Khamis, 26 Januari 2023

Siri Animasi 3D 'Nabi Musa a.s Kalimullah The Journey of Humankind' Ditayangkan di Nurflix

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Menjelang Ramadan, kita akan dipertontonkan dengan satu siri animasi 3D istimewa menerusi platform penstriman Nurflix bermula 27 Januari 2023 ini. LeYa juga telah berkesempatan turut serta dalam Majlis Pelancaran The Journey of Humankind anjuran Nurflix Productions Sdn Bhd ini di Pawagam Mini P Ramlee, Finas, Ampang. The Journey of Humankind akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermulanya penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

Sejak pelancaran inisiatif Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited dan terus mencapai visi penubuhannya untuk menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia. Oleh itu, Nurflix memulakan pembangunan katalog penerbitan filem dari siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor

Siri Animasi Nabi Musa a.s Kalimullah Edisi Bahasa Melayu

Inisiatif pertama dalam penerbitan kisah-kisah 25 Rasul berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya' karya Ibnu Katsir. Siri animasi 'Nabi Musa a.s Kalimullah The Journey of Humandkind' karya penerbit dari Mesir ini mendapat sentuhan istimewa alih suara dari artis tempatan, antaranya Irma Hasmie dan Heliza Helmi.

Menurut CEO Nurflix, Syah Mohamed, "Kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadinya kami memfokuskan penyampaian kepada generasi hari ini menerusi pendekatan terkini." Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production) bagi membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.

 

Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan dalam Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

Istimewanya siri animasi ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalah kitab Qisas Al Anbiya.

Selain itu, para penonton juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menjawab soalan kuiz setiap minggu tayangan animasi 'Nabi Musa a.s Kalimullah'.

Tiga penonton bertuah yang berjaya menjawab kuiz di kesemua episod akan menerima hadiah utama pakej umrah. Manakala pemenang kuiz mingguan akan menerima hadiah seperti mini goldbar tajaan KABGold Sdn Bhd dan Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaan Mahsyar Group.

Turut hadir dalam majlis pelancaran, barisan pelakon suara Irma Hasmie, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Dai' Syed Iqmal, Hana Ismail dan Ustazah Asni Mansor.


So korang, jangan lupa saksikan Siri Animasi 3D 'Nabi Musa a.s Kalimullah The Journey of Humankind' di platform penstriman Nurflix bermula 27 Januari 2023 ini. Jangan tak tonton tau!

Jumaat, 6 Januari 2023

Rasai Kelainan Masakan Pahang Original di eatCABIN Kuantan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Aktiviti jalan-jalan cari makan LeYa masih di Kuantan. Kuantan ni sebenarnya antara 'syurga makanan' juga di Malaysia. Sebab korang bila dah datang kat sana, terdapat banyak pilihan dan jenis makanan yang dijual dari sekecil kedai atau restoran tepi jalan hinggalah jenis mewah.


Cumanya kadang-kadang ada tempat makan ni tidak mendapat liputan kepada orang ramai. Jadi, jom LeYa nak kongsi dengan korang satu tempat makan menarik di eatCABIN - Masakan Pahang Original

Rasai Masakan Pahang Original di eatCABIN

First time LeYa sampai dekat restoran eatCABIN ni, LeYa teruja tengok dekorasi dalaman restoran ni yang sangat cantik. Senang cakap restoran ni LeYa ibaratkan Cafe Hipster, Vibe Kampung! 





eatCABIN ni memang sangat luas, bersih dan selesa buat korang yang nak menikmati makanan tengah hari kat sini. Ruang makan nya pun bukan di bawah sahaja tetapi ada di ruang atas yang mungkin lebih privasi untuk korang tempah bagi tujuan aktiviti keluarga, organisasi dan lain-lain. 

Tengok saja lah gambar-gambar yang LeYa sempat kongsi ni, vibe P Ramlee pun ada tau. Memang mengimbau nostalgia kenangan dulu-dulu. 




Ok cukup-cukup. Jom tengok hidangan yang dah memikat selera LeYa. Sebelum tu nak bagitahu ni, setiap citarasa memang berbeza kan. Tapi LeYa memang recommend eatCABIN ni hidangan dia sedap-sedap. Sebab? Masakan dihidang satu persatu mengikut pesanan pelanggan. Ok jom tengok!



Antara yang wajib korang try ialah Asam Pedas Udang Galah ni. Hidangan ni baru sahaja sebulan dihidangkan tetapi rasanya memang sangat sedap dan LeYa boleh katakan tiada tandingan di tempat lain dan tak sama rasa asam pedas Melaka, Johor mahupun Pahang sendiri. Asam Pedas di eatCABIN ni adalah resepi dari keluarga pemilik sendiri. That's why rasanya memang lain dari yang lain.

