Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Vietjet kini sedang mengembangkan lagi rangkaian penerbangannya dari ibu kota Vietnam iaitu Hanoi ke laluan baharu di Lapangan Terbang Sydney. Pada awal bulan ini, pengumuman laluan Hanoi ke Melbourne dan Hanoi ke Sydney adalah ditetapkan memulakan operasi pada bulan Jun. Ia turut menawarkan masa penerbangan sekitar 10 jam dengan jadual penerbangan berterusan serta turut menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan mampu milik.
Laluan Hanoi - Sydney akan mula beroperasi pada 8 Jun 2024 dengan penerbangan dua kali seminggu. Jadi, pengembara-pengembara boleh merancang untuk pelepasan dengan lebih mudah dari Hanoi pada hari Rabu dan Sabtu serta tiba di Sydney pada hari berikutnya. Manakala, penerbangan balik dari Sydney akan berpeluang merasai dan meneroka pengalaman landskap hijau Vietnam Utara.
Laluan Hanoi - Melbourne pula akan mula beroperasi beberapa hari lebih awal iaitu pada 3 Jun 2024 dan beroperasi dua kali seminggu pada hari Isnin dan Jumaat dari Hanoi serta ketibaan di Melbourne pada hari yang sama. Penerbangan pergi balik dari Melbourne ke Hanoi akan beroperasi pada hari Selasa dan Sabtu.
Bagi meraikan pelancaran laluan baharu, Vietjet menawarkan promosi tambang murah bermula dari RM0 (tidak termasuk cukai dan yuran) mulai sekarang hingga 25 Mac di www.vietjetair.com dan juga aplikasi mudah alih Vietjet Air. Tiket promosi ini sah untuk perjalanan bermula sekarang hingga 31 Oktober 2024.
Selain itu, para penumpang yang terbang dalam penerbangan sulung Hanoi-Sydney dan Hanoi-Melbourne akan menerima sehingga 500 Skypoint sebagai hadiah istimewa. Temui juga dengan lebih banyak lagi tawaran dan faedah di aplikasi SkyJoy atau https://skyjoy.vietjetair.com/. LeYa pasti korang akan rambang mata melihat tarikan dan faedah yang ditawarkan dari Vietjet. Terdapat juga lebih 250 jenama masakan, beli-belah dan pelancongan terkenal di Vietnam dan seluruh dunia.
Dalam masa satu tahun berkhidmat di pasaran Australia, Vietjet telah menunjukkan komitmennya untuk menyediakan pilihan perjalanan yang mudah menerusi laluan yang menghubungkan kedua-dua Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi ke bandar-bandar utama Australia. Vietjet menawarkan perjalanan yang lancar ke seluruh benua untuk perniagaan, masa lapang atau tujuan penerokaan.
Pada masa ini, syarikat penerbangan Vietjet telah mengendalikan penerbangan dari Ho Chi Minh City ke Melbourne, Sydney, Brisbane, Perth dan Adelaide. Tahun 2023 sahaja menyaksikan Vietjet mengembangkan rangkaian penerbangannya dengan menambah 33 laluan penerbangan antarabangsa dan domestik baharu termasuk lima laluan baharu yang menghubungkan Australia (Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, dan Sydney) ke Vietnam.
Dengan penambahan perjalanan jarak jauh merentasi benua, Vietjet terus melonjak tinggi. Penumpang boleh menikmati penerbangan dengan pesawat baharu, dengan tambang yang berpatutan, dan menikmati keseronokan Masakan Vietnam dan antarabangsa di atas kapal.