Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Aktiviti jalan-jalan cari makan LeYa masih di Kuantan. Kuantan ni sebenarnya antara 'syurga makanan' juga di Malaysia. Sebab korang bila dah datang kat sana, terdapat banyak pilihan dan jenis makanan yang dijual dari sekecil kedai atau restoran tepi jalan hinggalah jenis mewah.
Cumanya kadang-kadang ada tempat makan ni tidak mendapat liputan kepada orang ramai. Jadi, jom LeYa nak kongsi dengan korang satu tempat makan menarik di eatCABIN - Masakan Pahang Original.
Rasai Masakan Pahang Original di eatCABIN
First time LeYa sampai dekat restoran eatCABIN ni, LeYa teruja tengok dekorasi dalaman restoran ni yang sangat cantik. Senang cakap restoran ni LeYa ibaratkan Cafe Hipster, Vibe Kampung!
eatCABIN ni memang sangat luas, bersih dan selesa buat korang yang nak menikmati makanan tengah hari kat sini. Ruang makan nya pun bukan di bawah sahaja tetapi ada di ruang atas yang mungkin lebih privasi untuk korang tempah bagi tujuan aktiviti keluarga, organisasi dan lain-lain.
Tengok saja lah gambar-gambar yang LeYa sempat kongsi ni, vibe P Ramlee pun ada tau. Memang mengimbau nostalgia kenangan dulu-dulu.
Ok cukup-cukup. Jom tengok hidangan yang dah memikat selera LeYa. Sebelum tu nak bagitahu ni, setiap citarasa memang berbeza kan. Tapi LeYa memang recommend eatCABIN ni hidangan dia sedap-sedap. Sebab? Masakan dihidang satu persatu mengikut pesanan pelanggan. Ok jom tengok!
Antara yang wajib korang try ialah Asam Pedas Udang Galah ni. Hidangan ni baru sahaja sebulan dihidangkan tetapi rasanya memang sangat sedap dan LeYa boleh katakan tiada tandingan di tempat lain dan tak sama rasa asam pedas Melaka, Johor mahupun Pahang sendiri. Asam Pedas di eatCABIN ni adalah resepi dari keluarga pemilik sendiri. That's why rasanya memang lain dari yang lain.
Next, dah singgah Pahang tu tak rare lah kalau tak nikmati Gulai Ikan Patin Tempoyak. Macam LeYa cakap tadi, eatCABIN ni mementingkan kualiti. Jadi mereka menyediakan hidangan satu persatu kepada pelanggan. Tapi, tak lambat pun korang. Memang terbaik servisnya!
Haa... Korang tengok atas ni macam menu biasa je kan. Tapi korang tahu tak ni adalah hidangan Meatball dari daging kerbau tau. Memang rare kan! Korang kena try tau.
Nahhh... Ni minuman signature yang korang wajib cuba juga. Minuman 'Mainus Wan' ni merupakan homemade brand dari eatCABIN sendiri dan terdapat beberapa pilihan mengikut citarasa korang nak minum apa hari tu. Antaranya Green Tea, Ice Milk Tea, Passion Fruit Sparkling dan banyak lagi.
Tak lengkap dengan menu utama, korang akan dihidangkan pula dengan Aiskrim Amai yang juga merupakan brand mereka sendiri. Sempatlah hari tu LeYa nikmati perisa Chocolate Belgian Safuto dan Japanese Cherry Blossom.
Rasa dia wow! Dengan tekstur yang lembut dan halus, memang dessert terbaik lah korang. Ni nak bagitahu jugak ni yang Cherry Blossom tu kalau korang di era 80-an 90-an, mesti korang ingat gula-gula susu yang perisa pink tu. Rasa aiskrim ni sama dengan rasa gula tu. Sebab tu LeYa katakan eatCABIN ni vibes kampung tapi hipster dan terkini. Hehe...
Wajah-wajah pelanggan yang seronok ketika menikmati hidangan di eatCABIN. So, LeYa memang tak sembang kari sorang-sorang tau. Nak lebih tahu lagi, korang datang sendiri dan rasa. Nanti korang komen kat bawah tau.😁
Details eatCABIN Masakan Pahang Original
Alamat
A-1, Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi
11.30 Pagi - 5.30 Petang
(Buka Setiap Hari kecuali Jumaat)
Phone
013 - 933 5220
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com