Khamis, 29 September 2022

Trailer Rasmi Drama Bersiri The Last Of Us

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Siri Drama HBO
The Last Of Us

Pengarah
Craig Mazin
Neil Druckmann

Genre
Aksi dan Seram

Pelakon
Pedro Pascal, Bella Ramsey, Gabriel Luna, Anna Torv, Nico Parker,  Murray Bartlett, Nick Offerman, Storm Reid, Merle Dandridge, Jeffrey Pierce, Lamar Johnson, Keivonn Woodard, Graham Greene,  Elaine Miles dan Ashley Johnson

Penerbit
Sony Pictures Television

Tarikh Tayangan
2023


Sinopsis The Last Of Us

The Last Of Us merupakan siri drama HBO Original yang dihasilkan dari sebuah permainan video terkenal dengan nama yang sama dan dibangunkan oleh Naughty Dog secara eksklusif untuk platform PlayStation pada tahun 2023 ini.

Berlatarkan kisah dua puluh tahun ke hadapan setelah peradaban moden musnah akibat satu serangan virus yang mengubah manusia menjadi berpenyakit. Joel, seorang mangsa keluar dari zon kuarantin dan diupah untuk menyeludup Ellie, seorang gadis berusia 14 tahun. Bermula dengan sebuah kerjaya yang kecil bakal menukar sebuah perjalanan yang kejam dan menyayat hati kerana mereka berdua akan merentasi A.S. serta bergantung antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Antara pelakon yang menjayakan drama bersiri HBO ini adalah Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Gabriel Luna sebagai Tommy, Anna Torv sebagai Tess, Nico Parker sebagai Sarah, Murray Bartlett sebagai Frank, Nick Offerman sebagai Bill, Storm Reid sebagai Riley, Merle Dandridge sebagai Marlene, Jeffrey Pierce sebagai Perry, Lamar Johnson sebagai Henry, Keivonn Woodard sebagai Sam, Graham Greene sebagai Marlon, Elaine Miles sebagai Florence, dan Ashley Johnson dan Troy Baker.

The Last of Us ditulis dan diterbitkan oleh Craig Mazin dan Neil Druckmann. Siri ini adalah penerbitan bersama Sony Pictures Television dan diterbitkan oleh Carolyn Strauss, Evan Wells, Asad Qizilbash, Carter Swan, dan Rose Lam. PlayStation Productions, Word Games, The Mighty Mint dan Naughty Dog.


Jangan lupa untuk stream atau muat turun The Last Of Us di HBO GO. Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau aplikasi mudah alih menerusi App Store atau Play Store dengan harga serendah RM23.30/bulan. Korang juga boleh akses HBO GO menerusi Astro dan HBO GO juga tersedia untuk Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV yang turut dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Ahad, 25 September 2022

Alami dan Terokai Dunia Ilusi Penuh Magika Di Museum of Illusions, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru saja bercakap dengan seorang rakan tentang keinginan nak pergi Museum of Illusions, Kuala Lumpur ni. Sebab nampak ramai sangat rakan-rakan yang duk sibuk post gambar cantik-cantik kat situ. At the end, rezeki tak pernah salah alamat kan. Apa yang terlintas dan keinginan LeYa ditunaikan pada cuti hujung minggu kali ini. Kebetulan, ada 4 saudara LeYa bersama keluarganya jalan-jalan di sekitar KL, terus lah LeYa ajak untuk merasai keseronokan dan keunikan pada setiap ilusi dan trick yang ada.

Apa yang menarik yang ada di Museum of Illusion, Kuala Lumpur?

Museum of Illusions, Kuala Lumpur merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasinya terletak di antara Lot 10 dan Fahrenheit88 yang mana ia berada di Aras 1, Hotel Ansa, Bukit Bintang. 

Ruangan di dalam muzium tersebut menampilkan gabungan ruang pameran interaktif di mana korang boleh bermain dengan ilusi pandangan mata (optical illusions), hologram, anti graviti dan sebagainya. Ia pasti menjanjikan pengunjung dengan pengalaman ilusi yang unik dan sangat menyeronokkan.

Sebenarnya, ada pelbagai sudut menarik yang korang boleh terokai dan belajar banyak benda bila berada di sini. Antaranya adalah berkaitan ilmu sains, fizik, teknologi dan ilusi. Korang kenalah lebih kreatif untuk menghasilkan hasil seni korang yang rare, unik dan menarik. 

