni Warisan dan Budaya Malaysia

    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

    Hampir 7 tahun, Citrawarna 2026 kembali memeriahkan Dataran Merdeka sebagai salah satu acara utama Tourism Malaysia sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Acara Citra Perarakan (Colours of Parade) menampilkan seramai 3,500 penari yang mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan serta masyarakat pelbagai budaya di negara ini.

    Penganjuran Citrawarna 2026 oleh Tourism Malaysia dengan sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Warisan Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan (JKKN), Istana Budaya dan Muzium Tekstil Negara mencerminkan komitmen bersama untuk mempromosikan pelancongan seni, budaya dan warisan Malaysia kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

    Acara penuh gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Kehadiran kedua-dua tetamu kehormat ini mencerminkan kepentingan Citrawarna sebagai satu acara pelancongan utama negara dalam menyokong VM2026.

    Bersempena dengan Citra Perarakan, para pengunjung dissajikan dengan peragaan busana tradisional, persembahan muzik dan tarian serta pelbagai pertunjukan kebudayaan oleh kontinjen yang mewakili kesemua 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, bersama-sama masyarakat pelbagai budaya Malaysia. Persembahan ini turut mencerminkan tradisi, kisah dan identiti yang menjadi asas kepada pembentukan jati diri masyarakat berbilang kaum di negara ini.


    Citrawarna 2026 turut berjaya menarik lebih 700 pelancong antarabangsa menerusi pakej pelancongan yang dirangka khas, melibatkan pelancong dari negara China, India, Mauritius, Jepun, Vietnam, Indonesia, Singapura, Kazakhstan, Itali, Belanda, Switzerland dan Perancis. Penyertaan mereka mencerminkan minat antarabangsa terhadap pengalaman pelancongan budaya Malaysia, di samping memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri warisan, tradisi dan hospitaliti negara.

    Sepanjang tiga hari penganjurannya, Citrawarna 2026 digerakkan menerusi empat komponen utama yang menjadi nadi sambutan seperti Citra Perarakan (Colours of Parade), Citra Rasa (Colours of Flavour), Citra Budaya (Colours of Culture) dan Citra Seni (Colours of Arts). Acara ini menampilkan lebih daripada 70 gerai makanan dan minuman, 20 reruai aktiviti kebudayaan serta 10 reruai seni dan kraf tangan, di samping persembahan, demonstrasi warisan, permainan tradisional dan pengalaman interaktif.




    Penghargaan terhadap budaya dapat dipupuk melalui penghayatannya. Selain persembahan budaya Malaysia di atas pentas menerusi Citra Perarakan, Citrawarna 2026 juga menggalakkan pengunjung untuk meneroka secara langsung elemen kebudayaan negara melalui seni canting batik, anyaman ketupat, demonstrasi juadah tradisional serta aktiviti interaktif lain yang dikendalikan oleh para artisan dan penggiat budaya. Pengalaman ini membantu generasi muda menghayati warisan mereka, di samping meningkatkan pemahaman pengunjung antarabangsa terhadap kekayaan tradisi serta kepelbagaian budaya di Malaysia.

    Di samping itu, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kontemporari oleh barisan artis tempatan seperti Wani Kayrie, Bulan Asyraff, Dr Soo Wincci, Santesh Kumar, Ernie Zakri dan Aina Abdul serta Kumpulen Balle-Balle.


    Citrawarna 2026 turut mengalu-alukan peserta program Mega Fam Tourism Malaysia, menyediakan peluang kepada media antarabangsa, wakil industri pelancongan dan pencipta kandungan untuk merasai sendiri pengalaman kebudayaan Malaysia sambil menyokong promosi VM2026 di pasaran antarabangsa.

    Acara ini berlangsung sehingga 26 Julai 2026 di Dataran Merdeka dengan menampilkan pengisian merangkumi keempat-empat pengalaman utama, termasuk persembahan, aktiviti kulinari, demonstrasi seni dan kraf tangan serta aktiviti warisan interaktif.