Isnin, 3 Oktober 2022

Santai Hujung Minggu Nikmati Nasi Kenduri Hari-Hari Di Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Alangkah nikmatnya kan bila mana dapat nikmati masakan majlis kenduri setiap hari. Pasti ia mengimbau kembali saat kita adakan majlis kenduri atau bertandang ke majlis sahabat handai dan keluarga. Yang pasti kali ini, korang dah tak perlu susah payah nak cari dah sebab dengan kewujudan sebuah kedai makan ni korang boleh makan setiap hari. Kat mana? Ikuti selanjutnya di bawah.


Santai Hujung Minggu Nikmati Nasi Kenduri Hari-Hari Di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah

Kali ni LeYa nak berkongsi dengan korang semua satu kedai makan yang LeYa singgah bersama rakan-rakan sewaktu kunjungan ke negeri Kedah. Lama juga tak jalan-jalan sejauh ini. Seingat LeYa tahun lepas ketika Famtrip Media ke AMD Resort.

Sebelum datang ke sini, sempat jugalah LeYa tinjau menu-menu yang ada dekat laman FB restoran ni. WoW! Masakan kenduri la... Lama juga tak makan lauk kenduri ni. Lokasi Kedai Makan Nasi Kenduri Hari-Hari ni terletak bersebelahan SMK Kepala Batas dan berdekatan dengan Caltex Hutan Kampung. Memang mudah je nak cari sebab berada betul-betul tepi jalan.


Sampai je, LeYa nampak ramai juga orang datang makan kat sini. Kawasan pun luas dan suasana pun tenang dengan pemandangan sawah padi di tepinya. Tapi sayang, masa LeYa datang makan kat sini, sawah padi dah tak hijau. dah togel...Hehehe.... Itu tandanya nak suruh LeYa datang lagi lah tu. Hahaha...


Memang banyak ye menu-menu masakan kenduri yang korang boleh cuba kat sini. Dan banyak juga LeYa dan rakan-rakan order. Al-maklumlah dah datang dari jauh-jauh tu, elok benar la kiranya  kita rasa kan? Ye kan... Okay, jom sekarang LeYa tunjuk menu-menu yang ada yang sempat LeYa rasa. (Nota kaki: Jangan terliur tawww....)

Nasi Kenduri - Sepinggan dalam RM9 - RM15

Tak lengkap lah kalau dah datang sini tak cuba makan Nasi Kenduri kan. Oleh itu kami ambil Nasi Minyak berlaukkan Ayam Masak Berempah, Gulai Kawah Kambing, Kerabu Mangga dan Nasi Putih berlaukkan Gulai Kawah Kambing, Daging masak kunyit dan Ulam-ulaman bersama sambal belacan. Pilihan daging kambing tu memang terbaik sebab langsung tiada bau dan sangat sedap. Tak Kedah lah kan kalau tak makan Gulai Kawah.

 

Roti Telur Leleh - RM3.50

Ini antara menu wajib yang korang wajib cuba bila datang bersarapan dekat sini. Roti Telur Leleh ni memang sedap dan lain dari yang lain. Apa yang specialnya? Roti ni dibakar dan pada atas roti diletakkan telur separuh masak... bila bergoyang dan meleleh tu lah lagi sedap. Selain itu, ditabur juga dengan cheese dan kacang panggang untuk menambah selera. Harganya pun murah dan disukai ramai.

Cucur Udang - RM5.00

Ya jangan terkejut. Walaupun kedai makan Nasi Kenduri Hari-Hari, tapi menu cucur udang ni turut disajikan di sini. Bolehlah buat tambah-tambah menu kudapan kan. Serius weyyhhh... Rasa dia sangat sedap dengan kombinasi kuah kacang yang enak bersama cucur udang yang terasa udangnya.


