Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan Penang merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal di sebelah utara Malaysia. Jaraknya dari Kuala Lumpur lebih kurang 360km dan jika menaiki kereta, korang akan tiba dalam tempoh 3 jam 42 minit tanpa henti. Namun, kebiasaannya kita pasti akan berhenti di perhentian lebuhraya dan ini menjadikan masa yang diambil untuk tiba ke destinasi lebih kurang 5 jam.
Dari menaiki kereta sendiri, korang juga boleh menaiki kapal terbang yang akan mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas ataupun boleh juga mengambil pengangkutan awam seperti bas mahupun keretapi.
Ekplorasi Penang Menerusi Aktiviti Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0
Baru-baru ini, LeYa ke Penang dengan menaiki bas persiaran bersama rakan-rakan media yang lain untuk menyertai satu program Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 - Miss SHOPhia Go Travel 2023 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh kita lawati di sekitar Penang dan sudah semestinya jalan-jalan cari makan menjadi aktiviti wajib dalam ke mana sahaja pengembaraan kita. Jadi, kali ini LeYa membawakan korang eksplorasi bandar Penang bersama team LeYa iaitu OLAF The Shopaholic untuk turut serta dalam acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0.
Bertolak dari Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur sekitar jam 3.00 petang dan tiba di Evergreen Laurel Hotel untuk penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Ekstravaganza untuk tiga hari ini menjanjikan sebuah pengalaman menarik yang mempesonakan dengan meneroka produk, budaya, tempat menarik serta makanan viral dan sedap di Penang.
Keesokannya, setelah bersarapan di cafe hotel seawal jam 6.30 pagi, kami bergerak ke The TOP, KOMTAR untuk majlis pelepasan peserta Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0. Terkejut LeYa bila tengok ramai juga peserta yang turut serta kali ni. Apa-apa pun LeYa teruja untuk memulakan kembara hari itu.
Flag-off dilayangkan. Para peserta berlari bertempiaran menyelesaikan setiap tugasan. Tidak terkecuali juga LeYa dan team. Memandangkan kami pergi waktu itu adalah hujung minggu dan perayaan Deepavali yang bakal kunjung tiba, jadi memang terdapat banyak kenderaan dan orang ramai. walau bagaimanapun, tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang diberikan.
The TOP, KOMTAR
Lokasi pertama LeYa dan team jejaki adalah The TOP, KOMTAR dan kawasan sekitarnya. Antara tarikan menarik yang sempat kami lawati adalah Theme Park Indoor terbesar di Pulau Pinang, mengunjungi pihak pengurusan PDC Seti Urus Sdn Bhd dan jalan-jalan di sekitar dalam The TOP. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di sini yang korang boleh lawati. Antaranya Rainbow Skywalk, Tech Dome, Jurassic Park, Window of The TOP dan banyak lagi.
Alamat
1, Jalan Penang,
10000 Georgetown, Pulau Pinang
Singgah Shopping di 1st Avenue
Membeli-belah adalah aktiviti wajib ketika korang bercuti. 1st Avenue Mall ini merupakan kompleks membeli-belah yang terletak berhampiran dengan Komtar. Malah kedua-dua kompleks ini berhubung dengan laluan jambatan. Terdapat beberapa jenama fesyen terkini, produk kecantikan, pakaian sukan dan lain-lain korang boleh temui di sini.
Alamat
1st Avenue Mall
128, Jalan Magazine,
10300 George Town, Penang
Menginap di The Granite Luxury Hotel dan OZO Hotel
Nak duduk hotel paling best di Penang especially untuk honeymoon atau anniversary, korang bolehlah bermalam di The Granite Luxury Hotel. Hotel ini berkonsepkan moden dan mewah serta dihiasi dengan warna putih dan gold yang menambah mood romantik dan mewah.
Alamat
191A, Jalan Magazine,
10300 Georgetown, Pulau Pinang
OZO Hotel juga akan membawakan korang dengan suasana mewah untuk mengimbau nostalgia di zaman bulan madu dulu-dulu. Untuk malam yang istimewa, bukan sahaja katil korang luas dan selesa, tapi korang akan dapat suasana yang cukup menenangkan bersama pasangan.
Alamat
166, Jalan Argyll,
10050 Georgetown, Pulau Pinang
Ais Tingkap Viral
Minuman unik air sarbat atau lebih dikenali dengan ais tingkap bukan saja menjadi tumpuan pelancong malah mampu memikat warga Pulau Mutiara untuk menghilangkan dahaga tatkala musim panas melanda.
Ais Tingkap ini sudah beroperasi hampir 102 tahun dan mempunyai rasa yang berbeza berbanding ais sirap lain kerana mengandungi pelbagai gabungan ramuan yang dikatakan boleh menyejukkan badan.
