Selasa, 23 Ogos 2022

Makan Malam di Rumah Hantu Sempena Pelancaran Drama Bersiri Remang dan Detik 12 Malam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Lamanya kan dah tak masuk Sunway Lagoon. Awal 1 Ogos hari tu LeYa diberi kesempatan untuk datang kembali ke Sunway Lagoon atas jemputan menerokai misteri mistik dan paranormal bersama "Remang" dan "Detik 12 Malam" yang bersiaran di TV3. LeYa juga akan turut menikmati makan malam di Rumah Hantu di Scream Park, Sunway Lagoon.

Apakah perasaan korang bila berada di situ? Setiap orang LeYa yakin dan pasti mempunyai kisah seram atau ghaib yang pernah dilalui sama ada diri sendiri mahupun orang dikenali. Berpayungkan genre seram, TV3 sudah pun menyajikan dua program terbaru buat korang yang sedang bercerita tentang hal-hal mistik dan paranormal. Jom kita tengok sedikit sinopsis ringkas dari "Remang" dan "Detik 12 Malam" ini.

Drama bersiri Remang

Drama bersiri Remang yang bersiaran menerusi slot tonton Malam Seram pada setiap hari Isnin jam 11.00 malam. Manakala, rancangan majalah Detik 12 Malam kembali ke kaca televisyen pada setiap Jumaat, jam 11.30 malam.

Remang adalah drama bersiri 12 episod terbitan Anomali Media Sdn Bhd, diterbitkan oleh Hariff Ahamat dan diarahkan oleh Khairul Rizam, serta hasil nukilan skrip oleh Sofia J. Rhyland, Intan Zarina Mohd Yasin dan Adza Irdawati Adenan. Kompilasi cerita-cerita seram ini dihidupkan lagi oleh pelakon handalan tanah air seperti Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Pelakon-pelakon drama seram terbaharu ini juga turut mengalami adegan seram sebelum mereka sempat membawakan watak mereka ke kaca tepevisen.

Setiap episod memaparkan kisah mendebarkan berbeza yang diterima oleh Ejay (Syafie Naswip), seorang DJ radio yang dihubungi oleh rata-rata pendengar yang ingin berkongsi pengalaman mistik dan ghaib mereka di slot program Remang Malam radio tersebut. Setiap malam Ejay akan mendengarkan perkongsian mereka dengan penuh teliti, dan memberi kata nasihat atau tips yang bersesuaian dengan pengalaman diceritakan. Antara kisah-kisah yang dipaparkan di dalam setiap episod adalah Dendam Saka, Pakcik Tumpang, Botol Puaka dan lain-lain. 

Program majalah Detik 12 Malam

Program majalah Detik 12 Malam merupakan sebuah program yang cukup sinonim dengan cerita seram dan gelaran pemburu hantu mereka. Majalah dokumentari musim ini diarahkan oleh Khirul Fikry Mustafa dan diterbitkan oleh Mohd Jamira Ramli. Kini kembali dengan musim kelima bersama hos Saiful Azmi Jamsari, Detik 12 Malam menemui penonton dengan sedikit kelainan. Musim ini akan menyaksikan aktiviti paranormal yang benar-benar dilalui oleh individu-individu lokal, selebriti terkenal dan penyiasat paranormal sebagai tetamu jemputan mingguan untuk berkongsi pengalaman gangguan mistik yang mereka lalui. Tetamu jemputan yang juga dikenali dalam dunia penyiasatan paranormal dan mistik adalah John Bear, Solo Ambush, Naufal Dark Tourism, dan AY studio.

 

Detik 12 Malam bakal menayangkan topik-topik menarik seperti penjaga kubur, galeri pameran lama dan kisah pempengaruh tentang misteri rimba rekreasi dan banglo tinggal lama. Tetamu jemputan juga akan turun padang di lokasi siasatan bagi membuat ujian paranormal. Adakah mereka cukup berani untuk melalui aktiviti paranormal sebegitu? 


Pengalaman Makan Malam Di Rumah Hantu

Okay... Now jom LeYa kongsikan sedikit pengalaman LeYa berada hampir 2 jam menikmati hidangan makan malam di Rumah Hantu. hehe... Ditemani hantu, korang dapat rasakan tak suasana ketika makan malam tu. Korang jangan takut-takut tau! Jom tengok menu apa yang LeYa makan sehingga kekenyangan. 






Dekorasi setiap hidangannya pun mengikut genre seram. Teruja tak tengok? Hehe... Let's try to make different! By the way, hidangan yang disediakan bukanlah yang pelik-pelik mana pun. Menunya lebih kepada Western seperti Spaghetti, Carbonara, Sausage, Nachos, Sup Merah dan banyak lagi. Minuman pula adalah Air Mirinda Strawberry yang disediakan dalam satu beg darah. 


 

Sekali tengok semacam makan di Hogwarts School Harry Potter kan... Hehe... Cantik dan sebab tu LeYa tak lepas-lepas dari bergambar pada semua ruang. Bila syok-syok tengah makan tu, tiba-tiba keluar hantu dari tepi pintu dan tingkap. Memang ramailah yang melatah dek terkejut. Hahaha... Apa pun tak boleh! Mujur tak tercekik.

 

Overall, okay je. LeYa memang suka cabar diri LeYa untuk lebih berani. Lagi-lagi untuk berjaya, kita kena berani dan terus bertindak tanpa alasan. Ketakutan perlu dipadamkan. Tak gitu! 



Memandangkan drama bersiri Remang dan rancangan majalah Detik 12 Malam dah pun berlangsung, korang yang dah tonton tu teruskan lah tonton sampai episod akhir ye. Kalau takut nak tidur malam tu, letak al-Quran kat sebelah taw! Hehehe... Ok tunggu di next entry ye!

4 ulasan:

  1. Eh, kalau diorang buka restoran tema hantj ni, mesti laku kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tak ye jugak kan.... Mesti ramai teruja nak singgah

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com