Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Alhamdulillah... Kita sudah pun merasai kenikmatan Ramadan di tahun 2023 ini. Tidak lama lagi akan menjelang pula Aidilfitri. Pasti ramai sudah berkira-kira untuk membeli barangan keperluan Ramadan & Raya untuk tampak lebih meriah lagi dek kerana kita dah boleh ke sana ke sini. Jom ikuti perkongsian LeYa tentang satu platform digital tanpa caj, MyMall.
Raikan Ramadan & Raya Dengan Mari Beli Lokal Di Platform MyMall
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya di sebuah platform digital tanpa caj iaitu MyMall. Dan hari ini, sudah hampir 1,000 usahawan menyertai Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya yang menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.
Tambah menarik lagi, orang ramai turut berpeluang mendapatkan produk daripada usahawan tempatan Sabah seperti Ikan Bilis Mata Biru. Dan sudah pasti, usahawan selebriti terkenal juga turut serta dengan produk-produk mereka dalam Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya seperti Lima Waktu, 7zikr, KEKASIH by The Melvins, Aspirasi Jelita Ainina Ahmad B, Girl Republique, SamTilla, Starvendors dan Boenda.
Menyifatkan Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya di MyMall sebagai hub membeli-belah, KUSKOP bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk dalam satu platform digital dan seterusnya mengajak orang ramai untuk membeli-belah barangan tempatan.
Dengan adanya ruang platform digital ini, ia mampu memberi sokongan terhadap produk dan perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dan secara tidak langsung membantu proses pendigitalan PMKS di Malaysia.
Jadi, kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan hanya mendaftarkan perniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my atau emel ke contact@mymallmalaysia.my.
Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan & Raya seperti makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh juga membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore dan AppStore.