Khamis, 19 September 2024

Sinopsis Drama Slot Akasia TV3, Hai Cinta, Dengarkanlah!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Takdir yang tertulis mungkin seringkali berbeza dari apa yang diimpikan, namun ia sentiasa punya cara untuk membawa kita ke destinasi yang lebih baik. Begitu juga dengan perjalanan hidup seorang wanita bernama Cahaya (Anna Jobling), yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saat Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata. Apakah Cahaya akan mampu menemui kebahagiaan yang selama ini menjadi impiannya? Sesuatu yang diharap datang membawa sinar baru dalam hidupnya?

Slot Akasia TV3 bakal menghangatkan petang anda dengan drama bersiri terbaharu berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah!, terbitan A10 Alliance. Bermula 17 September 2024, kaki-kaki drama akan dihidangkan dengan perjalanan emosi yang menyentuh jiwa melalui 28 episod yang penuh dengan liku-liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka.

Drama yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Shukri Yahaya, Anna Jobling, Niezam Zaidi, Rania Amanda, Aleza Shadan, Zulkifli Ismail, Raden Zaharatul dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama penuh emosi ini di slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, atau strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

Sinopsis Drama Hai Cinta, Dengarkanlah!

Hai Cinta, Dengarkanlah! akan membawa penonton meneroka hidup Cahaya yang kini bergelar sebagai janda. Di dalam kesedihan yang dihadapi, Hakimi (Niezam Zaidi) muncul sebagai penyelamat. Walaupun Cahaya menolak bantuan Hakimi, dia tetap bertegas untuk membantu dan menjaga Cahaya serta menyokongnya selepas kelahiran anak sulungnya, Fifi (Rania Amanda). Dengan penuh kasih sayang, Hakimi sentiasa berada di samping Cahaya dan menjadi sumber kekuatan dalam tempoh paling sukar dalam hidupnya.

 

Selepas beberapa bulan kelahiran Fifi, Cahaya kembali bertugas sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, selepas kontraknya tamat, dia dan Fifi harus pulang ke Semenanjung Malaysia. Takdir tidak pernah salah alamat apabila Cahaya dipertemukan dengan Adib (Shukri Yahaya), seorang lelaki baik hati yang banyak memberi perhatian kepada Fifi. Pertemuan itu membuka peluang baru untuk Cahaya apabila dia ditawarkan untuk bekerja di galeri yang diusahakan oleh Adib.

Seiring dengan perjalanan mereka, Cahaya mula terbuka untuk menerima cinta baharu. Tetapi, dengan kelahiran dua lelaki yang penting dalam hidupnya, Hakimi yang telah menunjukkan kesetiaan tanpa syarat. Manakala Adib, yang disukai dan diterima oleh Fifi. Cahaya berhadapan dengan dilema yang sukar untuk membuat keputusan. Adakah dia akan memilih Hakimi, yang sentiasa ada disisinya? Atau Adib, yang mungkin akan membawa kebahagiaan baharu dalam kehidupannya bersama Fifi?

  

Jangan ketinggalan untuk saksikan lakonan Shukri Yahaya, Anna Jobling dan barisan pelakon yang penuh bakat dan jalan cerita yang menyentuh hati ini menerusi slot Akasia mulai 17 September 2024 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam.

Teruskan menonton Hai Cinta, Dengarkanlah! bermula 17 September 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspress di aplikasi iQIYI - 1 jam selepas siaran di TV pada hari yang sama. Manakala, episod baru boleh ditonton secara PERCUMA - 48 jam kemudian. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, sekarang.

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com