Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Terdapat banyak tempat makan menarik di Perak yang boleh kita cuba bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasinya pun cantik dan yang paling penting sedap dan berbaloi. Jom, kali ni LeYa bawa korang semua menikmati pemandangan baru dan bersantai di Gepuk House, Taiping.
Tempat Makan Best di Taiping dan Halal
Sekiranya korang sedang bercuti ke Taiping, korang wajib singgah makan di Gepuk House ni.
Restoran Gepuk House mula beroperasi pada tahun 2020 beralamat di Lot 1520, Jalan Panggung Wayang berhadapan dengan Nagoya Taiping.
Antara menu masakan di Gepuk House yang wajib korang cuba adalah Nasi Ayam Gepuk, Nasi Ayam Penyet, Nasi Keli Penyet, Nasi Bawal Penyet, Nasi Udang Buttermilk dan banyak lagi. Set minuman yang disediakan juga berbaloi dan murah untuk korang cuba. Antaranya ialah Chocolate Belgian dan Kopi Sunda minuman best seller dan rare yang korang mesti cuba. Minuman lain seperti Fresh Orange, Tembikai Laici, Extra Joss Anggur dan banyak lagi juga boleh didapati di sini.
Mempunyai meja yang agak banyak membuatkan korang boleh datang ke sini menjamu selera dalam kelompok yang ramai. Selain itu, keenakan dan tahap kepedasan makanan di Gepuk House ini memang tidak boleh didapati di tempat lain. Harga makanan pun sangat berbaloi.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com