Kalau korang nak tahu, kat sini juga jika korang tak tahu cara nak bergambar, setiap sudut ruangan ada disediakan cara nak bergambar atau akan ada staff yang boleh membantu korang. 

Jadi, jom uji minda dengan berilusi di Museum of Illusions, Kuala Lumpur.

Wahhh.... Banyaknya wajah LeYa di prisma segitiga ni. Cuba teka ada berapa? Hehehe...


"Ayyad, Anis...Kan MakNgah LeYa dah cakap jangan nakal-nakal sangat. Dah jadi kerdil dah MakNgah terjentik awak." Hehehe...

"Hamekkk kaw... Usik anak aku ye... Rasa kan..."

Adehhh.... Sekali bonda dia nampak laa pulak... Dah membesar bagai johan dahhh... Apa LeYa nak buat ni... Laarrrriiiii.....


Kita berlari dan terus kan berlari.... Eh...Eh... Apa pusing-pusing kepala LeYa ni... Tak sampai-sampai pun lagi... Wahhhh.... Dah kena ketulahan Bonda Ayyad la ni... 


Ha.... sampai pun di bilik persembunyian. Tapi mana pintu keluar... Semua cermin je... Alamak! LeYa nak keluar.... Tolonglah... Jangan kurung LeYa. Ampun... LeYa tak garang-garang lagi dah... Keluarkanlah LeYa sekarang!

 

Di suatu sudut itu... Ummi Anis pula meratah hidangan kanak-kanak yang lain. OMG! Apa dah jadi ni?

"Arrrgghhhh.... malas la Nad layan mereka tu. Baik Nad makan hidangan daging fresh ni. Lagi sedap! Hahaha..."

 

"Mari kita berdoa dari kezaliman orang dewasa yang cuba nak menghapuskan kita semua. Dunia kanak-kanak is awesome. Kita tak boleh biarkan mereka merampasnya." kata Ammar kepada rakan-rakannya.

"Wait a minute! Ariq ade satu idea. Apa kata..."

"Jangan risau! Ayyad dah sediakan beberapa gelung besi untuk kita lawan mereka. Hiiiyyaarrrggghhhh..."


"Amboiiii... Sini kamu Ayyad. Kemain ye nak melawan cakap orang yang lebih tua dari kamu."kata Bonda.

Ayyad tersengih-sengih dan cuba untuk melompat dari kerusi itu berlalu pergi.

Yeah! Akhirnya LeYa berjaya melepasi bilik kurungan kaca. Taubat taknak masuk situ dah. Berpeluh weeyyhhh nak cari jalan keluar. hehehe...


"Mirror... Mirror... On the wall. Who is the beautiful in this world?" "What??? Siapakah gerangan di dalam cermin ini? Kenapa bukan wajahku? Arrgghhhh.... cermin penipu! Taknak... Taknak..."


Di keheningan petang yang sunyi, terdapat sekumpulan Alien berwajah 6 seiras telah bersidang  membincangkan misi mencari di mana wajah seiras ketujuh. Hehe...

"Ok guys! Hari ni saya nak uols semua dengar arahan saya betul-betul. Saya tak nak ada salah-sala lagi dalam kerja-kerja kita. Kita kena dapatkan dan cari juga di mana wajah seiras kita yang ketujuh. Faham semua!"

"Faham!!!"

"Mission complete! Rupanya wajah seiras ketujuh kita dipantau oleh Potret P. Ramlee ini. Ayuh! Kita selamatkan beliau!"

Alhamdulillah.... Misi selesai. Kini dunia kanak-kanak dan dewasa bersatu bergabung mengembangkan lagi arus pemodenan dunia hari ini. Hehehe.... 

Segala dialog yang LeYa paparkan adalah rekaan semata-mata. Ianya hanyalah idea kreativiti Leya ketika mana menjejakkan kaki di Museum of Illusions ini agar tampak lebih menarik buat pembaca budiman LeYa.

Menarik bukan! Apa kata korang cepat-cepat datang ke sini dan bawa keluarga mahupun rakan-rakan untuk eksplorasi dunia magik dan ilusi di Museum of Illusions, Kuala Lumpur.

