Rabu, 14 September 2022

Pusing Selangor Dulu Menerusi Aktiviti Explorace Sabak Bernam 2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Aha... Hai korang... Dah lama kan LeYa tak cerita episod jalan-jalan, makan angin tempat menarik kan? So, baru-baru ini sekitar bulan Ogos yang lalu, LeYa ada menyertai satu Program Explorace Sabak Bernam 2022. Program ini dianjurkan hasil kerjasama antara pihak Tourism Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Agensi-agensi Pelancongan yang terlibat seperti homestay-homestay yang akan LeYa kongsikan kat bawah. 

Explorace Sabak Bernam 2022 menyaksikan lebih 100 orang peserta yang menyertainya yang terdiri dari seluruh Malaysia dan pelbagai latar belakang. Hasil dari kejayaan penganjuran Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang lalu, pihak MDSB dengan kerjasama Tourism Selangor telah merancang dan menganjurkan penganjuran Explorace Sabak Bernam bagi tujuan memperkenalkan daerah Sabak Bernam di mata masyarakat dan dunia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Negeri Selangor.

Bagi menyertai Explorace Sabak Bernam ini, pihak penganjur meletakkan syarat mesti mempunyai 4 ahli dalam setiap kumpulan dan memiliki kenderaan sendiri kerana explorace kali ini menggunakan kenderaan untuk bergerak. Jadi, fikir dan cari punya cari, kumpulan LeYa diberi nama The Gebuz dan disertai oleh sepupu-sepupu LeYa dari Negeri Sembilan iaitu Fatyn, Nadia dan Annisa yang juga penulis di Blog The Kipidap. Terdiri daripada 18 kumpulan yang menyertai dan kami berkumpul seawal 7.00 pagi di Homestay Sg. Hj Dorani untuk bersarapan dan menunggu kehadiran peserta lain.

Tepat jam 8.45 pagi, taklimat pertandingan Explorace Sabak Bernam 2022 diberikan dan pada jam 9.00 pagi, peserta semua bergerak menuju ke kereta untuk memulakan aktiviti dan pertandingan. Terdapat lima lokasi atau checkpoint yang perlu di jelajah oleh semua kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Lokasi Pertama | Homestay Batu 4 Sepintas

Dekat sini, kami diperlukan kemahiran untuk membungkus kuih goyang dalam setiap packaging yang disediakan. Sempat lah juga LeYa tinjau macam mana mereka membuatnya dari bancuhan, menggoreng masuk ke kuali dan pembungkusan. Bukan mudah ye korang!

But actually, task kami tak lah susah sangat kan! Hanya perlu packing kuih goyang ke dalam bungkusan yang ada. Tapi korang, tak mudah juga. Sebab kuih goyang ni lembut. Tertekan je sikit dah pecah. Kalau pecah kena tolak markah tau! Bukan itu sahaja, susunan bunga kuih goyang ni pun kena sama ye. Huh! Jenuh la nak susun helok-helok kan. Hahaha...

Setiap kumpulan mesti mempunyai 4 paket untuk melayakkan ke lokasi seterusnya. Team kami tak ada masalah tapi masa kami mula-mula sampai tu la agak sedikit geram dengan group makcik ni... Setepek dia potong line kami. Kami penat la beratur belakang Team Buddies. Bila dah kelam-kabut tuh, tak memasal kumpulan kami terkebelakang. Adehhh!!

Lokasi Kedua | Homestay Sg Nibong, Sungai Besar

Setelah bertungkus-lumus membungkus kuih goyang, kami terus ke lokasi kedua. Kat sini, kami diberi pula pengalaman bermain alat muzik tradisional gamelan. Perrgghh... kali terakhir main masa study diploma kalau tak silap. Memang dah tak ingat lah kan caranya. So, dapatlah LeYa and team belajar dan bermain menggunakan alat muzik ni. Salah satu keunikan yang ada pada budaya kita yang patut kita tonjolkan especially buat anak muda yang dah lama ditinggalkan dan malangnya pasti ada yang tidak kenal dan tidak tahu.

Dah mula main tu syok pulak weeyhhhh!! Tak lah susah sangat tapi kena ada key la jugak. Hahaha.... Kalau tak ada, memang ke lautan Atlantik agaknya...

