Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Tahniah buat Fazura, selebriti dan usahawan yang telah meluncurkan koleksi Fazbulous Raya 2024 sempena pertunjukan fesyen khas FAZURA yang dianjurkan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Acara tersebut telah dimeriahkan lagi bersempena kehadiran Ramadhan dan Syawal tahun ini yang dihadiri oleh suami, Fattah Amin, ahli keluarga Faz dan Fattah, rakan artis, para pempengaruh media sosial tempatan, agen FAZURA dan rakan media yang berkumpul untuk menyaksikan koleksi Fazbulous Raya 2024.
Baru-baru ini, Tudung FAZURA Black Label telah menawarkan koleksi ALhambra, shawl bersulam dari fabrik premium chiffon yang mengambil inspirasi keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.
Menurut Fazura atau mesra dikenali dengan Faz, beliau rasa sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk melanjutkan semula pertunjukan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA. Ia juga adalah ruang dan peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA dan perjalanan kerjaya professional mereka.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini antara lainnya mengetengahkan tiga koleksi Tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna yang berinspirasikan bunga-bungaan manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. Kesemua 30 corak menarik ini bakal menemui peminat Tudung FAZURA berserta dengan barisan baju Kurung Kedah, Kurung Moden dan Kebaya dan Ready-to-Wear yang mana sesuai untuk suri teladan yang anggun menawan.
"Alhamdulillah Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan yang kian hampir. Tahun 2024 adalah tahun yang istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang, kemudian kami juga dianugerahkan projek oleh satu stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh kami berdua dan Fatima. Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon dan kehadiran Fatima di set penggambaran sangat menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan tidak kurang disiplin sebagai pelakon baharu di usia muda."
Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di
Aplikasi Fazura
ShopeeMall 'fazuraofficialstore'
atau dari Besties dan agen FAZURA dalam bulan Mac 2024
Cantiknya koleksi baju raya. Langsung terpesona
BalasPadam