Ahad, 11 September 2022

Amalan Memberi Hadiah Yang Sihat Di Musim Perayaan Menerusi Kempen "Japanese Fruit, The Ultimate Gift"

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber utama makanan yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan penting untuk kesihatan. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolesterol.

Baru-baru ini LeYa berkesempatan meraikan satu majlis pelantikan peragawati dan pelakon Malaysia terkenal, Amber Chia sebagai duta Kempen "Japanese Fruit, The Ultimate Gift" oleh Japan Fruit & Vegetables Export Promotion Council (J-FEC) dan Japan Food Product Overseas Promotion Center (JFOODO). Kempen ini menggalakkan kita especially rakyat Malaysia untuk amalkan penggayaan hidup dan budaya memberi hadiah yang lebih sihat di Malaysia (atau dikenali Omiyage dalam Bahasa Jepun).

Kesihatan merupakan aset penting dalam kehidupan kita dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan.

Menurut National Health Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), sebanyak 50.1% rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obesiti yang mana ia membawa kemudaratan dan risiko kepada kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Ketika PKP pada 2 tahun lalu, kajian telah menunjukkan kenaikan 4.1% dalam masa hanya setahun menjadikan jumlah orang dewasa obes sebanyak 54.2% oleh NHMS 2020.

Satu usaha yang cukup baik dari J-FEC dan JFOODO dengan membawakan Amber Chia sebagai duta kempen untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan budaya memberi hadiah di Malaysia untuk menggalakkan masyarakat mengutamakan faktor kesihatan ketika memberi hadiah. Kita tahu yang negara kita adalah masyarakat majmuk dan banyak perayaan serta cuti umum, jadi, peluang memberi hadiah sudah sebati dengan budaya kita. Kempen "Japanese Fruit, The Ultimate Gift" ini dilancarkan untuk mendidik kita agar lebih sihat dalam memberi hadiah.

 

Amber Chia juga ada berkata yang hadiah secara amnya melambangkan perasaan seseorang terhadap penerimanya. Sekuntum bunga ros melambangkan perasaan romantis dan cinta, manakala coklat dan hadiah lain diberi untuk orang tersayang mungkin membawa maksud korang mengutamakan kemahuan mereka. Namun begitu, ia memerlukan daya persahabatan dan kasih sayang yang tinggi untuk memilih alternatif hadiah yang lebih sihat yang menyampaikan hasrat agar mereka sentiasa ada bersama untuk tahun-tahun akan datang.



Selain dari memberi manfaat kepada kesihatan, buah-buahan Jepun juga dikenali sebagai produk paling premium yang ada di dunia. Sememangnya ia harga yang sedikit pricy tetapi ia mampu dimiliki dan dijadikan hadiah yang premium dalam sesebuah majlis atau acara. Tambahan pula, seperti bunga, buah mempunyai maksud simbolik yang spesifik dan kepelbagaiannya merentasi budaya, mitos dan lagenda.


Perubahan musim turut memberi pengaruh yang tinggi terhadap budaya Jepun dan orang-orang Jepun suka menonjolkan perubahan ini dalam pelbagai bentuk. Buah-buahan kerap dilihat sebagai hadiah yang sesuai kerana ia bermusim sekaligus membenarkan orang untuk menikmati warna, bau dan rasa sesebuah musim.

Menurut En. Yoshihisa Hishinuma, Pengarah J-FEC, buah-buahan Jepun adalah pilihan utama kerana ia bukan sahaja mempunyai bungkusannya yang cantik tetapi ia juga mampu mengembangkan dan mewujudkan alternatif yang lebih sihat untuk bakul buah-buahan dan hamper hadiah di pasaran Malaysia. Dengan keunikan bermusim dicampur dengan kosnya, ia akan memberi perasaan yang mewah kepada penerima dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang terdapat di pasaran namun jarang dibeli untuk kegunaan peribadi.


Memandangkan Malaysia menempuhi fasa endemik, ramai orang lebih mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Jadi, kempen ini dilancarkan pada waktu yang tepat iaitu menjelang musim perayaan, di mana rakyat Malaysia kini mampu meneruskan rutin normal seperti menziarahi keluarga dan sahabat handai bersama pilihan hadiah yang lebih sihat.

Maklumat lanjut boleh layari laman media sosial di bawah

Website
https://japanese-fruit.jp/malaysia/

Facebook
https://www.facebook.com/JapaneseFruitsMY

Instagram
https://www.instagram.com/japanesefruits_my/

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com