Selasa, 27 Disember 2022

Ais Kepal Bingsu by Kak Zai Yang Penuh Buah-Buahan Segar di Baling, Kedah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Benda sedap dan viral macam ni tak elok simpan lama-lama dan sorang-sorang kan. Mesti kena bagitahu satu dunia. Benda takde lah baru pun tapi cara olahan dan penampilannya membuatkan LeYa rasa terpanggil nak kongsi. Hehe... Bukan LeYa je ye tapi all the Malaysian memang suka hunting makanan sedap dan viral. Jadi, jom lah kita tengok apa yang best tu.


LeYa dapat tahu Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni dari rakan-rakan yang stay kat sana. Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni terletak di Pekan Kupang, Baling, Kedah bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Akademi Baitussalam. Kisahnya Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni tercetusnya idea sewaktu pemilik iaitu Pn Zai Azna kehilangan kerja kerana wabak pandemik Covid-19. Dengan kepayahan dan kesabaran yang dilalui, hari ini Ais Kepal Bingsu by Kak Zai menjadi trending di Baling, Kedah.


Ais Kepal Bingsu by Kak Zai semakin mendapat tempat dalam kalangan peminatnya kerana limpahan buah-buahan yang mereka sediakan amatlah banyak dan semestinya fresh. Malah bukan setakat Ais Kepal Bingsu je, Kak Zai sendiri bijak menambah menu tambahan iaitu aneka pilihan bakso untuk dinikmati sewaktu petang-petang santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.


Tiada sebab untuk korang tidak mencuba Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni. Ini kerana ia adalah pencuci mulut ais kisar manis yang sangat enak. Ais dikisar sangat halus sehingga teksturnya macam gula-gula kapas. 

Dengan memiliki tekstur yang licin, gebu dan sejuk, LeYa pasti korang akan rasa seerti memegang segumpal salji tetapi ada banyak topping manis. Ya! Sudah pasti ia menyelerakan! 


Dalam pada masa yang sama, korang boleh juga rasa-rasa keenakan aneka bakso seperti Bakso Beranak, Bakso Mercun, Bakso Mangkuk, Bakso Special dan Bakso Biasa. Memang confirm terangkat dan padu lah layan bersama Ais Kepal Bingsu by Kak Zai


Lupa lak nak bagitahu kan. Apa yang LeYa sempat order dari Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni. LeYa memilih perisa Buah Campur, Anggur, Milo Strawberry dan juga Mango Cheese Leleh. Portion dia memang sangat banyak dan puas hati makan.


Tengok lah tu! Wajah-wajah pelanggan yang makan kat situ pun happy je sebab dapat tunaikan hajat masing-masing nak menikmati keenakan Ais Kepal Bingsu by Kak Zai

Alhamdulillah... Perut pun dah kenyang dan kesejukan. LeYa pun dah kongsi dengan korang serba sedikit tentang Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni. Jadi, jangan tak singgah tau! Memang rugi nanti. #Jangancakaphakaktakpayung ye...


Alamat
Pekan Kupang, 09200 Kupang, Baling, Kedah
(Bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Akademi Baitussalam)

Waktu Operasi
Setiap hari dari jam 11.30 pagi - 6.00 petang

Selamat Menikmati Ais Kepal Bingsu by Kak Zai

Ahad, 25 Disember 2022

Gepuk House: Jom Nikmati Makanan Menarik di Taiping, Perak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Terdapat banyak tempat makan menarik di Perak yang boleh kita cuba bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasinya pun cantik dan yang paling penting sedap dan berbaloi. Jom, kali ni LeYa bawa korang semua menikmati pemandangan baru dan bersantai di Gepuk House, Taiping.


Tempat Makan Best di Taiping dan Halal

Sekiranya korang sedang bercuti ke Taiping, korang wajib singgah makan di Gepuk House ni.

Restoran Gepuk House mula beroperasi pada tahun 2020 beralamat di Lot 1520, Jalan Panggung Wayang berhadapan dengan Nagoya Taiping. 


