Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Bahang PilihanRaya Umum (PRU 15) semakin dirasakan. Sana-sini mula sibuk dengan aktiviti penamaan calon dan persiapan di hari mengundi. Tidak terkecuali juga Dato' Dr Loga Bala Mohan Jaganathan.
Seperti yang kita maklum, sepanjang khidmat Dato' Dr Loga memegang jawatan Timbalan Menteri Wilayah 2013 - 2018, beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat mesra kepada rakyat serta amanah dalam melaksanakan tugas.
Beliau juga sangat dihormati dan dikasihi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa kerana karekter beliau yang mesra bersama penduduk dan tegas dalam melaksanakan tugas serta kerja-kerja sebagai Timbalan Menteri Wilayah.
Setegas beliau, namun inilah pemimpin yang dihormati dan disayangi semua masyarakat kerana sentiasa turun padang berjumpa penduduk dan mendengar, melihat serta melaksanakan kerja dengan pantas dan sistematik serta efisyen.
Dalam era globalisasi hari ini, ini lah tokoh kepimpinan di Wilayah Persekutuan yang boleh berkhidmat dengan masyarakat dan memartabatkan kepentingan penduduk terutama di Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah pilihan yang tepat sebagai calon pemimpin terutama di kawasan Wilayah Persekutuan.
Selain itu, turut mempunyai latar belakang yang sihat dan bersih sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, telus dan ikhlas dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan adalah aspirasi kepada masyarakat terutama penduduk Wilayah Persekutuan untuk terus sama-sama memberi kerjasama dan sokongan. Majoriti penduduk juga berharap yang beliau akan kembali menerajui kepimpinan di kawasan Wilayah Persekutuan.
Dato' Dr Loga Bala Mohan Jaganathan adalah pilihan penduduk kawasan Wilayah Persekutuan kerana rekod kepimpinan beliau sepanjang khidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 2013 - 2018 telah TERBUKTI sebagai pemimpin yang BERJIWA RAKYAT.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com