Sabtu, 8 April 2023

Buat Panggung Wayang Sendiri Dengan INLAB Senz Projector

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay... Dah tak perlu nak bersesak lagi pergi wayang. Kini, korang boleh alaminya sendiri di rumah dengan INLAB Senz Projector. LeYa pasti bukan LeYa sorang sahaja yang suka tonton movie kan. Korang pun mesti suka. Hari-hari layan cerita dekat TV sahaja pun bosan juga kan. At least nak jugak lah layan K-Drama ke, movie luar negara ke, barulah best. Lagi-lagi bila dapat tonton bersama seisi keluarga. Jadi, dengan adanya INLAB Senz Projector, LeYa rasa lebih syok tonton movie hanya di rumah.

Actually, LeYa dapat tahu tentang INLAB Senz Projector ni dari seorang rakan. Borak punya borak mengenainya, LeYa terus teruja. "Syok juga ni kalau ada satu kat rumah... Boleh tengok movie dengan pancarkan dekat dinding bilik tidur. Besar sikit macam tengok kat wayang kan..." bisik hati kecil LeYa saat berbual mengenainya dengan rakan. 

Dan, LeYa pun balik lah ke rumah untuk explore lagi tentang projector ni. Kalau korang nak tahu apa yang menarik tentang INLAB Senz Projector ni, jom jemput baca sampai habis.

1) Paparan Skrin 1080P (Dapat sokong sehingga 4K)

LeYa nak katakan memang superb clear lah masa korang tonton dengan INLAB Senz Projector ni. Kualiti dan sharpness video yang dipaparkan memang sangat terbaik. Selain itu, korang akan turut merasai Full HD yang sangat awesome! Kalau korang zoom-in pun, visual yang dipaparkan tidak pecah. 

2) Dolby Audio Certified Sound System

Of course lah part nak tengok movie, sound system wajiblah power! Dengan INLAB Senz Projector, korang akan dapat merasai satu pengalaman yang luar biasa seperti berada di panggung wayang sebenar. Hal ini kerana INLAB Senz Projector menggunakan sistem bunyi yang diperakui Dolby Audio. Dolby Audio ini juga memiliki pembesar suara yang sangat jelas, kuat dan tajam.

3) Auto & Electronic Focus & 4 Point Keystone

Dengan INLAB Senz Projector, korang akan turut merasai ciri-ciri dan fungsi auto electronic focus nya. INLAB Senz Projector ni akan membantu korang melaraskan lensanya secara automatik apabila korang memancarkan projektor ini ke mana-mana dinding di rumah. Hasilnya, korang akan dapat paparan skrin segi empat tepat yang elok dan sempurna.

INLAB Senz Projector turut mempunyai fungsi 4 Point Keystone. Korang pancarkanlah kat mana-mana dinding waima dinding tersebut tidak rata, visual yang dipaparkan akan tetap lurus dan cantik. Ini kerana ciri-ciri 4 Point Keystone boleh melaraskan sudut skrin tetap menjadi segi empat tepat.

4) Various I/O Ports / Connectivity

Menerusi INLAB Senz Projector ni, korang bukan sahaja boleh tonton movie, malah boleh bermain games dan juga boleh digunakan untuk tujuan pembentangan. Ini kerana pada bahagian belakang projektor terdapat port USB tersedia. Sambungan 2x USB, 2x HDMI, 1x & 3.5mm Headphone Jack. INLAB Senz Projector mempunyai pelbagai potensi untuk berkhidmat. Jadi, ianya tidak akan mengalami sebarang masalah saat akhir jika memerlukan sebarang port input.

5) Harga

Setelah selesai membaca kelebihan yang ada pada projektor ni, LeYa jamin korang akan kata harganya beribu-ribu kan. Tapi hakikatnya, korang pasti terkejut bilamana LeYa katakan yang harganya kini dijual pada harga RM989.90 (harga selepas diskaun). Ha! Murah kan?

Kalau korang nak lagi jimat, guna kod diskaun INLA0030 dan korang akan dapat diskaun tambahan sebanyak RM30.  Memang berbaloi-baloi lah jika korang dapat invest ke INLAB Senz Projector ni di rumah. 

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus ke laman web INLAB seperti di bawah. Pembelian juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi platform Shopee dan Lazada.

Website
https://inlab.com.my/pages/the-senz

Shopee
https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

Lazada
https://s.lazada.com.my/s.fjRBK

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com