Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Aktiviti harian LeYa bila berada di rumah, of course lah akan mengemas rumah yang tak pernah habis tu... Rasa penat memang ada, tapi cukup puas bila tengok rumah kediaman kita bersih, kemas dan teratur. LeYa ni lah jenis tak suka tengok rumah bersepah dan susah nak berpuashati kalau orang lain yang buat. Sebab tu lah tak minat lagi nak ada pembantu rumah. Lebih lah elok buat sendiri sorang-sorang kan...
Setiap hujung minggu, LeYa akan buat spring cleaning... Semua barang-barang yang ada dalam almari, LeYa akan keluarkan dan kemudiannya lap bersih-bersih. Then, barulah susun semula elok-elok. Syukur juga ada anak dara dan Mr. H. Ringan jugalah kerja LeYa kan.
Alhamdulillah... Siap juga aktiviti mengemas rumah LeYa dan keluarga kecil LeYa ni. Rumah LeYa ni simple dekorasi je. Sebab LeYa tak suka serabut-serabut sangat. Nanti pening. Yang penting balik dari tempat kerja, rumah bersih, tenang dan kemas.
Ok lah... LeYa stop dulu dekat sini. Nanti esok lusa sambung lagi kalau ada masa ya. Tata titi tutu...
Wah naik seri rumah!
BalasPadamAlhamdulillah... Terima kasih. Simple je rumah LeYa
PadamKemasnya rumah... konsep minimalis ke? I like!
BalasPadamYe uncle. LeYa tak suka serabut² sangat... Suka minimalis.
Padam