Next, dah singgah Pahang tu tak rare lah kalau tak nikmati Gulai Ikan Patin Tempoyak. Macam LeYa cakap tadi, eatCABIN ni mementingkan kualiti. Jadi mereka menyediakan hidangan satu persatu kepada pelanggan. Tapi, tak lambat pun korang. Memang terbaik servisnya!


Haa... Korang tengok atas ni macam menu biasa je kan. Tapi korang tahu tak ni adalah hidangan Meatball dari daging kerbau tau. Memang rare kan! Korang kena try tau. 



Nahhh... Ni minuman signature yang korang wajib cuba juga. Minuman 'Mainus Wan' ni merupakan homemade brand dari eatCABIN sendiri dan terdapat beberapa pilihan mengikut citarasa korang nak minum apa hari tu. Antaranya Green Tea, Ice Milk Tea, Passion Fruit Sparkling dan banyak lagi.


Tak lengkap dengan menu utama, korang akan dihidangkan pula dengan Aiskrim Amai yang juga merupakan brand mereka sendiri. Sempatlah hari tu LeYa nikmati perisa Chocolate Belgian Safuto dan Japanese Cherry Blossom.

Rasa dia wow! Dengan tekstur yang lembut dan halus, memang dessert terbaik lah korang. Ni nak bagitahu jugak ni yang Cherry Blossom tu kalau korang di era 80-an 90-an, mesti korang ingat gula-gula susu yang perisa pink tu. Rasa aiskrim ni sama dengan rasa gula tu. Sebab tu LeYa katakan eatCABIN ni vibes kampung tapi hipster dan terkini. Hehe...


Kalau yang bekerja tu tercari-cari tempat makan tengah hari, LeYa memang sarankan untuk korang singgah dan rasa di sini. 



Wajah-wajah pelanggan yang seronok ketika menikmati hidangan di eatCABIN. So, LeYa memang tak sembang kari sorang-sorang tau. Nak lebih tahu lagi, korang datang sendiri dan rasa. Nanti korang komen kat bawah tau.😁 


Details eatCABIN Masakan Pahang Original

Alamat
A-1, Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
11.30 Pagi - 5.30 Petang
(Buka Setiap Hari kecuali Jumaat)

Phone
013 - 933 5220

Isnin, 2 Januari 2023

Tempat Makan Best Yang Wajib Anda Singgah Di Maksu Nasi Ayam Madu, Kuantan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang memiliki bandar yang aman dan damai. Tidak seperti di Kuala Lumpur, Kuantan tidak terlalu sesak dengan hiruk-pikuk kenderaan. Bagi LeYa, ia cukup menenangkan. 

Okay... Kali ni LeYa nak bawa korang semua satu tempat makan nasi ayam madu terbaik di bandar Kuantan. Nak tahu kat mana? Jom terjah bersama LeYa! 


MakSu Nasi Ayam Madu

Jika korang ke Bandar Indera Mahkota, jangan lupa untuk singgah dan makan di MakSu Nasi Ayam Madu. LeYa boleh katakan ini adalah kedai yang terbaik untuk korang nikmati nasi ayam. Ditambah pula dengan keadaan kedainya yang luas dan bersih pastinya akan membangkitkan selera korang! 



LeYa diberi peluang untuk mencuba sendiri Nasi Ayam Madu di sini. Kalau nak cakap macam Nasi Ayam Hainan, ada rasa kelainan sikit dalam citarasanya. Nasi Ayam Madu dihidangkan dalam satu set nasi bersama Ayam Madu Kicap, Sup, Sos Cili dan sayur timun, salad dan tomato. Nak tahu kelainannya, korang sendiri kena try dan rasa.



Selain itu, bukan Nasi Ayam Madu sahaja yang korang boleh nikmati di sini. Pemilik bijak menambah selera pelanggan dengan menu-menu lain yang semestinya enak dan menyelerakan. Antaranya yang sempat LeYa rasa ialah Mihun Soto, Sup Tulang, Mi Kari dan Nasi Air.





Bukan itu sahaja. Korang juga boleh cuba rasai lauk-pauk tengah haro yang cukup sedap. Antaranya Gulai Patin Tempoyak, Gulai Kawah Daging, Sambal Ikan Keli dan banyak lagi. 








Korang boleh nikmati hidangan Maksu Nasi Ayam Madu ini setiap hari kecuali hari Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Bertempat di Restoran Maksu Nasi Ayam Madu yang beralamat No B2, Ground Floor, 4, Jalan Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.



LeYa dah rasa Nasi Ayam Madu dan menu-menu kat atas tu. Dia punya Nasi Ayam memang terbaik. Mi Kari dia pun sedap ala chinese style. LeYa sarankan untuk korang datang dan cuba sendiri dekat sini. Bawalah keluarga mahupun kawan-kawan untuk rasai kelainan Nasi Ayam di sini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.

Alamat 
No B2, Ground Floor, 4, Jalan Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
11.00 pagi - 9.00 malam
(Buka Setiap hari kecuali Ahad)