Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang... Hari ni bermulalah kita sebagai umat Islam di muka bumi ini untuk berpuasa di bulan Ramadan kan. So, semestinya korang dah mula mencari-cari tempat makan best untuk bufet ramadan kan? Bukannya kita nak pergi hari-hari pun, dalam seminggu sekali pun dah dikira 'hadiah' buat diri mahupun keluarga ataupun rakan-rakan untuk menikmati hidangan enak di bulan Ramadan ini. Saja lah kan sesekali beriftar di luar rumah. Jom! LeYa kongsikan tempat makan best di sekitar Shah Alam yang korang wajib terjah bulan Ramadan kali ini!
Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam menampilkan Bufet Ramadan 2023 dengan penuh meriah sekali bermula 25 Mac sehingga 20 April 2023 dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam.
Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam ini diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara dan telah bekerjasama dalam menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian.
LeYa memang tertarik dengan konsep gerai yang ada untuk setiap hidangan menu yang ditampilkan. Pilih saja gerai mana yang menjadi keinginan korang untuk dinikmati Ramadan kali ini. Yang pasti, pilihan makanan tempatan cukup enak dan menarik.
Lauk pauk tradisional Melayu juga banyak pilihan; antaranya Ayam Masak Lemak Cili Api bersama pucuk ubi, Daging Salai Rebung Sri Menanti, Daging Masak Kerutub, Ketam Masak Kam Heong, Ayam Goreng Berlado Cik Ani, Sotong Sambal Petai, Daging Rendang Minang, Kari Kambing Mamak Style, Ayam Masak Merah Kacang Peas, Ayam Goreng Berdaun Kari dan Udang Mamak Style.
Bukan itu sahaja, menu wajib ada bila Ramadan tiba sudah tentunya Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam dan Sos Daun Mint serta Ayam Dara Golek dengan Sos Istimewa, Dim Sum, Kuew Teow Penang Style, Mee Goreng Mamak dan pelbagai lagi pilihan menu istimewa yang korang boleh cuba sepanjang Ramadan kali ini.
salam ramadhan, selamat berpuasa
BalasPadamwow...semua pun nampak menariks tu
Selamat berpuasa kak leya
BalasPadam