Ahad, 30 Julai 2023

Huawei Malaysia Raikan Kecemerlangan Artistik dalam Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia 2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Seperti kita maklum, fotografi merupakan salah satu hobi yang paling popular dan menyeronokkan. Hari ini dengan kecanggihan teknologi, kita dapat lihat ramai dalam kalangan kita sudah boleh jadi Photographer dengan hanya menggunakan smartphone. Baru-baru ini LeYa berkesempatan hadir ke salah satu acara Huawei Malaysia yang telah meraikan kegemilangan Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia dengan majlis anugerah yang meriah di The Raw Studio oleh Metal Bees. 

Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia ini meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensa dan seterusnya mengiktiraf para pemenang dengan hadiah-hadiah menarik seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5. Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.



Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia yang berlangsung dari Mei hingga Jun ini berjaya menarik seramai 4,100 peserta dari seluruh Malaysia. Ia turut menyediakan platform yang menarik bagi para profesional dan penggemar fotografi dan videografi smartphone untuk mempamerkan fotografi dan videografi mereka yang unik. Setiap peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan dengan hanya menggunakan telefon pintar Huawei. Ini membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alam yang unik dan detik budaya yang meriah.

Dilancarkan pada tahun 2022, jenama XMAGE memberi tumpuan kepada sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi imbasan dan pemprosesan imej dalam bidang fotografi. Keempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro Telefoto Ultra Lightning Kamera, menghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

 
 

Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untuk merakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. Dalam pandangan ke hadapan, Huawei telah berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi melalui teknologi inovatif. 

Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti fotografi kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan memberi inspirasi kepada jurugambar untuk menjelajahi alaf baru.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datang, boleh layari

Website
https://consumer.huawei.com/my/community/xmage-awards/

Facebook
https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/

Instagram
https://www.instagram.com/huaweimobilemy/

Isnin, 24 Julai 2023

Konsert Hausboom Music 2023 Bakal Melakar Sejarah di Litar Antarabangsa Sepang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tidak dinafikan bahawa jenama terkenal HAUSBOOM semakin meningkat saban waktu. Ini dapat dilihat dengan penjualannya yang berleluasa di kedai-kedai serbaneka dan runcit. Kini, jenama Hausboom berjaya menghidupkan sebuah pesta yang diberi nama Hausboom Music. 

Bagi mengekalkan dan konsisten dengan sesuatu yang telah dicipta bukanlah mudah. Buat pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018, Konsert Hausboom Music 2023 bakal berlangsung buat kali ketiga dengan sebuah konsep yang lebih hebat serta dibarisi 35 penghibur dan pemuzik yang sangat mantap.


Melihatkan barisan penghibur dan para pemuzik yang terlibat, pastinya semua peminat tidak mahu melepaskan peluang untuk ikut serta berpesta di konsert Hausboom Music 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 September 2023.

Antara barisan penghibur yang bakal menggegarkan pentas konsert adalah legenda seperti kumpulan Search, Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti The President Joe Flizzow, Hujan, Exists, Spider, Bunkface dan SonaOne.

Nama-nama lain seperti SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, Iamneeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Insomniacks, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta dan Grey Sky Morning pula akan turut beraksi menambahkan lagi hype pada konsert itu nanti.

Selain itu, pemuzik dari Indonesia, Hyndia akan menjadi wakil dari republik tersebut manakala Alyph & Akeem Jahat, dua nama kelahiran Singapura yang tidak asing lagi dengan genre hip hop bakal beraksi juga dalam konsert Hausboom Music 2023.

Tidak dilupakan juga yang akan turut serta dalam konsert Hausboom Music 2023 adalah Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan GARD WUZGUT akan menarik penonton tersendiri.


Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi yang juga dikenali sebagai "John Lemon", Hausboom ingin terus meraikan dan menyokong pemuzik tempatan untuk terus kekal aktif serta memberi peminat hiburan yang berkualiti, terbaik serta berbaloi buat semua dengan kehadiran penghibur daripada Indonesia dan Singapura.

Penganjuran konsert kali ketiga ini merupakan kolaborasi bersama AFFIN dan konsert Hausboom Music 2023 ini juga bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC - Sepang International Circuit).

Apa yang lebih menarik lagi mengenai penganjuran konsert kali ini, Hausboom telah mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023, Bukan itu sahaja, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR di mana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang memenangi hadiah seperti:

  • Tiket-tiket VVIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
  • Barangan rasmi konsert Hausboom Music 2023
  • Potongan harga bagi pembelian tiket "General" konsert Hausboom Music 2023
 

Hausboom Sparkling Juice dengan edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023 boleh didapati di kedai rangkaian terkemuka iaitu 7 Eleven Malaysia, stesen minyak di seluruh Malaysia - Petronas, Shell, Petron dan pasaraya besar seperti Aeon, Aeon Big dan kedai-kedai lain yang turut serta,


Kepada korang yang dah tak sabar dan ingin mendapatkan tiket-tiket ke konsert Hausboom Music 2023, boleh lakukan pembelian melalui 2 cara ini:
  1. Ticket2u.com
  2. Laman web rasmi Hausboom bagi pembelian tiket secara ansuran
HARGA TIKET

RM199 (General), RM359 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP)


Atau korang yang nak tahu lebih informasi mengenai konsert Hausboom Music 2023, boleh menerusi tandapagar #hausboommusic23

Khamis, 13 Julai 2023

Repvblik Band Live di Kuala Lumpur Sempena Ulangtahun Ke-19

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Pasti korang kenal dan follow band popular, Repvblik dari Indonesia ni kan. Antara lagu-lagu popular yang pernah didendangkan adalah Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan banyak lagi. 

LeYa pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Para peminat khususnyadi Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah 9 tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia yang tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur akhirnya buat julung kalinya akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-19 kumpulan ini.

Repvblik Band masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.

Buat julung kalinya bersempena ulangtahun ke-19, Konsert Repvblik ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Repvblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.

Bagi peminat yang dah tak sabar-sabar nak ke konsert tersebut, boleh mendapatkan tiket secara rasmi yang mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11.00 pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kumpulan band ini memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album mereka. Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif sedah menghasilkan  lapan album sejal kemunculan mereka dalam industri muzik pada tahun 2004 dan pada tahun ini Repvblik Band telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan, beliau akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007. 

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.  

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka dan sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.   


Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management dan Boomset Planning yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini,  sudah pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa semua yang hadir.  
 
Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut mendapat sokongan penuh dari Hot.FM, Bulletin.FM dan Molek.FM yang bertindak sebagai radio rasmi. Selain itu, MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia yang popular di platform Tiktok dan Instagram turut berkerjasama mempromosikan konsert ini. 

 
Peminat boleh mengikuti informasi-informasti berkaitan konsert ini di platform sosial media Aytie Management dan dalam masa sama, pelbagai pertandingan akan dianjurkan oleh Hot FM dan Molek FM, peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket menyaksikan konsert serta cenderahati ekslusif sempena 19th Anniversary Repvblik live in Kuala Lumpur.