Masih mood di Hari Raya lagi kan. Nak-nak sekarang banyak nak menghadiri Open House. Jadi, LeYa pasti korang akan borong tisu dengan banyak untuk kegunaan tetamu yang datang. So, jom LeYa perkenalkan korang dengan rangkaian produk tisu terbaik dan berkualiti yang menepati pilihan LeYa sehingga hari ini.
Setiap hari, pasti kita akan menggunakan tisu untuk aktiviti harian kita. Bukan sahaja sebagai kegunaan mengelap di mulut dan tangan, malah tisu juga digunakan untuk mengelap pada kesemua permukaan tidak kira di rumah, di pejabat, di tempat awam, dalam kereta dan di mana sahaja. Kebersihan memanglah dititikberatkan, lebih-lebih lagi di zaman pandemik ini. Tisu menjadi barang wajib yang perlu ada dan LeYa memilih rangkaian tisu jenama Carina untuk menjaga kebersihan aktiviti harian LeYa.
Mengapa Memilih Tisu Carina?
LeYa memilih tisu jenama Carina ini kerana sangat yakin dengan kualitinya yang tidak menggunakan bahan kitar semula. Lagipula jenama Carina ini dicipta untuk orang-orang di Asia Tenggara terutama LeYa yang sangatlah sensitif kulitnya jika tersalah menggunakan apa sahaja jenis produk. Dalam keadaaan cuaca dan penyakit berjangkit yang tidak menentu, pemilihan tisu berkualiti tinggi sangat penting ye. Kita seharusnya memilih tisu yang lebih bersih, mudah dan mesra keluarga serta sesuai mengikut penggunaannya. Yang LeYa tersangatlah suka adalah tisu jenama Carina ini mesra alam dan dapat membantu menjaga alam sekitar kerana ia larut dalam air.
Latar Belakang Carina Malaysia
Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika ini. Carina menjaga kulit kita dengan menyediakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli yang mesra kulit. Sebab itulah LeYa sukakannya kerana ia berkualiti tinggi dan baik untuk digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Dengan kualitinya yang tinggi, tidak hairanlah mengapa tisu ini menjadi pilihan ramai. Korang tengok sahajalah LeYa sendiri pun memilih penggunaan tisu ini. Ia memang best sebab tisu ini kering dan lembut bila disapu pada muka dan tebal. Tak mudah koyak tu yang best! Tak ada lah serpihan-serpihan tisu bertebaran kan.
Carina mengeluarkan 9 jenis pilihan iaitu Carina Lavender Handkerchief, Carina Lavender Wallet, Carina Greentea Handkerchief, Carina Greentea Wallet, Carina Lavender Wipes 30's, Carina Antibacterial Wipes 70's, Carina Facial Cotton 160's, Carina Cotton Buds 100's dan Carina Lavender Soft pack 100's.
Untuk Carina Soft Pack tu LeYa akan letak di rumah dan juga dalam kereta. Senang kan kalau nak guna nanti. Manakala yang jenis Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue pula LeYa sentiasa bawa ke mana sahaja dan diletakkan dalam handbeg sebab saiznya lebih kecil dan mudah dibawa.
Ini adalah tisu yang serba guna, penyerapan terbaik dan menjadikan ia sesuai digunakan di mana sahaja tidak kira di rumah, di pejabat, dalam kereta atau di mana sahaja. Tisu ini sangat lembut dan tahan lama. Ia tidak mudah koyak.
Kebiasaannya tisu jenis ini ia lebih kecil dan mudah dibawa di dalam handbeg kita. Bilamana kita berada di luar, tisu ini sangatlah penting untuk digunakan. Carina Handkerchief & Carina Wallet juga dibuat dengan bahan yang lembut dan tahan lama sebagai memenuhi keperluan harian kita diluar sana.
Tisu basah Carina mengandungi 99% air tulen, bebas paraben dan alkohol yang kebiasaannya tidak menyebabkan kepada kulit sensitif dan alahan. Dalam suasana sekarang yang masih bersisa virus COVID dan penyakit berjangkit lain, penggunaan Carina Antibacterial Wet Wipes sangat penting untuk memastikan rumah atau tempat kerja kita bersih dan bebas daripada kuman berbahaya itu. Kedua-dua tisu basah ini mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang dapat membantu penjagaan kulit kita.
Carina Facial Cotton & Carina Cotton Buds
Carina juga ada mengeluarkan siri kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON dan sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak menyebabkan iritasi serta kerosakan pada kulit.
Rangkaian Carina Cotton ini diperbuat daripada kapas asli yang lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan tinggi dan amat sesuai digunakan sebagai kegunaan harian kita dan bayi.
Cotton Buds dia pun lembut. Selepas mandi, LeYa akan menggunakannya untuk membersihkan telinga dan rasa selesa dan lembut je masa Cotton Buds tu masuk ke dalam telinga. Bukan itu sahaja, kalau ada luka-luka di kulit, LeYa akan sapukan ubat dengan menggunakannya.
Carina Green Tea
Carina terus mengorak langkah lebih jauh lagi, Kini, Carina mengeluarkan rangkaian baharunya iaitu Carina Green Tea. Rangkaian baharu ini dirumuskan dengan haruman teh hijau yang menyegarkan.
Carina Green Tea ini tersedia dalam pek berbentuk Carina Green Tea Handkerchief dan juga Carina Green Tea Wallet. Tisu ini tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan terutama pada kawasan kulit yang sensitif. Kedua-dua jenis tisu ini sangat sesuai untuk kegunaan peribadi dan keluarga serta memiliki saiznya yang padat dan kecil untuk dibawa kemana sahaja dalam handbeg kita.
Ha korang... Ada berita best untuk korang! Kini, korang boleh dapatkan kesemua rangkaian produk Carina kesukaan korang di AEON BIG & AEON WELLNESS. Raya-raya ni mesti korang nak guna banyak tisu kan? Lagi-lagi yang sedang dan nak buat open house tu! Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masa yang sesuai untuk korang cuba sendiri dan dapatkan kesemua produk Carina ni. LeYa pasti korang akan rasa lebih tenang bila menggunakannya tengok keadaan rumah bersih dan sihat. Barulah syoknya raya kan!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan sosial media di bawah
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com