Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hari ni mesti korang dah settle kan untuk menu berbuka puasa tadi? Pasti semua dah kekenyangan. Dan pasti ada yang sudah berkira-kira atau planning nak berbuka di mana esok memandangkan hari cuti. Kalau korang belum ada idea nak berbuka puasa kat mana esok, jom LeYa nak kongsi dengan korang semua satu lokasi yang pasti membawa korang kembali ke alam semula jadi dan dapat menjauhkan diri dari kesibukan kota.
Buka Puasa Dengan Suasana Penuh Kedamaian Di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Semenyih Eco Venture Resort & Recreation merupakan tempat penginapan kontainer terbesar di Malaysia. Ia menyediakan aktiviti yang terbaik untuk teambuilding, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan. Korang boleh berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti memanah, paintball, berbasikal, berkayak, aktiviti "high rope" seperti flying fox, wall climbing atau aktiviti lasak lain seperti meredah hutan dan sungai serta ATV.
Di bulan Ramadan ni juga, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation tidak ketinggalan untuk menyediakan lebih 200 menu masakan tradisional Malaysia, Asia dan Timur Tengah. Antara makanan yang korang boleh cuba Nasi Mandy dan Nasi Kabsa yang sememangnya sedap dan kena dengan citarasa LeYa.
Bertemakan "PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI", Semenyih Eco Venture Resort & Recreation dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menawarkan program dalaman dan luaran seperti:
Program Perkampungan Madani Ramadan Dihayati
Pakej Madrasah Ramadan - RM1990.00 seorang
23 Mac - 20 April (Sebulan)
Aktiviti:
- Kelas pengajian kitab
- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
- Berbuka puasa, moreh dan sahur
- Aktiviti Outdoor
- Iftar Jamaie
Pakej Lailatulqadar - RM1990.00 seorang
12 April - 21 April (10 malam terakhir)
Aktiviti:
- Kelas pengajian kitab
- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
- Berbuka puasa, moreh dan sahur
- Aktiviti Outdoor
- Iftar Jamaie
Bagi yang nak berbuka puasa, korang akan dihiburkan lagi dengan kumpulan nasyid tersohor, Rabbani yang juga merupakan rakan synergi dek kredibiliti mereka yang sangat berpengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air.
Pakej Berbuka Puasa Bersama Rabbani
Dewasa : RM68.00
Kanak-Kanak : RM34.00 (6-12 tahun)
Warga Emas : RM40.00 (60 tahun ke atas)
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA
Diskaun juga diberikan sebanyak 30% kepada yang membuat tempahan pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir.
Antara hidangan masakan Melayu dan Timur Tengah yang sempat LeYa menikmatinya. Bukan itu sahaja, aneka kerabu juga ada disediakan sebagai pembuka selera dalam menikmati juadah berbuka puasa. Jom tengok!
Selain itu, terdapat juga rojak buah dan kuih muih tradisional Melayu bagi menambah lagi rasa keenakan ketika berbuka puasa korang.
Menariknya lagi, bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama kumpulan Rabbani, malah sepanjang Ramadan ini juga juga korang boleh memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 2 pakej Umrah tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd, 1 pakej Umrah tajaan As Safa Travel Sdn Bhd dan hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Pendek kata korang memang tak rugi menikmati hidangan berbuka puasa di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Bukan sahaja perut kenyang, malah korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini.
Jadi, korang yang merancang hujung minggu ni nak berbuka puasa di luar, apa kata bawa ramai-ramai dan nikmatilah hidangan berbuka puasa dalam suasana penuh kedamaian di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Alamat
Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
Untuk tempahan, boleh hubungi
017 - 420 9358 / 019 - 2390 668 / 011 - 2814 2816
Wahhh.. tak sangka ada pakej macam ni skrg, Leya. Tapi kalau nak berbuka saja pun nampaknya dah cukup berbaloi tu.
BalasPadamAah betul kak SK. Leya pun rasa seronok dengar.
PadamMenu banyak . Harga pun berpatutan juga
BalasPadamYe..murah dah pakej buka puasa tu
Padam