Antara menu masakan di Gepuk House yang wajib korang cuba adalah Nasi Ayam Gepuk, Nasi Ayam Penyet, Nasi Keli Penyet, Nasi Bawal Penyet, Nasi Udang Buttermilk dan banyak lagi. Set minuman yang disediakan juga berbaloi dan murah untuk korang cuba. Antaranya ialah Chocolate Belgian dan Kopi Sunda minuman best seller dan rare yang korang mesti cuba. Minuman lain seperti Fresh Orange, Tembikai Laici, Extra Joss Anggur dan banyak lagi juga boleh didapati di sini.

Mempunyai meja yang agak banyak membuatkan korang boleh datang ke sini menjamu selera dalam kelompok yang ramai. Selain itu, keenakan dan tahap kepedasan makanan di Gepuk House ini memang tidak boleh didapati di tempat lain. Harga makanan pun sangat berbaloi.  

Nasi Ayam Gepuk RM10

Nasi Keli Penyet RM8

Nasi Ayam Kicap RM9

Nasi Bawal Penyet RM10

Nasi Ayam Penyet RM10

Tomyam Koong RM10

Nasi Udang Buttermilk RM12

Antara pilihan minuman yang boleh dicuba

Sedikit info yang pemilik Gepuk House kongsikan kepada LeYa, bila nak makan pedas tu jangan lah letak sambal tu banyak terus. Rasa dulu. If okay dan boleh layan, barulah kita belasah. Hehe... Best dan banyak ilmu juga yang dapat dari pemilik ketika menikmati hidangan di sini. 



Kesemua hidangan ni kalau korang nak cuba boleh dinikmati waktu makan tengahari dan makan malam. Restoran ini beroperasi setiap hari dan tutup pada hari Ahad dua minggu sekali. Ia buka pada jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam. 


Macam mana? Pasti korang semakin membuak-buak perasaan nak datang dan bercuti ke Taiping kan? Apa-apa pun rancang perjalanan korang sebaik yang mungkin untuk mengelakkan kesesakan. Selamat berjalan-jalan dan makan di Gepuk House, Taiping ya!


Sebarang update promosi atau ingin buat tempahan, bolehlah layari laman sesawang di bawah:

Alamat
Lot 1520, Jalan Panggung Wayang, 
34000 Taiping, Perak
(Berhadapan dengan Nagoya Taiping)

Facebook

Khamis, 15 Disember 2022

Tips Bijak Urus Kewangan Dengan Aplikasi Calculator.me

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Masa sangat pantas berlalu. Tanpa kita sedar, setahun sudah pun berlalu dengan begitu sahaja. Pastinya, di tahun baru, kebiasaan ramai yang akan menanam azam yang ingin dicapai pada tahun tersebut. Antara azam tahun baru yang popular adalah menyimpan wang dan merancang kewangan dengan lebih baik.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Pepatah yang kita seringkali dengar sejak dari kecil lagi. Namun, tidak semua orang mampu menguruskan kewangan dengan baik. Lebih-lebih lagi jika seseorang individu itu suka membeli-belah, materialistik dan lebih teruk lagi bilamana ada yang berfikiran "biar papa, asalkan bergaya!"

Ketika Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi yang menakutkan ini, adakah wajar kita berbelanja sesuka hati?

Oleh itu, hendaklah kita sediakan payung sebelum hujan. Sudah tiba masanya untuk anda menguruskan kewangan dengan baik dan perlukan bantuan untuk memastikan semuanya direkod dengan baik. Apa kata anda cuba satu aplikasi atau laman web, Calculator.me yang boleh merancang, rekod, pinjaman dan sebagainya. 


Apa Itu Calculator.me?

Calculator.me adalah laman web yang menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis kalkulator kewangan secara percuma. Aplikasi ini boleh diakses pada desktop, komputer riba, tablet dan telefon bimbit. 

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Di Calculator.me

Dalam menguruskan kewangan, anda perlu mengamalkan tabiat kewangan yang betul. Anda tidak perlu jadi pakar kewangan. Cukup sekadar anda tahu menguruskan kewangan peribadi anda dengan mengikut tips dan cara urus kewangan di Calculator.me seperti berikut.

