Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang... Baru-baru ni LeYa telah mengunjungi sebuah resort dalam hutan di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) yang terletak di Rawang, Selangor kerana dijemput untuk menyertai Fam Trip / Hari Terbuka dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 pada 1 Ogos 2022.
Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 yang berlangsung pada tahun 1993. Memiliki kawasan seluas 260 hektar, terdapat banyak aktiviti eco-tourism yang korang boleh buat di sini seperti tapak camping / glamping, chalet, ATV, berkayak, trek jogging, denai mendaki dan banyak lagi aktiviti untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah dalam percutian.
RTERK terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong yang mana jarak dari Kuala Lumpur hanya 30 minit sahaja dan sekaligus menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu.
Bagi trip kali ini, LeYa dibawa Tourism Selangor untuk explore kawasan RTERK menerusi konsep Explorace. LeYa dan rakan-rakan media lain diberi tugas untuk menyelesaikan semua aktiviti tugasan dan perlu mendapatkan cop pengesahan selepas selesai membuat kesemua aktiviti.
RTERK memang sangat cantik dengan suasana yang penuh menghijau dan sesuai untuk korang bergambar dan buat aktiviti bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Senang kata, kawasannya luas dan selesa untuk anak-anak bermain.
Pengembaraan kami bermula pagi itu dengan senamrobik walaupun LeYa tidak berkesempatan buat aktiviti senaman pagi dek kelewatan train dari Kajang. Hehe... Kemudian, kami diberi sarapan pagi dan sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti explorace seterusnya.
Cantiknye view dia .... subhanallah
BalasPadamKan... Nanti bolehlah plan datang dan bawa keluarga ke sini. Memang tenang
Padam