Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Menjelang Hari Raya ni pasti ramai yang akan bertukar semua baharu dari perhiasan rumah, diri dan kereta. Tak terkecuali juga LeYa. Dek minat mengumpul koleksi jam tangan, kali ni LeYa telah membeli sebuah jam tangan pintar berjenama Kieslect Calling Watch KS.
Seperti kita tahu, jam tangan zaman kini bukan lagi seperti zaman dahulu yang hanya menggunakan mekanikal dan analog ataupun digital yang ringkas. Kepesatan teknologi telefon pintar hari ini telah dipindahkan kepada jam tangan yang menjadikan ianya dikenali sebagai jam tangan pintar.
Jam tangan pintar ini bukan sahaja menunjukkan waktu dan tarikh, malah mampu untuk menunjukkan fungsi lain seperti kadar degupan jantung, merekodkan aktiviti harian dan sukan seperti berlari, berbasikal, menjawab panggilan, mendengar muzik dan banyak lagi fungsi lain.
Kenapa LeYa Memilih Kieslect Calling Watch KS?
Pertamanya yang membuatkan LeYa suka dengan Kieslect Calling Watch KS ni adalah paparannya Super MOLED 1.78" (368*448) yang mana perkiraan LeYa, paparannya besar dan berwarna-warni untuk kita melihat paparannya dengan jelas tanpa sebarang gangguan.
Fungsi yang kedua yang buat LeYa jatuh hati adalah kestabilan sambungan Bluetooth 5.2nya. Sambungannya yang lebih kuat daripada jam tangan Huawei GT dan disertakan juga dengan pembesar suara dan mikrofon yang sangat jelas dan kuat untuk menjawab panggilan telefon serta mendengar muzik/lagu dari peranti telefon.
Bukan itu sahaja, Kieslect Calling Watch KS juga dapat memberi Amaran Kadar Jantung Tidak Normal serta mengawal kadar denyutan jantung kita setiap hari, 24/7. Caranya dengan menetapkan julat kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang kita inginkan dan kita akan menerima amaran apabila berada di luar julat. Ini merupakan fungsi yang sangat baik kepada ahli sukan atau individu yang bekerja di bawah tekanan berat.
Selain itu, fungsi-fungsi lain yang ada pada Kieslect Calling Watch KS ini, ia memiliki akses menu yang pantas, butang pintasan pelbagai fungsi yang boleh disesuaikan dan juga Multi-function Second Button yang menawarkan pelbagai pilihan termasuk pilihan mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan voice assistant dengan menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tindakan tekan dan tahan selama beberapa saat.
Tambahan lagi, Kieslect Calling Watch KS mempunyai Quick Release Magnetic Strap dan boleh dipakai dengan empat cara. Ini akan menampakkan lagi LeYa kelihatan lebih bergaya dan dapat memenuhi keperluan LeYa sebagai sebagai seorang Influencers.
Ada banyak lagi fungsi-fungsi yang terdapat pada Kieslect Calling Watch KS ni. Antaranya, ia sentiasa di paparan depan, mempunyai Handy Navigation Crown Button, boleh menukar jam dengan mudah, terdapat AI Voice Assistant, Music Player yang memiliki bunyi dengan kualiti yang tinggi serta terdapat 100 mode sukan, SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breathing Training, Pressure Test dan Emotion Test. Semua ini dapat membantu dan mengetahui keadaan kesihatan kita lebih baik dari sebelumnya!
Jam ini juga turut tersedia dengan fungsi IP68 Waterproof dan juga fungsi menarik lain seperti Built in Games, Customize watch faces, Password Protection, Find Phone, Camera control, Drinking reminder, Calculator, Whether Forecast, Alarms, Timer, Stopwatch dan Flashlight.
Kieslect Calling Watch KS juga merupakan jam pintar ketiga yang menggunakan 2-in-1 Core calling chip selepas jam pintar Apple dan Samsung. Melalui penggunaan chip ini, penggunaan tenaganya adalah 30% lebih rendah berbanding cip dual yang dapat memanjangkan jangka hayat bateri itu.
KAT MANA NAK DAPATKAN KIESLECT CALLING WATCH KS?
Dah dua minggu LeYa menggunakannya, LeYa dapati kehidupan seharian LeYa lebih bermakna dengan memakai jam ini. Untung-untung terlebih makan, LeYa pun cepat-cepatlah membakar kalori dan boleh terus tengok berapa banyak kalori dah terbakar di jam ini. Barulah senang LeYa nak capai semula berat badan ideal lagi-lagi nak Hari Raya ni. Yang bestnya lagi, LeYa boleh semak tahap kesihatan LeYa samaada LeYa ni sihat atau stress!
BERITA BAIK BUAT PEMBACA BLOG LEYA!
Aha! Tahniah buat korang yang dah berjaya habiskan bacaan di Blog LeYa ini. Jadi, dengan rasa terharu dan rendah diriniskaun dengan korang semua yang ingin membeli jam tangan Kieslect Calling Watch KS ni dengan hanya menggunakan koapat potongan RM10!
Platform Jualan Rasmi Kieslect
Shopee
Platform Sosial Media Rasmi Kieslect Official
Facebook
Instagram
Twitter
Lemon8
TikTok
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
Wahhh menarik la..
BalasPadamWah! Setanding dengan jenama terkemuka tu!
BalasPadam