Sabtu, 24 September 2022

Tempat Makan Menarik Dengan Harga Bajet Di MJ Kok Selera Kajang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Cuti hujung minggu ni pasti dah ramai tak sabar-sabar untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri atau ingin meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan kan. Biasalah, bagi warga kota yang senantiasa sibuk di hari bekerja, inilah waktunya untuk meluangkan masa bersama-sama. 

Tak perlu nak pergi jauh untuk food hunting pun, kat sini LeYa nak bawa korang satu tempat makan menarik di Kajang! Korang dah biasa kan dengar Sate Kajang, tetapi kali ni LeYa nak bawa korang dengan menu makanan lain yang enak yang ada kat sini. Nak tahu lagi? Jom ikuti butirannya di bawah.

MJ KOK SELERA, SG. BALAK KAJANG

Terletak di Sungai Balak, Kajang, korang akan berjumpa dengan warung ni betul-betul tepi jalan di lampu isyarat simpang empat selepas susur keluar Tol Sg. Balak. Warung MJ Kok Selera sangat terkenal dengan keenakan Char Kuew Teownya. Setiap hari warung ini akan dibanjiri pelanggan yang terdiri dari orang kawasan sekitar Kajang dan Bangi. Pada hujung minggu pula dipenuhi dengan orang ramai dari pelusuk tanah air dan pada waktu ini juga akan ada Live Band yang akan menghiburkan korang bersama keluarga mahupun rakan-rakan.



Memang kalau tengok dari luaran hanya warung tepi jalan sahaja. Namun, bila korang dah nikmati hidangan yang ada dekat sini, korang akan cakap menu dan rasanya setanding lima bintang. Rasa lima bintang, harga warung. Mana nak dapat der?? 

Oh Ya! Hampir terlupa LeYa nak perkenalkan serba serbi sedikit latar belakang MJ Kok Selera ni. Kedai makan MJ Kok Selera ni sebenarnya diwarisi keluarga dan kini diusahakan oleh anaknya sendiri yang mesra dengan panggilan Nadia. Menurut Cik Nadia lagi, sebelum PKP, kedai makan ini beroperasi untuk makan tengah hari, tetapi memandangkan kos yang agak tinggi dan pandemik Covid-19 melanda seluruh ekonomi dunia, jadinya MJ Kok Selera dibuka untuk hidangan makan malam. Nama MJ adalah nama ayah beliau sendiri dan panggilan 'KOK' itu rupanya adalah singkatan dari 'Kami Orang Kampung'. Sungguh unik kan! Keunikan inilah diterjemahkan dalam setiap hidangannya yang memukau dan menyelerakan.


Terus rasa lapar balik bila tengok menu-menu yang disediakan. Uniknya lagi di sini, setiap menu dari pelbagai masakan mempunyai chefnya tersendiri. Sebagai contoh, untuk Char Kuew Teow, akan ada chef lain masak, untuk menu Western pula chef yang lain, begitu juga untuk menu Thai pun chef lain. Untuk kesemuanya seingat LeYa lah, ada 5 hingga ke 6 chef di bahagian dapur berlainan posisi. Menarik bukan? Sebab itulah rasanya sangat istimewa dan sedap. 

Tanpa berbasa-basi lagi, jom LeYa perkenalkan menu yang sempat LeYa dan rakan-rakan pesan.



Selain dari menu Char Kuew Teow, ini lagi satu yang LeYa suka dan akan repeat order bila datang lagi makan kat sini. Kerabu Magginya cukup rasa masam, manis, masin. Memang terbaik! Dah singgah kali kedua nanti memang nak order ni saje ni. Nak makan puas-puas sorang-sorang diri.Hehehe...



Ada lagi menu yang kalau korang tak makan nasi. Korang boleh cuba mereka punya Bihun Tomyam ni. LeYa dah cuba dan memang sedap. Selain itu juga, korang yang minat Western boleh cuba hidangan Western yang ada di pilihan menu yang disenaraikan. Ini antara hidangan yang orang selalu pilih iaitu Set Talam Western yang lengkap dengan pasta, nasi goreng, meatball, chicken chop, kentang, sosej dan sos barbecuenya serta hidangan Chicken Chop yang memikat selera.



