Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Tahun 2022 sememangnya tidak sama dengan tahun-tahun sudah. Tahun ini kita dapat lihat sebahagian besar entiti tempatan dan antarabangsa sudahpun memulakan strategi gerak kerja yang lebih komprehensif dalam memperkukuhkan lagi kredibiliti organisasi, penjenamaan dan perniagaan. Ini termasuk dalam menjana pengiktirafan industri serta mengenalpasti sentimen lokaliti pasaran.
Tidak terkecuali juga Metalmach Micro Technology (MMT) yang turut menembusi pasaran China dalam perkhidmatan Pembuat Alat Ganti Besi Berketepatan Tinggi di Malaysia melalui kerjasama antara pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co. Ltd (Future Hover). Kerjasama ini telah diraikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun yang bernilai RM1 Billion bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia.
Sambil membelek produk yang ditunjukkan pekerja kilang itu, LeYa terus tertumpu kepada perincian pembuatan besi tersebut. Sangat halus dan teliti.
Bagi LeYa, ini adalah satu pengiktirafan yang bagus kepada masyarakat atau pengguna sebagai salah satu strategi membina tarikan dan kredibiliti produk serta inovasi yang baru.
MMT dan Future Hover juga menyelaraskan teknologi dan sumber terbaik dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini. Ini akan dicapai dengan menggabungkan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan tinggi, pembuatan acuan dan pembangunan semikonduktor dengan pembekalan bahan bantuan yang berdaya saing oleh Future Hover beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.
Pelaburan RM1 Billion secara kolektif antara kedua-dua syarikat ini adalah strategi menjana RM10 Billion dari hasil jualan eksport dalam masa 10 tahun akan datang. Ia bermula dengan pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di Negeri Sembilan, Malaysia. Kilang ini berperanan sebagai sebuah hub untuk untuk pembekal dalam dan luar negara bagi memperolehi barangan yang lebih berdaya saing dalam masa yang lebih singkat dan mampu menghasilkan lebih 500 peluang pekerjaan. Menerusi pelaburan itu juga, MMT dan Future Hover berharap untuk membekalkan latihan teknikal dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap industri ini sebagai satu usaha menjana populasi pekerja mahir di Negeri Sembilan dan negara kita.
Dari aspek industri, Malaysia merupakan lokasi yang ideal di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerajaannya yang bersedia untuk menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja mahir, lokasi yang strategik dan infrastruktur yang membangun dan mampu memberi impak yang besar kepada operasi. Kerjasama ini juga menjanjikan peluang pekerjaan dan akan berjaya mencapai bersama-sama hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara.
Melalui kerjasama ini, MMT turut diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China dengan menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau dan menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport produk serta perkhidmatan Malaysia.
Selain itu, menurut En Low Kim Yoong, Pengarah Operasi MMT, dengan permintaan yang meningkat dan pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan sahaja menguatkan posisi kedua-dua pihak di rantau ini tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk penghasilan semikonduktor secara global. Kerjasama ini juga membolehkan pengurusan yang menyeluruh termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan MMT yang terkuat dalam industri pembekalan semikonduktor.
Perkara ini menjadi aspek yang menarik dan mencabar buat pemain industri di seluruh dunia untuk menyumbang kepada pembangunan negara seiiring dalam pengukuhan lokaliti pasaran. Jadi, MMT dan Future Hover berperanan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap dengan kos yang terbaik menerusi hasil kerjasama ini.
Alhamdulillah semoga apa yg kerajaan usahakan ini berhasil dan rakyat Malaysia dapat merasa hasilnya
BalasPadambagus usaha macam ni, selain dapat create peluang pekerjaan kat orang kawasan sekeliling.
BalasPadamBagus ada usaha dan kerjasama macam nie..
BalasPadam