Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hampir sebulan LeYa tidak menulis di blog kesayangan ni. Terlebih dahulu LeYa memohon maaf kerana ketidakhadiran LeYa menulis di sini dek kekangan masa dan tidak sihat.
Terinspirasi dari bait-bait lagu ini, LeYa ingin berkongsi juga dengan anda semua. Lagu single terbaru ini dari Meteorix berjudul Bintang Rindu hasil ciptaan bersama ahli Meteorix sendiri iaitu Ijan, Ijal, Wan, Ilham dan Amir. Liriknya ditulis oleh Wan sendiri.
Lagu "Bintang Rindu" mengisahkan tentang kisah kehilangan seorang insan yang tersayang dan seorang guru. Penceritaan lagu ini diilhamkan dari kisah benar daripada salah seorang ahli Meteorix.
Meteorix adalah sebuah band yang berasal dari Lembah Klang dan muzik yang diperjuangkan dalam konsep pop alternatif terkini. Menurut pemain Bass Meteorix, Ijan, mereka banyak mendapat maklumbalas dan komen yang baik dengan susunan muzik pop yang terkini selepas release single Murai dan Bidadari pada tahun 2020 dan 2021 kerana mempunyai alunan muzik alternatif terkini.
"Single ini sebenarnya ditulis pada sekitar tahun 2014 lagi yang mana ia hanya untuk simpanan sendiri sahaja, tidak sangka tahun ini rezeki saya bersama Meteorix merealisasikan lagu ini. Pada awal tahun lepas lagu ini kami beri pada arwah abang Tony Spider untuk jadi Producer lagu ini dan beliau bersetuju dan suka dengan lagu ini tapi siapa sangka Allah lebih sayangkan beliau. Seterusnya kami ambil keputusan untuk produce lagu ini sendiri dan syukur pada tahun ini kami dapat siapkannya." Jelas Wan.
Lagu ini diedarkan secara digital di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd. Lirik video Bintang Rindu juga telahpun sedia untuk ditonton ramai di saluran Youtube Luncai Emas serta di semua saluran digital seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store.
Lirik Lagu Bintang Rindu - Meteorix
Artis : Meteorix
Komposer : Meteorix
Lirik : Wan
Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd
BILA TIBA SAAT ITU
KU TERDIAM TERPAKU
MEMANDANG WAJAHMU
PILU HATI AIR MATA MENGALIR
BILA KAU PERGI TINGGALKAN KU SELAMANYA.. SELAMANYA
ANDAINYA HARIMU TIDAK SELALU BAHAGIA
TIDAK SEMUA KATAKU SELALUNYA INDAH
KINI PAGIKU HILANG TAWAMU
TAPI KU HARUS PERGI
DARI KESAKITAN INI YANG MENGHALANG KU BERDIRI
MAAFKANLAH AKU MELUKAKANMU
SEMOGA KAU BAHAGIA SELAMANYA
SELAMANYA..
ANDAINYA HARIMU TIDAK SELALU BAHAGIA
TIDAK SEMUA KATAKU SELALUNYA INDAH
KINI PAGIKU HILANG TAWAMU
KALA LAMUNANKU TERASA KAU BERSUARA
MEMBELAI LEMBUT RINDUKU MEMANGGIL NAMAKU
MIMPI BERLAGU HADIR DIRIMU
BINTANG RINDUKU..
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com