 

Lokasi Ketiga | Mini Muzium Wak Surgi

Kat sini, kami diperkenalkan dengan Wak Surgi sendiri. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai bagaimana muzium ini diwujudkan. Mini Muzium Wak Surgi ni adalah hak milik En Surgi bin Gharib yang mana beliau merupakan pesara kerajaan di Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Muzium ini dibina di kawasan rumah beliau di Taman Seti Jaya, Sungai Besar.

Dek kerana minatnya dalam mengumpul barang-barang lama dan antik, sebab itu beliau mewujudkan mini muzium ini untuk berkongsi minat pada semua mengenai sejarah Malaysia dan memperkenalkan kebudayaan kita serta menjaga keaslian setiap sejarahnya.


Okay... Kat sini agak banyak juga tugasan yang kami kena selesaikan. Ada 6 aktiviti juga kami kena buat. Antaranya bermain permainan dam ular, mengenal alat tradisional antik dan menuliskannya di kertas, kenali artis dan lagu zaman era 60-70 an mungkin, menjawab soalan dan kuiz dari Wak Surgi, mengecat dinding depan muzium dan menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu patriotik dan lagu kanak-kanak zaman dulu dalam masa 20 saat.

Korang juga bolehlah singgah melawat Mini Muzium Wak Surgi ni kerana ia memiliki lebih 100 koleksi barangan antik yang dipamerkan dari manuskrip lama, buku sejarah, pinggan mangkuk lama, arca, tembikar, seterika lama, kamera lama dan banyak lagi.

Lokasi Keempat| Homestay Papitusulem, Sekinchan

Hari dah beransur ke tengah hari. Perut kami pun dah mula menyanyi lagu tadi. Hehehe... Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, lokasi pilihan kali ini kami diberikan tugas untuk menikmati hidangan Nasi Ambeng yang sememangnya popular di sini. Tapi sebelum tu kenalah tunjukkan sedikit bakat kreativiti yang ada dengan menghias menu Nasi Ambeng tersebut dalam dulang.

Homestay Papitusulem ni menawarkan kemudahan untuk pelancong yang ingin bermalam dan merasai pengalaman duduk di kampung dan dengar ceritanya lagi tak sah lah kalau korang datang sini tak cuba makan Nasi Ambeng ni. Jadi, kami memang tak lepaskan peluang lah! Dah hias cantik-cantik kami pun mulakan dengan bismilah dan cuba untuk menghabiskannya dalam masa 15 minit. 

Sekali ingatkan boleh habis, tapi kecundang juga perut kami sebab tak berjaya habiskannya. Tapi boleh bungkus bawa balik ye. By the way, memang sedap menu Nasi Ambeng ni. Rugi korang tak try tau!


Perut dah kenyang. Tugasan di 4 lokasi dah pun selesai. Kami kembali ke Homestay Sg Hj Dorani untuk acara kemuncak. Sebelum tu, sambil menunggu para peserta lain tiba, kami berehat dan tunaikan kewajipan dulu sebagai muslim untuk bersolat. 

Tepat jam 2.00 petang, acara kemuncak bermula. Kali ni, kami ditugaskan untuk turut ke sawah dan menggagau ikan keli seberapa banyak yang mungkin. Nak dijadikan ceritanya, entah apa LeYa fikir semasa nak bertolak pagi tadi. Baju, tudung semua siap disediakan tetapi boleh tertinggal seluar. Dukacitanya, terpaksalah LeYa tidak turun ke gelanggang sebab kecuaian LeYa sendiri.

Walaupun tiga orang, LeYa bangga dengan Team The Gebuz yang telah berjaya mengumpul 11 ekor ikan keli dalam masa 1 jam.  

Alhamdulillah.. Tak sangka acara kemuncak ni melayakkan kami Team The Gebuz mendapat tempat kedua. Walhal kami tak expect pun sebab kalau ikut 4 tugasan yang kami sertai, kami bukanlah yang terbaik dari 18 kumpulan yang ada. Rezeki kami dah tertulis untuk hari tu. Syukur sangat-sangat. 


Overall, LeYa sangat puas hati sebab dah menang kan. Hehehe... Alhamdulillah. Terima kasih Tourism Malaysia, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Homestay-homestay yang LeYa kunjungi atas penganugerahan yang tak terjangka ni. Jadi, korang! Jom pusing Selangor dulu!

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com