Alamat
No 2, Lebuh Tamil,
10100 Georgetown, Pulau Pinang
Melawat Tempat Ibadat Yang Ada Di Penang
Sebagai muslim, sudah tentu kita ingin tahu lokasi masjid untuk kita singgah dan solat bilamana ruang solat di tempat lain dikerumuni orang ramai. Begitu juga bangsa lain yang ingin mengunjungi rumah ibadat mereka. Ini LeYa senaraikan tempat ibadat yang LeYa dan team berkesempatan singgah di sekitar Pulau Pinang.
Mural Art dan Seni Payung di Armenian Street
Dah hunting sekitar bandar Georgetown tu, tak lengkap lah kiranya korang tak pergi ke Mural Art dan kawasan sekitar di sana. Korang akan dapat lihat karya seni pelik dan mungkin ada yang buat korang terkejut jika rajin dan punya masa lama untuk merayau masuk menyelinap di setiap lorong yang ada di situ. Bak kata orang putih, "Hidden Gem". Korang pasti terpesona dengan kecantikan dan keindahan karya seni di situ.
Naik Beca Sekitar Bandar Georgetown
Selain itu, jika kaki sudah mula rasa lenguh, apa kata korang naik beca yang terdapat di situ untuk keliling kawasan itu. Like beca di Melaka, tetapi hiasan di beca berbeza identiti.
Melawat Balai Bomba Tertua di Central Fire Station 1908
Memiliki sejarah balai bomba tertua yang masih beroperasi di negara ini menjadikan Central Fire Station di Lebuh Pantai sebagai ikon pelancongan di Pulau Pinang. Bangunan berusia 113 tahun ini terletak di Tapak Warisan Dunia dan menggamit para pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyingkap nostalgia lama dek kerana reka bentuk bangunannya yang masih kekal sejak penubuhannya pada tahun 1908.
Alamat
Balai Bomba dan Penyelamat
Lebuh Pantai, 10300 Georgetown, Pulau Pinang
Makan Mee Sotong Hameed Pata
Kalau dah sampai Penang tu, tak lengkaplah kalau tak singgan makan di Mee Sotong Hameed Pata. Mee Sotong ni adalah di antara makanan special yang hanya terdapat di Penang. Kebiasaannya kita asyik pekena Nasi Kandar, apa kata sekali sekala cuba dan nikmati Mee Sotong ni.
Alamat
5, Esplanade Park, Lebuh Light,
10300 Georgetown, Pulau Pinang
Singgah Bergambar Di Menara Jam (Queen Victoria Memorial Clock Tower)
Menara Jam Peringatan Victoria atau juga dikenali sebagai Jubilee Clock Tower telah didirikan oleh Cheah Chen Eok pada tahun 1897. Menara jam ini didirikan sempena memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria (1837 - 1897). Tinggi menara ini ialah 60 kaki (18 m). Menara ini menjadi condong akibat bom yang dijatuhkan ke Istana Raja Edward semasa Perang Dunia Ke-2 dan telah memberi kesan kepada asasnya.
Penang City Hall (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)
Penang City Hall ialah bangunan kolonial berwarna putih yang dibina semasa zaman pemerintahan British. Ia masih kekal utuh dan digunakan sebagai bangunan Pejabat Pentadbiran Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Korang bolehlah datang dan menghargai keunikan rekabentuk dan senibina yang terdapat di Padang Kota Lama ini.
Yeay!! Alhamdulillah. Walaupun team kami tak menang di nombor 1 hingga 3, tapi LeYa bersyukur kerana mendapat tempat keenam dari yang lain-lain. Yang penting kami tak balik dengan tangan kosong.
Program Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 diakhiri dengan majlis makan malam bersama rakan media di Lone Pine, Penang. Walaupun masing-masing kepenatan tetapi semua masih bertenaga di majlis makan malam. Makanan dihidangkan juga sedap-sedap dek kerana kami seharian tidak makan ketika hunting destinasi menarik di Penang.
Entry ini dihasilkan dari program
Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Penang anjuran
Tourism Malaysia dengan kerjasama
Penang Global Tourism, Gurney Paragon Mall, VISA Malaysia, Malaysia Airlines dan
Firefly, Bertam Resort & Water Park Penang, Almaz Travel, The TOP Penang, Che Wan Scuba Tenggol, GL Play by Gamuda Land, Flywind Holidays, Firefly, Association of Malaysian Spas (AMSPA), Kaki Melangkah, DE' 8000, Ombak Dive Resort, Sunway Lost World of Tambun, Great Leisure Heritage Rel dan
Pauline Pewter. Terima kasih diucapkan dan semoga hubungan persahabatan ini kekal sampai bila-bila.
Best nya event ni. Kitorang kalau pergi Pulau Pinang akan ambil masa dalam 5-6jam. Jenis banyak sangat stop2. hehehe
BalasPadamYe.... Penang ada banyak tarikan menarik yang boleh kita pergi. Memang tak cukup sekejap2... Hehe..
Padam