Rabu, 8 Mac 2023

Teringin Nak Nikmati Masakan Thai Dengan Rasa Asli? Jom Ke Westplate Factory Sentul Point, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang! Korang teringin nak nikmati makanan Thai dengan rasa autentik? Jom! LeYa nak kongsikan dengan korang semua satu lokasi menarik di Kuala Lumpur yang pasti memukau citarasa korang dengan hidangan Thai rasa autentik yang asli. Bukan sekadar makanan Thai, malah pelbagai lagi juadah menarik menanti korang di sini!

Bila korang sendiri mencuba makanan yang dijamukan di Westplate Factory, Sentul Point ni, barulah korang akan faham kenapa LeYa katakan ia rasa autentik dan asli. Hidangan masakan Thai di sini sangat sedap kerana kesemua masakan Thai dimasak sendiri oleh chef Thailand iaitu Chef Cariyaphon Piwasak atau lebih dikenali sebagai Chef Jaa. Chef Jaa memang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masakan dan beliau berasal dari Buriram, Thailand. Di Westplate Factory, Sentul Point, Chef Jaa memilih resipi popular untuk disajikan kepada seluruh pelanggan yang menggemari masakan Thai.

Westplate Factory bermula dengan sajian Western di Seksyen 23, Shah Alam dan kini mengorak langkah menambah menu dengan menawarkan sajian asli masakan Thai yang korang boleh dapati di Westplate Factory, Sentul Point.

Westplate Factory Sentul Point, Kuala Lumpur

Ok lah korang! Tak payah nak membebel banyak sangat. Jom kita tengok makanan apa yang menarik di sini. Memang syok kan dapat makan beramai-ramai dengan rakan-rakan mahupun keluarga di Westplate Factory, Sentul Point!


Tak sah lah kan masakan Thai kalau tiada menu ikan. Kat sini, Ikan Siakap Kukus atau lebih dikenali Fish Chili Lime pasti membuatkan korang semua terliur dan nak datang untuk makan lagi. Deep Fried Siakap Thai Style juga merupakan salah satu menu yang diminati ramai pengunjung yang datang ke Westplate Factory Sentul Point. 

Ikan Siakap Kukus atau lebih dikenali Fish Chili Lime

Deep Fried Siakap Thai Style

Sajian Thailand dengan citarasa auntentik di Westplate Factory Sentul Point buat ramai orang terliur! Lebih-lebih lagi dengan pembuka seleranya, Som Tam atau Kerabu Betik Muda.

Som Tam

Bagi korang yang pencinta Tom Yam, di Westplate Factory Sentul Point menawarkan 3 pilihan menu antaranya Tom Yam Merah, Tom Yam Jernih (Clear) dan yang paling unik adalah Tom Yam Santan Kelapa. LeYa nak bila korang datang je ke Westplate Factory Sentul Point, korang wajib cuba tau hidangan Tom Yam ni. 

Tom Yam Merah

Tom Yam Santan Kelapa

Selain itu, korang juga boleh nikmati Sup Tradisional Makanan Laut mahupun ayam yang dimasak bersama cendawan, bawang, serai dan beberapa campuran bahan rumusan lain yang pasti memberi kepuasan ketika menikmatinya.


Jika korang teringat-ingat sewaktu korang berada di StreetFood Thai, jom korang try terokai keenakan menu asli Thai di Westplate Factory Sentul Point seperti Pad Thai Noodle, Fried Thai Bihun, Pattaya Fried Rice dan juga Pineapple Fried Rice.

  

Pelbagai pilihan makanan berasaskan Ayam, Daging, Ikan Siakap, Makanan Laut dan Sayur-sayuran dimasak secara Ala-Carte di sini. 

 
 

Antara contoh pilihan Ayam seperti Pandan Fried Chicken, Lemongrass Fried Chicken, Chicken Masala Ala Thai, Chili Chicken dan Basil Chicken. 

 
 

Manakala, pilihan Daging adalah seperti Basil Beef, Ginger Beef, Oyster Sauce Beef, Black Pepper Beef dan makanan lautnya pula adalah Basil Seafood, Petai Prawn, Seafood Tempura serta Padprik yang pasti akan menambat hati dan citarasa korang ketika menikmatinya.


Berita baik buat penggemar kari. Di Westplate Factory Sentul Point, terdapat 3 pilihan yang disediakan yang pasti memukau korang. Antaranya adalah Green Curry, Yellow Curry dan Red Curry. Ianya disediakan mengikut pilihan citarasa pelanggan samaada ingin menggunakan Ayam, Ikan mahupun Seafood.


Sambil menikmati makanan enak di sini, apa kata korang segarkan tekak dengan aneka pilihan Dessert atau pencuci mulut Thailand. Pencuci mulut yang ada di Westplate Factory Sentul Point ni boleh dikatakan jarang-jarang ditemui di tempat lain. Korang boleh cuba dapatkan Pulut Mangga yang disajikan bersama aiskrim dan juga must try Luk Chup, sejenis kuih yang disediakan menggunakan kacang hijau dan direkabentuk menyerupai buah-buahan yang pasti membuatkan korang teruja nak menikmatinya. Jus Fresh Orange + Laici dia pun nampak padu betul!

 

Pendek kata, memang rugi kalau korang tak cuba sendiri aneka hidangan yang ada di Westplate Factory Sentul Point ni. Memang tak dinafikan kedai makan ni sentiasa full house, namun pelanggan akui penantian mereka sangat berbaloi dan rasanya benar-benar asli seperti makan di Bangkok, Thailand. 

Jika korang sedang merancang untuk mencari tempat makan menarik di Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Westplate Factory Sentul Point! Rugi tau kalau korang tak cuba makanan best kat sini!

 

Lokasi
Westplate Factory Sentul Point
AG-01, Ground Level, Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Sentul, Kuala Lumpur

Waktu Operasi
11.00 AM hingga 11.00 PM (Buka setiap hari)

Facebook

Instagram

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com