Harga Tiket

 

Dengan MyKad

Tanpa MyKad

Dewasa

RM 35

RM 45

Kanak-Kanak

RM 25

RM 35

Keluarga

RM 90

RM 120

Pelajar

RM 30

RM 40

Warga Emas

RM 30

RM 40


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari

Website
www.museumofillusions.my

Waktu Operasi
10.00 pagi - 10.00 malam (Isnin hingga Ahad)

Alamat
ANSA HOTEL 1st & 2nd Floor
101 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Hubungi
+6017 - 228 2890 

Sabtu, 24 September 2022

Tempat Makan Menarik Dengan Harga Bajet Di MJ Kok Selera Kajang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Cuti hujung minggu ni pasti dah ramai tak sabar-sabar untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri atau ingin meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan kan. Biasalah, bagi warga kota yang senantiasa sibuk di hari bekerja, inilah waktunya untuk meluangkan masa bersama-sama. 

Tak perlu nak pergi jauh untuk food hunting pun, kat sini LeYa nak bawa korang satu tempat makan menarik di Kajang! Korang dah biasa kan dengar Sate Kajang, tetapi kali ni LeYa nak bawa korang dengan menu makanan lain yang enak yang ada kat sini. Nak tahu lagi? Jom ikuti butirannya di bawah.

MJ KOK SELERA, SG. BALAK KAJANG

Terletak di Sungai Balak, Kajang, korang akan berjumpa dengan warung ni betul-betul tepi jalan di lampu isyarat simpang empat selepas susur keluar Tol Sg. Balak. Warung MJ Kok Selera sangat terkenal dengan keenakan Char Kuew Teownya. Setiap hari warung ini akan dibanjiri pelanggan yang terdiri dari orang kawasan sekitar Kajang dan Bangi. Pada hujung minggu pula dipenuhi dengan orang ramai dari pelusuk tanah air dan pada waktu ini juga akan ada Live Band yang akan menghiburkan korang bersama keluarga mahupun rakan-rakan.



Memang kalau tengok dari luaran hanya warung tepi jalan sahaja. Namun, bila korang dah nikmati hidangan yang ada dekat sini, korang akan cakap menu dan rasanya setanding lima bintang. Rasa lima bintang, harga warung. Mana nak dapat der?? 

Oh Ya! Hampir terlupa LeYa nak perkenalkan serba serbi sedikit latar belakang MJ Kok Selera ni. Kedai makan MJ Kok Selera ni sebenarnya diwarisi keluarga dan kini diusahakan oleh anaknya sendiri yang mesra dengan panggilan Nadia. Menurut Cik Nadia lagi, sebelum PKP, kedai makan ini beroperasi untuk makan tengah hari, tetapi memandangkan kos yang agak tinggi dan pandemik Covid-19 melanda seluruh ekonomi dunia, jadinya MJ Kok Selera dibuka untuk hidangan makan malam. Nama MJ adalah nama ayah beliau sendiri dan panggilan 'KOK' itu rupanya adalah singkatan dari 'Kami Orang Kampung'. Sungguh unik kan! Keunikan inilah diterjemahkan dalam setiap hidangannya yang memukau dan menyelerakan.


Terus rasa lapar balik bila tengok menu-menu yang disediakan. Uniknya lagi di sini, setiap menu dari pelbagai masakan mempunyai chefnya tersendiri. Sebagai contoh, untuk Char Kuew Teow, akan ada chef lain masak, untuk menu Western pula chef yang lain, begitu juga untuk menu Thai pun chef lain. Untuk kesemuanya seingat LeYa lah, ada 5 hingga ke 6 chef di bahagian dapur berlainan posisi. Menarik bukan? Sebab itulah rasanya sangat istimewa dan sedap. 

Tanpa berbasa-basi lagi, jom LeYa perkenalkan menu yang sempat LeYa dan rakan-rakan pesan.



Selain dari menu Char Kuew Teow, ini lagi satu yang LeYa suka dan akan repeat order bila datang lagi makan kat sini. Kerabu Magginya cukup rasa masam, manis, masin. Memang terbaik! Dah singgah kali kedua nanti memang nak order ni saje ni. Nak makan puas-puas sorang-sorang diri.Hehehe...



Ada lagi menu yang kalau korang tak makan nasi. Korang boleh cuba mereka punya Bihun Tomyam ni. LeYa dah cuba dan memang sedap. Selain itu juga, korang yang minat Western boleh cuba hidangan Western yang ada di pilihan menu yang disenaraikan. Ini antara hidangan yang orang selalu pilih iaitu Set Talam Western yang lengkap dengan pasta, nasi goreng, meatball, chicken chop, kentang, sosej dan sos barbecuenya serta hidangan Chicken Chop yang memikat selera.