Ooppsss... Korang jangan dilupa dengan menu kampung ni juga. Tak ada yang asli orang kata, tiadalah yang hipster. Hehehe... Hidangan Nasi Goreng Kampung yang ada dekat sini pun not bad. Bukan senang ya LeYa nak dapat yang betul-betul blend rasa cili apinya dalam masakan nasi goreng tuh. Yeah! Ini yang LeYa dah dapat. Sedap!


Dah makan menu utama, jom kita cuci mulut dengan Roti Titab dan minuman beraneka jenis dan viral ni. Paling sedap dalam koleksi Roti Titab yang menepati citarasa LeYa adalah pilihan flavour Peanut kerana LeYa dah kurang makan manis. Ada 2 lagi pilihan lain yang korang boleh cuba iaitu flavour Kaya dan Strawberry. Flavour Kaya tu pun sedap. Strawberry pun sedap juga. Eh semua sedaplah. Tapi LeYa tetap dengan pilihan first iaitu Peanut. Hehehe....



Tak lengkaplah hidangan kalau tak order minuman sekali kan? Apa korang fikir bila nampak warna-warni minuman ni? Of course, keenakan bilamana sejuk-sejuk tu masuk dalam tekak kita kan. Perrgghhhh... haus pulak rasa tekak ni tengok menu minuman ni. Korang jangan tak tahu, korang boleh cuba juga Bingsu dekat sini. Bingsu dia tidaklah sehalus yang ada di kedai Korea tu, tapi dengan ais yang dikisar berserta buah-buahan yang ditaburkan memanglah menepati citarasa rakyat marhaen macam LeYa. Syok weyyhhh!!! Dapat makan dan minum sedap dengan harga murah. Lagi, korang boleh juga cuba minuman Air Viral Ikat Tepi dengan pelbagai pilihan rasa dan juga pilihan menu minuman lain seperti Ice Blended Mango dan lain-lain.


Yang nak ringan-ringan yang kononnya diet di waktu malam, boleh lah cuba order Takoyaki ni. Memang sedap. Tanya LeYa, kalau dari segi rasa boleh bagi 10/10 memang sedap kesemuanya. Suasana kedai makan pun menarik dengan dendangan alunan nyanyian Live Band yang ada hanya pada hari Sabtu. Kedai makan MJ Kok Selera dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali 2 hari dalam sebulan yang akan mereka cuti.


Dah ada idea tempat makan menarik di Kajang? Kalau korang dah datang dan cuba makan kat sini, jangan lupa bagi komen dan pendapat korang ye. LeYa nak tahu juga sebab setiap orang lain ada citarasanya kan. LeYa suka dan boleh datang lagi sini bawa keluarga atau ajak rakan-rakan lain. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!

 
 

Alamat
Simpang Balak, 43000 Cheras, Selangor

Facebook

8 ulasan:

  1. Menu dia menarik betul. Nak la try makan kat sini. Terliur tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Qiss... Menarik, sedap dan harga berbaloi-baloi

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah... Memang sedap Rabia. Nanti datang Kajang, bolehlah singgah bawak Umi Ayah

      Padam
  3. Best ni. Kalau ke Kajang boleh singgah makan kat sini. Char kuetiau dengan bihun tomyam kaw pekat tu nampak sedap sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu... Setuju sangat lah kalau diri sendiri yang pergi rasa nanti ye

      Padam
  4. AM dah cuba menu kat sini.. memang sedap.. walaupun harga sangat murah tapi tetap mengekalkan rasa yang enak, padat dgn bahan berkualiti dan pasti akan singgah jika ke area sini lagi.. AM paling suka Char Koay Teow dan Kerabu Maggi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom repeat makan lagi. LeYa pun nak order Kerabu Maggi tu jugak... Hehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com