Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang.... Tercari-cari tempat makan western di Alor Setar? Jom LeYa nak kongsikan dengan korang satu restoran yang agak unik dan menarik di Alor Setar ni. Restoran ni LeYa jumpa secara tidak sengaja ketika pusing-pusing dengan kawan-kawan di sana. Dan, apa lagi, LeYa pun terjatuh hati la untuk singgah dan cuba rasa hidangan di Rumah 888 Diners ni. Nak tahu lagi? Jom teruskan lagi bacaan sampai habis...
Mengidam Western di Utara, Jom Ke Rumah 888 Diners, Alor Setar
Berada di sekitar Alor Setar, tempat wajib nak dituju of course lah tempat makan kan. Tak kira mana-mana pun kita berada. Tempat makan merupakan salah satu destinasi sebelum kita bergerak lebih jauh. Antara tempat makan western yang wajib korang singgah bila berada di Alor Setar ialah Rumah 888 Diners. Dekorasi kafe dari luar memang cukup klasik dan akan membuat korang terpesona ketika menikmati hidangan yang dipesan. LeYa suka dengan vibe Rumah 888 ni. Lagu yang dimainkan pun tenang je untuk pelanggan menikmati makanan.
Ruang restoran dah selesa. Vibe dah baik. Apa lagi korang nak tahu? Oh ya! Semestinyalah hidangannya kan. Okay.... jom tengok LeYa order menu apa malam tu. Ni dia hidangan yang sempat LeYa rasa, Fiesta Grill dia yang memang meriah dan sedap.
Fiesta Grill ni berharga RM39.80 dan didatangkan dengan Lamb, Chicken, Sausage, Wedges, Salad bersama sos Black Pepper yang memikat selera siapa sahaja yang merasainya. Tak dilupakan juga kepada minuman pembasah tekak, Iced Milk Tea dan Iced Chocolate yang berharga RM7 dia pun memang padu. Harga berbaloi dan rasa sangat sedap.
Memang terbukti dengan rasa dan bahan yang Rumah 888 Diners ni gunakan adalah bahan yang segar dan baru. Setiap hari mereka akan pastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk kehendak pelanggan yang inginkan Western terbaik di Alor Setar.
sedap2 belako makanan kat situ. terliur tgok!
BalasPadamJalan-Jalan ke Kedah la Abam Kie... Hehe...
Padamnampak menyelerakan betul western food tu
BalasPadamSedap ye wakk... Boleh singgah nanti kalau ke Alor Setar
Padamnampak sedap dan rega pun reasonable. big portion!
BalasPadamYes... Betul... Worth it la kan that price
Padamportion besar2.. siap ada free candy tu.. best
BalasPadamhappy tengok combo grill dia tapi restoran ni dekat alor setar lah pulak. Jauhnya :(
BalasPadam