Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang... Apa khabar semua? Kali ni LeYa nak kongsikan dengan korang tentang pengalaman LeYa makan di sebuah restoran masakan Thai iaitu Sauu Thai Cuisine di Alor Setar, Kedah. Kalau korang duduk Alor Setar dan sekitarnya, teringin nak makan selera Thailand, bolehlah singgah di restoran ni. Jom, ikuti cerita selanjutnya!
Restoran milik anak Melayu tempatan yang berasal dari Perlis ni baru beroperasi sebulan. Sebelum ini, restoran ini bertempat di Kuala Perlis. Oleh kerana pandemik Covid-19 dan PKP, ia terpaksa tutup kerana ketetapan kerajaan yang tidak membenarkan rentas negeri. Alhamdulillah, hari ini setelah kerajaan mengumumkan fasa endemik dan boleh memulakan aktiviti perniagaan dan pekerjaan, pemilik meneruskan legasinya yang terletak bersebelahan Hotel T Tandop, Kawasan Perusahaan Industri Tandop, Alor Setar. Korang boleh waze je Hotel T Tandop. Tak susah pun nak cari.
LeYa baru sahaja try menu masakan Thai kat sini minggu lepas. Datang dalam pukul 9 malam untuk menikmati dinner. Meh LeYa buat korang terliur dulu dengan video kat bawah ni. Jemput tengok ye!
Antara menu yang korang wajib cuba dan sangatlah recommended adalah Set Miang Pla ni. Memang cukup hidangannya dengan Siakap Bakar, Aneka Seafood, Somtam dan Daging Bakar bersama tiga sos pilihan dan perahan limau nipis yang pasti memukau selera korang. Orang Utara memang confirm lah suka kan. Isi ikan dan seafoodnya segar sebab tuan kedai akan pastikan bahan-bahan dibeli segar setiap hari dan dibawa terus dari Thailand. Jadi, memang bahan-bahan dia kalau korang cari kat sini memang takde lah senang cerita. Semuanya dibawa khas dari sana. That's why rasa dia memang sedap macam makan di Thailand.
LeYa dan rakan-rakan telah memesan Set Miang Pla Premium ni berharga RM99.90. Memang kenyang dan tersandar walaupun tiada menu nasi di dalamnya. Hahaha! Korang nak order menu yang lain pun ada. Nah... LeYa kongsikan buku menu yang korang boleh pilih awal-awal sebelum sampai kat sana.
Selain dari menu-menu di atas tadi, korang boleh juga mencuba aneka pilihan Pancake Thailand yang ada di sini. LeYa telah pilih dan cuba empat pilihan terbaik ni iaitu Roti Blueberry, Roti Pisang Coklat, Roti Milo dan Roti Biasa. Sedar-sedar je dah habis kesemua. Aduhai.... Memang sedap terukkk lah roti-roti ni.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com