Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Mengambil semula tampuk pemerintahan, penyanyi rap wanita terkenal dan juga pendukung hip-hop Malaysia, Zamaera mengumumkan "Queendom Fest" yang mana ia merupakan festival muzik wanita pertama akan dipersembahkan di khalayak ramai pada tahun ini.
Dilahirkan dari rasa antusias dan berlandaskan matlamat Zamaera sendiri iaitu untuk mewakili landskap seni yang diwakilinya dalam scene tempatan, Queendom Fest merupakan usaha indipenden yang bersedia untuk mencipta sejarah yang mana ia adalah sebuah pementasan yang ditempa untuk wanita kreatif di seluruh negara.
Pada terasnya, Queendom Fest berusaha untuk meningkatkan wanita dan mengeratkan hubungan komuniti seni melalui platform untuk usahawan dan kreativiti wanita.
Queendom Fest ini dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2023 di Lalaport BBCC Central Rooftop Garden di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Queendom Fest turut bersedia untuk menjadi acara yang electrifying bagi mempamerkan wanita-wanita yang bertenaga dan paling digemari di Malaysia pada masa kini. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan sebuah festival yang menawarkan hub-market serta lokasi bersosial yang mengandungi lebih 40 perniagaan dan vendor tempatan milik wanita.
Festival ini akan ditunjangi oleh Zamaera sendiri dan disokong oleh barisan wanita hebat seperti DOLLA, Hullera, Joyynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJ dan SYA.
Queendom Fest berdiri sebagai bukti sebenar kepada semangat dan potensi tanpa had landskap muzik tempatan semasa dan menandakan babak penting dalam legasi Zamaera yang kekal sebagai Ratu Hip-Hop Malaysia. Melihatkan impian Queendom Fest bakal menjadi kenyataan, dan memberi makna dalam kerjayanya, Zamaera secara terang-terangan memberitahu bahawa:
"Sebagai salah seorang daripada segelintir penyanyi rap wanita yang berpeluang membuat persembahan di pentas besar seperti Good Vibes Festival, Round Fest dan Baybeats, saya dapati perwakilan artis wanita di festival muzik tempatan dan showcase sentiasa dikalahkan oleh rakan lelaki industri. Pada tahun lepas sahaja daripada lebih 14 festival dan showcase, 84% daripada penghibur adalah lelaki. Senario muzik semakin berkembang dan kami melihat semakin ramai artis wanita yang muncul. Saya rasa itu harus mencerminkan peluang yang kami sediakan kepada wanita dalam industri kreatif. Atas nama keterangkuman, kesaksamaan dan cinta yang tulen terhadap seni & budaya, saya mahu melihat masa depan yang lebih cerah untuk tenaga kreatif wanita negara ini."
Konsep awal Queendom Fest mula dihasilkan hampir 2 tahun lalu, sewaktu Zamaera menganjurkan jelajah Pop-Upnya sendiri yang merentasi Pulau Pinang, Kuching, Ipoh dan Kuala Lumpur. Beliau turut bekerjasama rapat dengan Avinash Retnam dari Kaia Collab yang mana ia merupakan cara beliau memahami peminat tempatannya serta menilai impak dan menguji kuasa pasar untuk "Queendom Fest".
Menurut Zamaera lagi, platform muzik dan vendor yang wujud bersama benar-benar mendorong beliau ke arah idea peralihan budaya melalui konsep yang didorong komuniti. Peralihan budaya itu adalah untuk mempunyai lebih ramai artis wanita membuat persembahan di festival muzik dan untuk wanita melangkah keluar dari norma gender masyarakat dalam industri yang didominasi lelaki.
Selain itu, beliau turut menekankan bahawa, walaupun barisan artis merupakan wanita secara keseluruhan, Queendom Fest juga bekerjasama dengan ramai tenaga profesional lelaki dalam industri yang menyokong idea untuk mendorong wanita ke hadapan dengan memberikan kepakaran dan pengetahuan mereka seperti penganjur bersama TONGTONG Asia, Old Head Jin (FKA Jin Hackman). Berbanding dengan beberapa negara lain di mana hak wanita sebahagian besarnya didiskriminasi, Malaysia mempunyai pelbagai laluan untuk wanita berjaya.
Bagi korang yang ingin berkongsi kepercayaan bersama Queendom, apa kata sama-sama memberikan galakan tidak kira lelaki dan wanita dalam menjadi sebahagian daripada acara monumental ini kerana pada 10 atau 20 tahun ke depan, mungkin korang boleh berkata. 'Saya pernah berada di Queendom Fest yang pertama pada tahun 2023!' Ini mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada sejarah kalian.
Queendom Fest disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Ventures, sebagai sebahagian daripada usaha mereka di seluruh negara untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik 2023.
Tiket terdiri daripada 4 kategori
Early Bird >> RM118
GA >> RM138
Go Kart Bundle >> RM178
Door >> RM188
Semua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tiket sebanyak 3% yang boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi mulai Isnin, 23 Oktober 2023.
Sertai kami di Queendom Fest pada 16 Disember 2023.
Untuk maklumat lanjut, kemas kini dan butiran tiket, sila lawati