Isnin, 14 November 2022

Inisiatif Dato' Dr Zul Bantu Rakyat dan Usahawan Muda Tanjong Karang Rancak Ekonomi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Anak muda masa kini harus dipupuk untuk berniaga  kerana mereka adalah pemangkin kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Pencapaian ekonomi sesebuah negara hari ini bergantung kepada usahawan yang sentiasa dinamik dan maju ke hadapan.

Justeru, iltizam Dato' Dr Zulkafperi Hanapi ingin menjadikan Tanjong Karang sebagai Hub Pertanian, Penternakan dan nelayan komuniti bagi industri AGROTOURISM dan AQUATOURISM di masa akan datang. 

Anak muda dan usahawan bukan sahaja membangunkan syarikat dan diri sendiri sahaja, malah mereka menggalas tanggungjawab untuk pertumbuhan dan pembangunan serta memartabatkan ekonomi pertanian Tanjong Karang sebagai satu perniagaan. Hasil daripada tindakan ini, ia mampu mewujudkan peluang baru kepada anak muda amnya.

Dengan wujudnya lebih banyak peluang, ia dapat menyelesaikan masalah dan penambahbaikan serta idea yang bernas bagi menggerakkan dan merancakkan ekonomi di Tanjong Karang agar maju ke hadapan.

Selain itu, menurut Dato' Dr Zul lagi, teknologi dan program keusahawanan diwujudkan untuk membuka minda dan peluang anak-anak muda mencebur diri dalam bidang pertanian.

Tugas sebagai seorang usahawan bukanlah suatu yang mudah. Mereka tidak hanya menjaga kepentingan diri sahaja, ramai orang yang perlu dijaga dan diberikan perhatian. Oleh sebab itu, anak-anak muda perlu punyai rasa inisiatif untuk mengetahui berkenaan kepentingan ekonomi pertanian yang lebih mampan. 

Tanjong Karang selalu di hati.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com