Ooppsss... Korang jangan dilupa dengan menu kampung ni juga. Tak ada yang asli orang kata, tiadalah yang hipster. Hehehe... Hidangan Nasi Goreng Kampung yang ada dekat sini pun not bad. Bukan senang ya LeYa nak dapat yang betul-betul blend rasa cili apinya dalam masakan nasi goreng tuh. Yeah! Ini yang LeYa dah dapat. Sedap!


Dah makan menu utama, jom kita cuci mulut dengan Roti Titab dan minuman beraneka jenis dan viral ni. Paling sedap dalam koleksi Roti Titab yang menepati citarasa LeYa adalah pilihan flavour Peanut kerana LeYa dah kurang makan manis. Ada 2 lagi pilihan lain yang korang boleh cuba iaitu flavour Kaya dan Strawberry. Flavour Kaya tu pun sedap. Strawberry pun sedap juga. Eh semua sedaplah. Tapi LeYa tetap dengan pilihan first iaitu Peanut. Hehehe....



Tak lengkaplah hidangan kalau tak order minuman sekali kan? Apa korang fikir bila nampak warna-warni minuman ni? Of course, keenakan bilamana sejuk-sejuk tu masuk dalam tekak kita kan. Perrgghhhh... haus pulak rasa tekak ni tengok menu minuman ni. Korang jangan tak tahu, korang boleh cuba juga Bingsu dekat sini. Bingsu dia tidaklah sehalus yang ada di kedai Korea tu, tapi dengan ais yang dikisar berserta buah-buahan yang ditaburkan memanglah menepati citarasa rakyat marhaen macam LeYa. Syok weyyhhh!!! Dapat makan dan minum sedap dengan harga murah. Lagi, korang boleh juga cuba minuman Air Viral Ikat Tepi dengan pelbagai pilihan rasa dan juga pilihan menu minuman lain seperti Ice Blended Mango dan lain-lain.


Yang nak ringan-ringan yang kononnya diet di waktu malam, boleh lah cuba order Takoyaki ni. Memang sedap. Tanya LeYa, kalau dari segi rasa boleh bagi 10/10 memang sedap kesemuanya. Suasana kedai makan pun menarik dengan dendangan alunan nyanyian Live Band yang ada hanya pada hari Sabtu. Kedai makan MJ Kok Selera dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali 2 hari dalam sebulan yang akan mereka cuti.


Dah ada idea tempat makan menarik di Kajang? Kalau korang dah datang dan cuba makan kat sini, jangan lupa bagi komen dan pendapat korang ye. LeYa nak tahu juga sebab setiap orang lain ada citarasanya kan. LeYa suka dan boleh datang lagi sini bawa keluarga atau ajak rakan-rakan lain. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!

 
 

Alamat
Simpang Balak, 43000 Cheras, Selangor

Facebook

Jumaat, 23 September 2022

Harum Mewangi dan Cantik Berseri Dengan D Aura Perfume dan D Aura Jelita Vit C by D Aura Cosmetics

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Korang tanyalah mana-mana wanita sekalipun, pasti semua ingin kelihatan cantik kerana kecantikan memang sinonim dengan wanita. Cantik boleh didefinisikan sebagai indah dan menarik.

Bagi kaum wanita termasuk LeYa sendiri, makna cantik ini sebenarnya luas. Ia boleh meliputi dari aspek kecantikan dengan memiliki tubuh yang langsing menawan, kulit wajah yang halus bak bayi baru lahir dan ada pula dinilai dengan mempunyai pakej lengkap iaitu paras rupa, bijak dan berbudi bahasa. Pendek kata, semuanya memang nak kelihatan cantik di mata wanita.


Jadi, jom LeYa perkenalkan korang dengan keluaran produk wangian dan kecantikan terbaru dari D Aura Spa di bawah jenama D Aura Cosmetics buat pelanggannya yang setia yang sememangnya sukakan kecantikan dan berwangi-wangian agar tampil yakin dan semangat dalam menjalani rutin harian.


