Khamis, 8 September 2022

Pizza Hut Malaysia Kembali Dengan The Long Party Box

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak berkongsi dengan korang semua dengan satu menu baharu dari Pizza Hut iaitu The Looooooooong Party Box yang baru sahaja LeYa nikmati pada minggu lepas sewaktu kunjungan LeYa ke  majlis The Looooooooong Party Box Get Together di Pizza Hut Kota Damansara. Sememangnya agak lama juga lah LeYa dah tak nikmati pizza hut ni. Kali terakhir ketika PKP dulu. So, jom kita tengok apa yang menarik dengan The Looooooooong Party Box ni!

Rasanya, tak perlu lagi LeYa nak perkenalkan sebarang pengenalan lagi tentang Pizza Hut di Malaysia ni. Namanya sudah cukup sinonim dan sebati dengan rakyat Malaysia khususnya bagi peminat pizza. Jenama ini seringkali tampil dengan idea baharu dalam menunya. Kali ini, ia cuba menghasilkan rasa dan kualiti yang terbaik untuk kepuasan para pelanggannya melalui pizza panjang. Kenapa LeYa cakap macam tu? Sebabnya korang sendiri akan nampak betapa komitednya mereka dalam memberi jaminan kepada pelanggan dengan menyediakan pizza baharu dan dipertingkatkan pula menerusi rasa dan saiznya yang panjang untuk dinikmati seisi keluarga mahupun rakan-rakan.

Kalau korang nak tahu lagi, The Looooooooong Party Box ni mempunyai kepanjangan sebanyak 1 meter panjang dan ia juga merupakan pizza petak bersama cheddar. Pizza dah tak bulat lagi ye! Hehe…

So, mulai sekarang korang dah boleh buat pilihan sama ada nak pizza bulat atau petak. Tak gitchu! Cayalah! Jom LeYa perkenalkan lagi dalam The Looooooooong Party Box ni mempunyai 6 pilihan rasa bersama 3 jenis sosnya yang lazat. Mesti korang dah tak sabar kan? Jadi, jomlah kita tengok!

The Looooooooong Party Box pizza petak ini memiliki pilihan rasa seperti Aloha Chicken, Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni, Hawaian Chicken, Island Tuna dan Veggie Lover. Ia juga didatangkan bersama 3 pilihan sos iaitu BBQ, Cheese dan Sos Chili. Pizza ini dijual pada harga RM99 untuk ala-carte dan hanya dijual untuk Dine-in dan Take-Away sahaja.

Baru-baru ini LeYa berkesempatan lah menikmati sendiri pizza panjang ni. Memang teruja habis guys!  Satu meja tu LeYa dan 6 lagi rakan makan pun tak habis dan siap bungkus bawa balik. Pizza memang sedap dan air pun korang boleh dapat 'free-flow' seperti promosi yang nak LeYa ceritakan kat bawah ni.


Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ke-65, korang boleh menikmati promosi istimewa ini dengan hanya tambah RM10 untuk dapatkan minuman soft drinks secara free flow (untuk 10 pax). Promosi ini terhad bermula 30 Ogos sehingga 11 September 2022. Jadi, apa kata cepat-cepat dapatkan promosi istimewa Merdeka ini untuk nikmati pizza The Looooooooong Party Box.

Dalam majlis The Looooooooong Party Box Get Together itu juga, terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan untuk kami rakan-rakan blogger dan media yang seramai lebih 20 orang. Sambil nikmati pizza, sambil seronok bergembira bermain game yang ada. Best sangat sebab ada ahli dalam kumpulan LeYa menang. Tahniah dapat hadiah dan juga kepada rakan kumpulan lain yang menang.



Untuk maklumat lanjut mengenai promosi berkaitan Pizza Hut Malaysia, boleh layari laman media sosial di bawah

Website

Facebook

Instagram

1 ulasan:

  1. kalau anak2 sambut besday biasanya beli pizza hut atau KFC. take away je. lebih selesa makan d umah.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com