Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Firdaus Rahmat yang pernah melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-36, 37 dan 38, kini terus mengukuhkan namanya sebagai salah satu perngkarya terhebat di tanah air. Terbaharu, dengan rasa keterujaan dan bersedia untuk membakar semangat peminat, Firdaus mempersembahkan satu sisi baharu dalam muziknya melalui single 'Menang Atau Kalah', dengan mempertaruhkan bahagian 'rap' buat kali pertama!
Penglibatan dalam Penghasilan Lagu Menang Atau Kalah
'Menang Atau Kalah' bukan sekadar lagu, tetapi tanda evolusi Firdaus Rahmat sebagai penyanyi, penulis lirik, komposer dan penerbit. Dicipta bersama komposer berbakat Iqie Hugh, lagu ini turut menjadi lagu runut bunyi kepada drama aksi mendebarkan 'Skuad X' yang menghiasi slot Lestary di TV3 akan datang!
Lagu ini mengusung tema tentang semangat pantang menyerah dan tekad untuk menghadapi segala rintangan. "Lirik lagu ini terinspirasi dari semangat juang yang tak pernah luntur,"ujar Firdaus. "Saya mahu pendengar merasa bahawa dalam apa jua situasi, kita perlu terus berusaha tanpa putus asa. Sama ada kita menang atau kalah, yang penting ialah perjalanan yang kita tempuh dengan penuh tekad."
Lagu 'Menang Atau Kalah' membawa kelainan dengan gabungan genre pop rock yang dipacu dengan rentak yang laju serta bahagian rap. Ini adalah kali pertama Firdaus Rahmat mempertaruhkan rap dalam karya muziknya. "Saya teruja dengan konsep baharu ini. Mencuba sesuatu yang luar biasa dengan memasukkan unsur rap adalah seperti mencabar diri sendiri. Bahagian rap memberikan energi dan dimensi baharu yang saya harap akan diterima baik oleh para peminat."jelasnya.
Sesi rakaman lagu ini diselesasikan dalam masa satu jam, membuktikan keserasian kukuh antara Firdaus dan Iqie Hugh, "Chemistry antara saya dan Iqie sentiasa menjadi kunci kepada penghasilan karya yang unik. Saya amat kagum dengan kebolehan Iqie dan beliau adalah pencetus kepada idea-idea segar yang membantu setiap lagu kami menjadi lebih bermakna dan relevan."
"Terima kasih kerana menerima setiap karya yang dikeluarkan oleh saya. Dengan sokongan anda, saya dapat melangkaui garisan yang tak pernah dicapai sebelum ini. Walau jasa tak terbalas dengan kata-kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Alternate Records kerana sentiasa percaya dengan karya saya selama ini. 'Menang Atau Kalah' adalah karya yang ke-24 saya bersama Alternate Records."tambah beliau.
Beliau berharap agar karya terbaharu, 'Menang Atau Kalah' ini akan mendapat tempat di hati pendengar dan menjadi lagu yang menemani mereka dalam kehidupan seharian. Beliau turut berkongsi hasrat untuk mencipta lebih banyak kelainan dan memberi nafas yang segar dalam karya akan datang untuk memberikan dimensi yang lebih segar dan kepelbagaian dalam industri muzik tanah air.
Tengok liriknya menarik. Boleh dengar ni nanti
BalasPadamYa betul... first time LeYa dengar pun rasa not bad juga walau dalam bentuk rap. Basically LeYa suka dengar Balada... Tapi ni versi rap ok juga
PadamSalam BW petang.
BalasPadamSelamat pagi...
Padam