Sebelum ni LeYa ada kongsikan mengenai D Aura Spa dan D Aura Salon. D Aura Spa sebenarnya sudah pun berada dalam pasaran sekitar 15 tahun dan diasaskan oleh Puan Dina Abu Bakar bertempat di Putra Walk, Seri Kembangan. Pengasas, Pn Dina yang sukakan kecantikan terus membuat keputusan untuk melahirkan jenama D Aura Cosmetics dengan penampilan D Aura Jelita Vit C dan D Aura Perfume.



D AURA PERFUME

D Aura Perfume merupakan koleksi wangian bergred Eau de Parfum (EDP) yang mana jenis EDP ini adalah jenis  gred minyak wangi paling kuat dan tahan lama dengan menggunakan minyak wangi berkualiti. 

Koleksi D Aura Perfume menampilkan 4 jenis wangian iaitu 3 wangian For Her dan 1 wangian For Him yang diilhamkan dan direka khas buat anak-anak Pn Dina sendiri. Mereka diberi gelaran pada setiap perfume dengan nama Amanda, Arissa, Alisha dan Aaron. Dan paling penting, perfume ini mesra solat. So, tak perlu risau jika nak pakai untuk solat.

 
 

Kandungan D Aura Perfume

D Aura Perfume - Amanda
Main Ingredients | Orange, Lily, Magnolia, Grapefruit, Bergamot, Apple.
Main Accord | Citrus, Floral, White Floral, Sweet, Fresh Spicy, Green

D Aura Perfume - Arissa
Main Ingredients | Peony, Litchi, Freesia, Rose, Lily of the Valley, Magnolia 
Main Accord | Floral, Rose, Fresh, Fruity 

D Aura Perfume - Alisha
Main Ingredients | Pear, Peach, Hedione, Rose, Lilac, Vanilla
Main Accord | Fruity, Fresh, Sweet, Green, Aquatic, Rose

D Aura Perfume - Aaron
Main Ingredients | Saffron, Amber Wood, Ambergris, Jasmine, Fir Resin, Cedar
Main Accord | Woody, Amber, Amber Spicy, Fresh Spicy, Aromatic, Animalic, Metallic
 
 
 

Harga
RM68.00 sekotak (30ml)



D AURA JELITA VIT C

D Aura Jelita Vit C merupakan makanan tambahan yang berfungsi untuk memutihkan, menggebukan dan memontokkan tubuh badan. Vitamin C ni sangat sesuai buat golongan wanita especially yang nak cantik-cantik sentiasa. Produk ini tidak digalakkan kepada kaum lelaki.

Produk D Aura Jelita Vit C ini telah lulus ujian makmal dan terdapat kandungan utama seperti Vitamin C, Collagen, Glutathione, Pueraria Mirifica, Astaxantin, Hyaluronic acid, Pearl, Delima dan Honey. 

Fungsi D Aura Jelita ialah:
1. Mencerahkan kulit wajah dan badan
2. Memudarkan parut jerawat dan badan
3. memudarkan parut operation & melecur
4. Menutup liang pori di wajah
5. Mengurangkan kulit berminyak
6. Merawat kulit yang bermasalah.
7. Merawat kulit kering
8. Merawat tumit merekah
9. Merawat kulit kusam dan eye bag
10. Merawat resedung dan alergi
11. Menguatkan kuku dan rambut.
12. Menegangkan kulit wajah, payudara & pinggul
13. Membekalkan Vitamin C dan nutrisi dlm badan seharian


Dalam 1 kotak mengandungi 15 sachet yang mana korang perlu amalkannya sebanyak 2 kali atau 1 kali sehari. Rasanya masam-masam manis dengan memiliki rasa Mixberry. Korang pasti suka!

Harga
RM88.00 sekotak


Korang bolehlah dapatkan D Aura Cosmetics by D Aura Spa & Salon Muslimah secara walk-in dengan datang sendiri ke Putra Walk, Seri Kembangan atau secara atas talian di laman web D Aura Cosmetics dan nikmati juga penghantaran secara PERCUMA!

Harga D Aura Cosmetics
 D Aura Jelita Vit C: RM88.00 / kotak
D Aura EDP Perfume: RM68.00 / kotak

D Aura Spa (D Aura Cosmetics)
C-3A-G, Putra Walk, Jln PP25, 
Taman Pinggiran Putra, Sek. 2, 
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Talian Untuk Dihubungi
 01155819845 (WhatsApp)

Website

Facebook

Instagram