Roti Jala - RM4.00

Hidangan yang pasti disukai ramai. Pembuka selera yang cukup enak dan ringkas. Pagi-pagi pekena Roti Jala memang mind blown. Silap-silap haribulan memang kenyang lah jika makan roti jala ni saja. Sementara tunggu menu lain sampai, dapat juga la kekahkan roti jala ni dulu. Hehehe...

Minuman Carrot Susu Yang Menyegarkan

Minuman yang menyegarkan. LeYa bukanlah seorang peminat Carrot Susu sebab sememangnya yang kenal LeYa bukanlah sejenis minum susu. Tapi, dekat sini LeYa boleh minum sampai habis. Betapa enak dan segar rasa carrot tu ye. Rasa susu dia pun light light je. Jadi, spesies macam LeYa yang tak minum susu ni, of course boleh minum. Korang tak caya? Try lah!


Terdapat banyak pilihan lauk Nasi Kenduri yang korang boleh pilih selain lauk yang LeYa ambil kat atas tu. Jom LeYa kongsikan dengan korang lauk-pauk lain yang pasti memikat selera korang bila bertandang ke sini.






Terdapat lebih dari 10 jenis lauk yang korang boleh pilih dan rasai. Antaranya Gulai Kawah Kambing, Gulai Kawah Daging, Ayam dan Ikan Goreng, Daging Masak Kurma, Kari Ikan, Ayam Masak Merah, Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh, Jelatah, Ulam-ulaman dan banyak lagi. Kesemua jenis lauk ini korang boleh kombinasikan dengan dua pilihan nasi iaitu Nasi Putih dan Nasi Minyak. LeYa pasti korang akan repeat datang untuk seterusnya. Rasa dia memang sangat sedap dan menepati citarasa pelanggan.


Bukan itu sahaja. Dah nama makan nasi kenduri kan. Tak lengkap lah kalau tak berphoto dekat dekorasi pelamin yang disediakan ni. Korang akan rasa betul-betul makan dekat majlis kenduri dan bergambar di pelamin ni bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 


LeYa memang sarankan lah untuk korang yang datang ke Kedah untuk singgah dan rasai sendiri Nasi Kenduri Hari-Hari ni. Memang sangat puas hati dengan menu yang dihidang, rasanya dan suasana kedainya.


InsyaAllah, jika datang lagi ke Kedah ni, pasti kedai makan Nasi Kenduri Hari-Hari ni akan diserbu. Tak perlu susah-susah dan pening nak cari tempat makan dah, datang je kat sini. Lagipula, harganya pun murah dan berpatutan. Kalau korang datang ke Alor Setar, Kedah ni jangan lupa untuk cuba pelbagai pilihan lauk kenduri tu tau. 

Nasi Kenduri Hari-Hari
Bersebelahan SMK Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi
8.00 am - 3.30 pm (Buka setiap hari kecuali Sabtu)

Telefon
+6019 - 527 7260

Facebook

13 ulasan:

  1. Wah nampak sedap semuanya Leya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak sue... Harga pun berbaloi-baloi

      Padam
    2. nampak sedap je nasi kenduri.. roti jala tu mcm best je kan!

      Padam
    3. Sedap wakkk... Kalau berdekatan nanti, singgah lah ye

      Padam
  2. Bestnya nasi kenduri. Tak payah tunggu member kahwin.. suka tengok roti jala dia. Boleh singgah kalau balik kampung nanti

    BalasPadam
  3. Meriahnya menu. Syoklah kalau dapat makan nasi kenduri hari hari. Kedai pun luas dan bersih. Menu banyak tu paling best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Puas hati dan selesa dapat makan suasana macam tu

      Padam
  4. OK, roti jala tu sangat menggiurkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kebanyakannya tergoda dengan roti jala ye... Hehe...

      Padam
  5. terliurnya tengok gulai kawah kambing dia, banyak betul menu yang sedap dekat sini. Kalau kena dengan selera orang, siang membawak ke malam depa makan dekat situ

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com