  • Loan Amortization
  • Mortgage Calculators
  • Auto Calculators
  • Credit Cards
  • Savings Calculators
  • Financial Planning 


5 Cara Bagaimana Anda Boleh Urus Kewangan Dengan Baik Di Tahun Depan

  1. Simpan dahulu
  2. Tetapkan tujuan utama kewangan dengan spesifik
  3. Perhatikan perbelanjaan bulanan anda
  4. Tentukan keutamaan anda. Belanja apa yang perlu
  5. Gunakan instrumen yang sesuai untuk melabur


Jadi, tak susah kan kalau anda benar-benar tekad untuk menguruskan kewangan dengan bijak di tahun hadapan. Usah risau usah gundah jika kita tidak konsisten dengan cara urus kewangan kita sendiri. Anda ikut sahaja step yang terdapat dalam Calculator.me ini.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak daapt membantu anda diluar sana untuk mengurus kewangan dan perbelanjaan harian serta bulanan dengan lebih baik. Semoga kita bertemu lagi dalam artikel yang akan datang.

Jumaat, 9 Disember 2022

Lirik Lagu Bintang Rindu - Meteorix

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hampir sebulan LeYa tidak menulis di blog kesayangan ni. Terlebih dahulu LeYa memohon maaf kerana ketidakhadiran LeYa menulis di sini dek kekangan masa dan tidak sihat.

Terinspirasi dari bait-bait lagu ini, LeYa ingin berkongsi juga dengan anda semua. Lagu single terbaru ini dari Meteorix berjudul Bintang Rindu hasil ciptaan bersama ahli Meteorix sendiri iaitu Ijan, Ijal, Wan, Ilham dan Amir. Liriknya ditulis oleh Wan sendiri.

Lagu "Bintang Rindu" mengisahkan tentang kisah kehilangan seorang insan yang tersayang dan seorang guru. Penceritaan lagu ini diilhamkan dari kisah benar daripada salah seorang ahli Meteorix.

Meteorix adalah sebuah band yang berasal dari Lembah Klang dan muzik yang diperjuangkan dalam konsep pop alternatif terkini. Menurut pemain Bass Meteorix, Ijan, mereka banyak mendapat maklumbalas dan komen yang baik dengan susunan muzik pop yang terkini selepas release single Murai dan Bidadari pada tahun 2020 dan 2021 kerana mempunyai alunan muzik alternatif terkini.

"Single ini sebenarnya ditulis pada sekitar tahun 2014 lagi yang mana ia hanya untuk simpanan sendiri sahaja, tidak sangka tahun ini rezeki saya bersama Meteorix merealisasikan lagu ini. Pada awal tahun lepas lagu ini kami beri pada arwah abang Tony Spider untuk jadi Producer lagu ini dan beliau bersetuju dan suka dengan lagu ini tapi siapa sangka Allah lebih sayangkan beliau. Seterusnya kami ambil keputusan untuk produce lagu ini sendiri dan syukur pada tahun ini kami dapat siapkannya." Jelas Wan.

Lagu ini diedarkan secara digital di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd. Lirik video Bintang Rindu juga telahpun sedia untuk ditonton ramai di saluran Youtube Luncai Emas serta di semua saluran digital seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store.

Lirik Lagu Bintang Rindu - Meteorix

Artis : Meteorix

Komposer : Meteorix

Lirik : Wan

Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

BILA TIBA SAAT ITU

KU TERDIAM TERPAKU

MEMANDANG WAJAHMU


PILU HATI AIR MATA MENGALIR

BILA KAU PERGI TINGGALKAN KU SELAMANYA.. SELAMANYA


ANDAINYA HARIMU TIDAK SELALU BAHAGIA

TIDAK SEMUA KATAKU SELALUNYA INDAH

KINI PAGIKU HILANG TAWAMU


TAPI KU HARUS PERGI

DARI KESAKITAN INI YANG MENGHALANG KU BERDIRI

MAAFKANLAH AKU MELUKAKANMU

SEMOGA KAU BAHAGIA SELAMANYA

SELAMANYA..


ANDAINYA HARIMU TIDAK SELALU BAHAGIA

TIDAK SEMUA KATAKU SELALUNYA INDAH

KINI PAGIKU HILANG TAWAMU

KALA LAMUNANKU TERASA KAU BERSUARA

MEMBELAI LEMBUT RINDUKU MEMANGGIL NAMAKU

MIMPI BERLAGU HADIR DIRIMU

BINTANG RINDUKU..