Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang... Especially kepada pencinta kopi, LeYa pasti korang sedang menikmati kopi jenama yang sudah menjadi kegemaran ramai sejak sekian lama. Sejak dulu hingga kini, kopi memang menjadi minuman tenaga seawal pagi agar kekal bertenaga dan segar. LeYa juga boleh dikatakan peminat kopi dan menjadi satu kemestian untuk menghirup minuman ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Dan, LeYa pasti korang akan suka dan teruja dengan berita yang LeYa ingin sampaikan ini.
Mengimbau Nostalgia Dengan Kopi SUPER Classic
Semestinya ramai sudah mengenali dengan jenama SUPER yang memberikan rangkaian minuman kopi, teh dan minuman bijirin berkualiti yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Kini, ia menampilkan lagi dengan SUPER Classic, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji Robusta bagi memberikan rasa keenakan dalam setiap secawan kopi dengan lengkap dan penuh bergaya serta mempunyai rasa yang sangat lembut.
SUPER Classic juga merupakan rangkaian terbaharu yang meluas dari SUPER untuk memenuhi permintaan dan berkembang dengan cepat kepada peminat kopi hari ini menerusi teh susu dan minuman bijirin.
Menurut Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, Fiona Tan, "Kami rakyat Malaysia amat menyukai kopi yang kaw dengan rasa tambahan susu pekat atau susu sejat. Kita juga seringkali tercari-cari kopi segera yang penuh dengan rasa dan aromatik yang sangat kaw agar rasa kopi yang lebih mantap dan rasanya yang penuh lemak berkrim."
Dalam majlis pelancaran SUPER Classic baru-baru ini, SUPER terus menyemarakkan rakyat Malaysia secara berterusan setiap hari dengan minuman yang mudah dan menyegarkan. "Kopi segera di Malaysia bukan sekadar fungsi kemudahan dan masa, malah dengan waktu kerja yang agak padat dan panjang, kita amat memerlukan kopi yang benar-benar kaw dan berperisa untuk menyedarkan deria kita dalam memulakan aktiviti harian pagi. Kita juga memerlukan sebuah cawan yang menarik untuk menyemarakkan lagi perbualan kita dengan penuh keyakinan dan sentiasa memastikan kita segar sepanjang hari."
SUPER juga turut melantik Shuib sebagai duta jenama untuk SUPER Coffee. Ini kerana beliau amat berpengaruh dan boleh menjadi contoh dalam perjalanan dan pengalaman rakyat Malaysia setiap hari menerusi pelbagai peranan sebagai seorang suami, bapa kepada empat anak kecil, deejay radio serta usahawan yang berjaya.
Mengimbau Nostalgia Dengan Kopi SUPER Classic
Korang masih ingat tak sewaktu kecil dulu ketika bermainan permainan tradisional seperti Congkak, Batu Seremban, Gasing, 'Teng Teng' dan banyak lagi. Bagi mengimbau nostalgia sewaktu kecil dulu, diikuti menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66, apa kata korang raikan kembali permainan tradisi tersebut bersama secawan kopi SUPER Classic. LeYa pasti korang akan rindu momen indah ini.
Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, SUPER dengan sukacitanya turut mengumumkan satu peraduan 'Semarakkan Hari Malaysia' yang bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, Sesi Makan secara Eksklusif bersama Shuib dan Baucer Membeli-belah bernilai RM21,000. Bagi menyertai peraduan ini, korang hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk SUPER (tertakluk kepada terma dan syarat).
SUPER Classic yang baharu boleh didapati di setiap kedai runcit utama di seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai SUPER Coffee dan produknya serta promosi terkini, boleh layari
Facebook
Instagram