Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Ramadan 2025 kembali lagi! Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa semula. Korang dah habis ganti puasa ke belum tu? Kalau belum baik cepat-cepat ganti ya. Hehehe...
Ok lah... back to story... Kali ni LeYa dengan berbesar hatinya nak kongsi dengan korang semua tentang salah satu port berbuka puasa menarik yang terdapat di ibu negeri kita iaitu Kuala Lumpur. Lokasinya berada di Cornerstone IPC, Jalan Ampang.
BUFFET RAMADAN 2025: FROM KAMPUNG STREET TO JALAN AMPANG
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, sudah tentu seluruh umat Islam akan berkumpul seisi keluarga mahupun rakan-rakan untuk berbuka puasa. Selain dari melaksanakan ibadah puasa, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga. Jadi, ayuh kita sama-sama raikannya!
Suri Catering & Event Services dan Merindu Savior Events & Management yang telah bekerjasama hampir 10 tahun dalam perniagaan acara dan majlis telah mencetuskan Buffet Ramadan 2025 dengan temanya From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0. Ini seterusnya menjadikan lokasi wajib yang korang patut cuba jika berada di Kuala Lumpur.
Duo gabungan Zaza Sabran, Pengasas Merindu Savior Events & Management dan Ahmad Anas B. Mustafa Kameel, Ketua Pegawai Eksekutif Suri Catering & Event Services menjadikan pengalaman pengunjung untuk berbuka puasa dengan ledakan gastronomi menerusi seleksi menu dalam suasana eksklusif.
Okay... Pasti ramai tertanya-tanya apakah menu menarik yang mereka tampilkan di Cornerstone IPC? Bertepatan dengan tema, konsep, menu dan dekorasi From Kampung Street to Jalan Ampang, terdapat lebih 150 jenis hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri. Antara menu yang ditawarkan kepada pengunjung dan merupakan sajian signature adalah Gulai Kawah, Lauk Pauk Ala Kampung seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pekasam, Tempoyak Daun Kayu, Menu Warisan seperti Lempeng, Ubi Kayu Rebus dan banyak lagi.
Menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini dihasilkan oleh barisan chef berpengalaman dan mempunyai air tangan yang mempu menyempurnakan buka puasa korang.
Tidak ketinggalan juga bagi peminat pemanis mulut pasti akan dapat mengakhiri sajian korang dengan Aneka Dessert, Kuih Muih, Bubur dan semangkuk ABC yang enak. Paling istimewa minuman panas dia iaitu Teh Tarik. Memang terbaik dan sedap!
Lokasi yang strategik untuk pengalaman berbuka puasa yang unik di Cornerstone IPC, Jalan Ampang menjadi pilihan kerana lokasinya yang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia pasti dapat memberikan peluang kepada warga kota yang merindukan makanan asal usul mereka dengan menikmati hidangan tradisional di sini.
HARGA BUFFET RAMADAN 2025: CORNERSTONE IPC JALAN AMPANG
Buffet Ramadan 2025 - From Kampung Street to Jalan Ampang 2.0 menawarkan tawaran sebanyak
- KANAK-KANAK : RM49.90 (berusia 6 tahun - 12 tahun)
- WARGA EMAS : RM69.00
- DEWASA RM129.90
Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan Ramadan, boleh hubungi :
ABDUL MUTALIB B. ABDUL SHUKOR | +6018-2255 465
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com